PANDUAN PEMBACAAN INJIL MARKUS

PANDUAN PEMBACAAN INJIL MARKUS

(Pendeta Wang Ming Chang)

 

PENULIS

Walaupun siapa penulis kitab ini tidak ditandakan secara jelas dalam kitab, namun adalah diiktiraf ramai sejak dahulu bahawa dia ialah Markus, dan tiada orang yang dapat menafikannya. Ketika Tuhan Yesus ditangkap, kitab ini mencatatkan: “Ada seorang muda, yang pada waktu itu hanya memakai sehelai kain lenan untuk menutup badannya, mengikuti Dia. Mereka hendak menangkapnya, tetapi ia melepaskan kainnya dan lari dengan telanjang.” (14:51-52). Penulis sengaja tidak memberitahu siapakah gerangan orang muda itu. Ini sama seperti Yohanes beberapa kali sengaja tidak memberitahu namanya apabila bercakap tentang penulis sendiri. Peristiwa tersebut tidak disebut dalam tiga Injil yang lain kecuali kitab ini. Dengan itu kita mengetahui bahawa penulis kitab ini sememangnya ialah Markus.

  1. Nama Markus muncul sebanyak 12 kali dalam Alkitab. Antaranya, tiga kali dipanggil Yohanes yang disebut juga Markus (Kis 12:12,25; 15:37), tujuh kali hanya dipanggil Markus (Kis 15:38-39; Kol 4:10; 2 Tim 4:11; Flm 24; 1 Ptr 5:13), dua kali hanya dipanggil Yohanes (Kis 13:5,13). “Markus” ialah nama Rom yang mempunyai maksud tukul besi; “Yohanes” ialah nama Yahudi yang mempunyai maksud kasih karunia Tuhan. Dia orang Yerusalem dan ibunya ialah Maria (Kis 12:12). Dia pernah menerima Tuhan Yesus dan murid-murid di rumahnya di samping berkongsi jamuan makan malam yang terakhir (Mrk 14:12-16).
  2. Markus mungkin dipimpin oleh Petrus untuk berbalik kepada Tuhan (1 Ptr 5:13). Petrus menggelarnya sebagai anak. Petrus mengasihinya dan memandang berat akannya. Menurut legenda, Markus ialah penterjemah dan pengikut Petrus. Kira-kira pada tahun 54M, dia mengikuti Petrus ke Rom, menjadi teman sekerja Petrus dan Paulus. Pada tahun 63M, semasa Petrus menulis kitab 1 Petrus di Rom, Markus berada di sisinya (1 Ptr 5:13).
  3. Markus ialah adik sepupu (kemenakan) Barnabas. Dia pernah mengikuti Barnabas dan Paulus dalam pengembaraan Injil kali pertama. Namun dia berhenti di tengah jalan lalu Paulus tidak mahu berjalan bersamanya dalam pengembaraan Injil kali kedua di luar. Kemudian, ketika Paulus dipenjarakan di Rom, Markus sekali lagi bekerja bersamanya, bahkan pelayanannya penting bagi Paulus (2 Tim 4:11).

 

SUMBER MAKLUMAT

Pada tahun 61M, sebelum Paulus dipenjarakan untuk kali pertama di Rom, Markus telah berada di Rom (Kol 4:10; Flm 24). Nampaknya, selepas Markus mengikut Petrus ke Rom, Petrus pergi ke tempat yang lain manakala Markus pula tetap tinggal di Rom. Dengan itu juga kita dapat mengagak bahawa kitab ini disiapkan di Rom pada tahun antara 55-60M lalu menjadi salah satu sumber rujukan bagi “Injil Lukas” (yang disiapkan di Rom pada tahun 61M).

Papias Bishop of Hierapolis pada abad ke-2 mengatakan bahawa Markus ialah penterjemah Petrus dan dia mencatatkan semua yang dikatakan oleh Petrus. “Penterjemah” ini bermaksud Markus mempunyai karunia menaratifkan pengajaran Petrus. Ini juga bermaksud Markus menuliskan cerita lisan Petrus hingga menjadi kitab Injil dan disampaikan kepada umat Kristian di Rom. Papias juga berkata bahawa Markus mengikuti Petrus pergi memberitakan Injil.

Clement dari Alexandria (hujung tahun 99M) mengatakan dalam kitabnya bahawa semasa Petrus memberitakan Injil di Rom, Markus dijemput oleh pegawai tinggi istana untuk mencatatkan cerita lisan Petrus. Itulah sumber maklumat “Injil Markus”.

Menurut dapatan kajian kritikal moden, sebahagian daripada maklumat “Injil Matius” dan “Injil Lukas” datang daripada “Injil Markus”. “Injil Matius” ditulis pada tahun 70M sebelum terjatuhnya Yerusalem, “Injil Lukas” ditulis pada tahun 61M. Dengan itu dapat diagakkan bahawa kitab ini dituliskan sebelum tahun 60M.

Walaupun kitab ini ditulis dalam bahasa Yunani, tetapi beberapa perkataan Latin turut digunakan di dalamnya.

 

PENERIMA KITAB

Umat Kristian bangsa asing, terutamanya orang-orang Rom yang berbalik kepada Tuhan. Antara sebabnya adalah seperti berikut:

  1. Menjelaskan kata nama Yahudi.
  2. Menterjemahkan kata-kata bahasa Aram.
  3. Menjelaskan tentang etika agama dan budaya orang Yahudi.
  4. Tidak seperti “Injil Matius” yang banyak memetik daripada kitab Perjanjian Lama bahkan menyenaraikan silsilah Yesus bagi membuktikan Dia ialah keturunan Abraham.

 

MOTIF PENULISAN

Kitab ini mahu pembaca faham bahawa Tuhan Yesus ialah hamba Tuhan. Dia datang bukan untuk dilayani, melainkan untuk melayani. Dia anak Tuhan, tetapi mengosongkan diri-Nya sendiri, dan mengambil rupa seorang hamba, dan menjadi sama dengan manusia. Khususnya dalam kitab Injil ini tidak mencatatkan tentang silsilah Tuhan Yesus serta tidak menyebut tentang zaman bayi dan zaman kanak-kanakNya, melainkan hanya memberi perhatian kepada pelayananNya. Tidak kira di mana Tuhan berada, Dia selalu memikirkan tentang menyelamatkan manusia. Dia bangun semasa waktu hari masih gelap, hanya berehat ketika jauh malam sehingga makanpun tidak dapat. Dalam kitab ini, penulis banyak menggunakan perkataan “lalu”, “segera”, “pada saat itu juga”, “seketika itu juga”, dan “maka” supaya manusia mempunyai perasaan yang mendalam terhadap Tuhan. Tuhan nampaknya bersemangat untuk menghala ke arah matlamat yang ditetapkan untuk memenuhi misi yang diamanahkan oleh Tuhan. Dia melayani dengan rajin, sememangnya boleh digelar sebagai hamba yang “selama-lamanya tidak kenal erti letih lesu”.

Oleh itu, mari kita melihat bagaimana Tuhan Yesus memainkan peranan “hamba Tuhan” dari struktur kitab ini. Pada masa yang sama, dari pelayananNya, kita dapat melihat bahawa Dia ialah Anak Tuhan, Juruselamat manusia. Keseluruhan kitab mengandungi 16 fasal. Dengan 8:26 sebagai sempadan, ia boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Dalam bahagian depan (1:1 – 8:26), penulis membuktikan Yesus ialah Kristus, anak Tuhan melalui pertuturan dan perbuatanNya. Dalam bahagian akhir (8:27 – 16:20), penulis membuktikan Yesus ialah Kristus, anak Tuhan melalui pertuturan, penderitaan dan kebangkitanNya. Dialah juruselamat umat manusia.

 

KEISTIMEWAAN KITAB INI

A. Walaupun teks belum disunting, namun ia sangat mudah dan berkuasa.

Ayat-ayat Injil Markus mudah, jelas dan tepat. Gaya ini adalah untuk memenuhi keperluan orang Rom. Ia boleh diketahui berdasarkan ciri-ciri berikut:

  1. Isi kandungannya kurang memetik daripada Alkitab.
  2. Kitab ini tidak berapa memandang berat hukum Taurat dan budaya Yahudi. Namun apabila mereka disebut, ia mempunyai penjelasan yang lebih terperinci berbanding kitab-kitab Injil lain. Contohnya: tangan najis (7:2-4), paskah (14:12), hari persiapan (15:42).
  3. Terdapat banyak perkataan Latin. Contohnya: gantang (modius) (4:21), Legion (lehion) (5:9), pengawal (speculator) (6:27,37), dinar orang Rom (denarius) (12:15), pajak (census) (12:14), kepala pasukan (centurio) (15:39,44).
  4. Menggunakan sistem masa Rom. Contohnya: malam (in the evening) (14:17), ayam berkokok (cock-crow) (14:72), pagi-pagi benar (early norninh) (15:1).
  5. Menggunakan banyak bahasa Aram (Aramic). Contohnya: Boanerges (anak-anak guruh Boanerhes) (3:17), Talita kum (Hai anak, Aku berkata kepadamu, bangunlah! Talitha cumi) (5:41), korban (corban) (7:11), Efata (Ephpatha) (7:34), neraka (Gehenna) (9:43), Bartimeus (Bartimaeus) (10:46), Rabuni (Robboni) (10:51), Hosana (Hosanns) (11:9,10), Abba (Abba) (14:36), Golgota (Golgotha) (15:22), Eloi, Eloi, lama sabakhtani (Eloi Eloi lamasabach thani) (15:34).
  6. Berdasarkan keaktifan orang Rom dan psikologi mereka menitikberatkan tentang praktikal, catatan yang menitikberatkan tentang mujizat dalam Injil Markus berjumlah 20 kali, iaitu secara puratanya 1 mujizat dalam setiap 36 ayat. (1 mujizat dalam setiap 51 ayat bagi Injil Matius, 1 mujizat dalam setiap 55 ayat bagi Injil Lukas, 1 mujizat dalam setiap 125 ayat bagi Injil Yohanes). Catatan tentang khotbah dan perumpamaan adalah kurang berbanding Injil Matius dan Injil Lukas.

 

B. Ketelitian dan kehalusan perasaan dan perbuatan Tuhan Yesus diterangkan dengan sangat jelas

Injil Markus sememangnya merupakan kitab Injil yang jelas. Selain pemerhatian penulis yang cukup teliti, penggunaan perkataannya juga sangat cergas. Dia menggunakan kata kerja bersejarah secara baik (sebanyak 151 kali), melakarkan secara jelas aksi-aksi Tuhan Yesus seolah-olah ianya sedang berlangsung. Kata-kata bahasa Yunani seperti kai (juga, dan), euthus atau eutheos (segera) dapat dilihat di mana-mana. Ini bermaksud kerja Tuhan Yesus adalah cepat, tangkas dan melangkah dengan beraninya ke arah bukit Golgota demi menyempurnakan amanat agung penyelamatan dan penebusan. Tuhan Yesus bekerja secara tangkas tetapi tidak sambil lewa. Dia juga tidak henti-henti mengambil berat tentang orang, peristiwa, dan benda di sekelilingnya. Perkataan “peribiepo” yang bermaksud memandang ke sekeliling muncul beberapa kali (3:5,34; 5:32; 9:8; 10:23; 11:11).

 

C. Menghuraikan kerja Tuhan Yesus secara terperinci, menerangkan secara ringkas ajaran-ajaranNya, menyatakan bahawa Dia ialah hamba Tuhan.

Injil Markus fokus kepada memberi kesaksian bahawaYesus ialah anak Tuhan (juga hamba Tuhan). Contohnya: terdengarlah suara dari Bapa syurgawi yang memberi kesaksian (1:11; 9:7); kesaksian Tuhan sendiri (13:32; 14:36,62); kesaksian roh-roh jahat (3:11; 5:7); kesaksian kepala pasukan (15:39); pengenalan penulis (1:1). Dalam kitab ini, perkataan “Yesus” digunakan sebanyak 81 kali, perkataan Kristus pula digunakan sebanyak 7 kali. Tujuannya bukanlah untuk memperkenalkan Yesus sebagai Kristus, tetapi untuk memberi kesaksian bahawa “anak Tuhan telah menampakkan diri”.

Menjadi sama dengan hamba untuk melayani manusia dalam dunia (10:45).

 

D. Tidak memberi perhatian khusus kepada hubungan sebelum dan selepas bagi zaman atau peristiwa

Injil Markus disunting dengan dua idea utama sebagai garisan penuh.

  1. Keseluruhan kitab menampakkan bahawa rasul dan orang banyak berasa takjub, hairan dan tercengang tentang perbuatan Tuhan Yesus, bahkan menunjukkan manusia terlalu lambat memberi reaksi: betapa ajaibnya perbuatan Tuhan. Ianya tidak dapat dijelaskan dengan rasional manusia. Orang-orang pada zaman ini juga menerimanya sedemikian berdasarkan iman. Jika tidak, mereka tidak dapat menerima lebih banyak kasih karunia dan perbuatan ajaib Tuhan. Berikut diberikan contoh reaksi orang ramai terhadap perbuatan Tuhan:
    • Murid-murid terlalu lambat memberi reaksi tentang perbuatan Tuhan Yesus:

    Tidak mengerti perumpamaan tentang penabur (4:13), tidak beriman semasa menghadapi taufan dan ombak (4:40), tidak mengerti peristiwa roti (6:52), tidak memahami perumpamaan tentang hati yang najis (7:18), tidak memahami nubuat Tuhan tentang penderitaan dan kebangkitan (8:33), tidak percaya tentang kebangkitan Tuhan (16:8,11,13,14).

    • Reaksi orang banyak:

    Takjub dengan kuasa Tuhan (1:22,27), takjub tentang orang lumpuh disembuhkan (2:12), hairan tentang orang yang kerasukan disembuhkan (5:15,20), takjub tentang kebangkitan anak perempuan Yairus, takjub dengan pengajaran Tuhan (6:2), takjub dan tercengang tentang orang yang tuli dan gagap disembuhkan (7:37), orang-orang Yunani hairan dan minat tentang hikmat Tuhan (12:17,37).

  2. Dari keseluruhan kitab, dapat dilihat bahawa Tuhan tidak mahu menyatakan dengan jelas bahawa Dialah Mesias. Ini kerana dikhuatiri orang banyak pada masa itu salah faham bahawa Dia datang untuk menjadi raja di bumi dan mahu menggulingkan empayar Rom. Maka, Dia amat berjaga-jaga dalam pertuturanNya. Contohnya: Dia melarang keras orang memberitakan tentangNya (1:25,34,43,44; 3:12; 5:19,43; 7:34,36; 8:26,30,31; 9:9,30,31; 14:61; 15:5). Oleh yang demikian, terdapat satu persoalan dalam kitab ini, iaitu “siapakah Dia”? (1:27; 2:12; 3:21; 4:41; 6:2,3; 8:27; 15:31). Namun, apabila kita habis membaca Injil Markus, kita akan mendapat satu jawapan yang tepat. Seperti apa yang dikatakan oleh kepala pasukan di bawah kayu salib: “Sungguh, orang itu adalah Anak Allah!”.

 

E. Penerangan terhadap imej Yesus lebih realistik berbanding tiga Injil yang lain

Markus umpama seorang pelukis yang mahir menggunakan ironi. Dalam kitab ini, dapat dilihat bahawa terdapat banyak lukisan yang jelas tarpampang di depan mata kita. Contohnya:

  1. Banyak orang mendapat penyembuhan (1:32-34) – berdoa bersendirian (1:35).
  2. Melawan kejahatan (3:22-30) – orang baik bergaul bersama (3:31-35).
  3. Perjamuan di istana (6:14-29) – perjamuan rohani di tempat yang sunyi (6:30-44).
  4. Penglihatan di atas gunung (9:1-8) – mengusir roh jahat di bawah gunung (9:9-29).
  5. Yudas – Maria (14:3-11).
  6. Tiga salib (15:24-32).

 

PENGENALAN RINGKAS ISI KANDUNGAN

Kitab ini menjadikan pelayanan Yesus sebagai tema, menjadikan Yohanes Pembaptis sebagai permulaan, akhirnya menjadikan kematian dan kebangkitan Yesus sebagai penutup. Keseluruhan kitab ini mengandungi 16 fasal, dengan 8:26 sebagai sempadan, ia boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Dua bahagian tersebut boleh dibahagikan lagi kepada tujuh segmen:

Segmen 1: Peringkat persediaan (1:1-20).

Segmen 2: Kerja Yesus di Galilea (1:21-7:23).

Segmen 3: Kerja Yesus di luar (7:24-8:26).

Segmen 4: Yesus berjalan menuju perjalanan salib (8:27-9:50).

Segmen 5: Kerja Yesus di Yudea (10:1-52).

Segmen 6: Minggu penderitaan bagi Yesus (11:1-15:47).

Segmen 7: Yesus bangkit dan terangkat ke syurga (16:1-20).

PERKATAAN DAN PERBUATAN PAULUS

PERKATAAN DAN PERBUATAN PAULUS

 

Kita sering berkata: “kata-kata ialah suara hati”. Alkitab dengan lebih jelas mencatatkan: “Orang yang baik mengeluarkan barang yang baik dari perbendaharaan hatinya yang baik dan orang yang jahat mengeluarkan barang yang jahat dari perbendaharaannya yang jahat. Karena yang diucapkan mulutnya, meluap dari hatinya.” Tuhan Yesus juga memberikan peringatan kepada kita: “Setiap kata sia-sia yang diucapkan orang harus dipertanggungjawabkannya pada hari penghakiman. Karena menurut ucapanmu engkau akan dibenarkan, dan menurut ucapanmu pula engkau akan dihukum.” (Mat 12:34-37). Kata-kata bukan sahaja mencerminkan watak, budi pekerti, dan keperibadian seseorang dengan tepat, tetapi juga mempunyai kaitan dengan penghakiman yang harus kita hadapi pada masa akan datang. Kepentingan dan pengaruh perkataan dapat dilihat dalam aspek ini.

Yakobus berkata: “Jika iman itu tidak disertai perbuatan, maka iman itu pada hakekatnya adalah mati.” “Sebab seperti tubuh tanpa roh adalah mati, demikian jugalah iman tanpa perbuatan-perbuatan adalah mati.” (Yak 2:17,26).

Petrus berkata: “Milikilah cara hidup yang baik di tengah-tengah bangsa-bangsa bukan Yahudi, supaya apabila mereka memfitnah kamu sebagai orang durjana, mereka dapat melihatnya dari perbuatan-perbuatanmu yang baik dan memuliakan Allah pada hari Ia melawat mereka.” (1 Ptr 2:12).

Walaupun orang Kristian diselamatkan “oleh iman” dan “bukan dengan perbuatan”, namun kehendak Tuhan memanggil kita adalah supaya kita berbuat baik. Kewajipan ini juga berkaitan dengan sama ada kita dapat menang dan diberkati dalam menghadapi penghakiman pada masa hadapan. Oleh itu, sasaran yang harus kita usahakan sedaya upaya sepanjang hidup kita ialah untuk berhati-hati dengan perkataan dan perbuatan kita serta menghindarkan diri daripada menjadi batu sandungan iman kepercayaan orang lain di samping memastikan bahawa kita dikaruniakan hak penuh untuk memasuki Kerajaan Tuhan.

Paulus berkata: “Karena bagiku hidup adalah Kristus dan mati adalah keuntungan.” (Flp 1:21). Tidak banyak orang yang dapat begitu pasti dengan hidup dan tujuan utama hidup mereka. Paulus dapat mengatakannya dengan begitu tegas dan tidak ada orang yang akan menganggap bahawa dia memegahkan diri atau dia tidak layak. Oleh itu, ucapan dan tingkah laku Paulus serta model yang ditetapkan olehnya layak untuk dipelajari dan diteladani oleh semua orang Kristian.

 

BERPADANAN DENGAN PANGGILAN

Sudah dua ribu tahun murid-murid Tuhan Yesus disebut “Kristian” (Kis 11:26). Gelaran “Kristian” telah dikritik, difitnah, diserang, dikutuk, dan dianggap sebagai binatang buas. Walaupun masih ada orang yang mempunyai sikap negatif hari ini, namun secara umumnya, ketika orang mendengar tentang “Kristian”, mereka mempunyai tanggapan bahawa Kristian mempunyai piawaian integriti moral dan tingkah laku kasih. Walaupun mereka yang mempunyai tanggapan sedemikian mungkin tidak memahami permintaan Alkitab terhadap seseorang yang percaya kepada Tuhan dari segi perkataan dan perbuatan, tetapi apabila mereka melihat bahawa ada orang yang disebut “Kristian” yang melayan orang lain dengan dingin atau kejam, mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan, bersikap tidak konsisten, dan berbicara dengan tidak tulus, mereka pasti mempunyai pertanyaan dalam hati mereka: “Mengapa orang yang percaya kepada Tuhan masih seperti ini?” Secara umumnya, orang mempunyai tahap penegasan dan harapan tertentu terhadap tuntutan moral dari segi perkataan dan perbuatan “Kristian”. Semua ini dapat dirasakan. Oleh itu, ketika kita mengaku sebagai murid Tuhan Yesus, kita harus berusaha supaya tidak ada jurang yang besar antara prestasi kita pada mata orang lain dengan tanggapan mereka tentang “Kristian”.

Paulus sering mendorong: “… melakukan pekerjaan-pekerjaan yang sesuai dengan pertobatan itu… supaya hidupmu berpadanan dengan panggilan itu.” (Kis 26:20; Ef 4:1). Orang-orang yang dipilih oleh Tuhan seharusnya demikian. Sudah tentu, Paulus tidak hanya menasihati orang lain tetapi mengabaikan dirinya sendiri. Dia berkata: “Memang kamu tahu, bagaimana kami bekerja di antara kamu oleh karena kamu. Dan kamu telah menjadi penurut kami dan penurut Tuhan; dalam penindasan yang berat kamu telah menerima firman itu dengan sukacita yang dikerjakan oleh Roh Kudus.” (1 Tes 1:5-6). Paulus berkata demikian, dan Paulus juga melakukan perkara yang sama.

Paulus yang belum mengenal Juruselamat keras bertindak menentang nama Yesus, memburu orang-orang kudus dan memenjarakan mereka. Dia menghukum, menyeksa, menghujat, dan menganiaya Yesus dan murid-murid (Kis 26:9-11). Selepas Juruselamat memilihnya, dia menjadi rasul yang setia kepada Tuhan, mengasihi manusia, bersungguh-sungguh dan giat, lemah lembut dan tegas, adil, berbelas kasihan dan juga rajin. Semuanya adalah kerana Paulus memahami bahawa dia masih dikasihani oleh Juruselamat walaupun dialah orang yang paling berdosa. Oleh itu, demi rasa syukur, dia bekerja lebih keras agar kasih karunia Tuhan tidak menjadi sia-sia. Dia melakukan perkara-perkara yang tidak dapat dan tidak mahu dilakukan oleh orang lain. Walaupun demikian, Paulus tidak menganggap bahawa prestasi-prestasi ini berasal daripada dirinya sendiri. Dia tahu bahawa semuanya adalah “kerana kasih karunia Tuhan” (1 Kor 15:9-10). Seseorang penerima panggilan yang tahu bersyukur seperti Paulus semestinya merupakan seorang Kristian yang rendah hati, lemah lembut dan sabar dalam segala hal, memperlakukan orang lain dengan penuh ramah, dan juga melayani Tuhan dengan setia.

 

BERPADANAN DENGAN INJIL KRISTUS

Dalam perjalanan dari Yerusalem ke Damsyik, Tuhan memancarkan cahaya dari langit dan mengelilingi Paulus sehingga dia rebah ke tanah. Dia mendengar suara yang berkata kepadanya: “Saulus, Saulus, mengapakah engkau menganiaya aku?” Dia menjawab: “Siapakah Engkau, Tuhan?” Kata-Nya: “Akulah Yesus, orang Nazaret, yang kauaniaya itu.” Kata Paulus: “Tuhan, apakah yang harus kuperbuat?” “Tetapi sekarang, bangunlah dan berdirilah. Aku menampakkan diri kepadamu untuk menetapkan engkau menjadi pelayan dan saksi tentang segala sesuatu yang telah kaulihat dari pada-Ku dan tentang apa yang akan Kuperlihatkan kepadamu nanti. Aku akan mengasingkan engkau dari bangsa ini dan dari bangsa-bangsa lain. Dan Aku akan mengutus engkau kepada mereka, untuk membuka mata mereka, supaya mereka berbalik dari kegelapan kepada terang dan dari kuasa Iblis kepada Allah, supaya mereka oleh iman mereka kepada-Ku memperoleh pengampunan dosa dan mendapat bagian dalam apa yang ditentukan untuk orang-orang yang dikuduskan.” (Kis 26:12-18). Sejak itu, Paulus telah menjadi rasul orang bukan Yahudi dan utusan Injil Kristus yang mulia serta menjadikan kedua-dua itu sebagai cita-cita seumur hidupnya. Dia selalu menjadikan keselamatan Injil sebagai pertimbangan dalam hidupnya. Dia bersedia membuatkan orang mendapat bahagian dalam Injil dan selalu berempati mahu menyelamatkan lebih ramai orang. Seperti pengakuannya: “Sungguhpun aku bebas terhadap semua orang, aku menjadikan diriku hamba dari semua orang, supaya aku boleh memenangkan sebanyak mungkin orang. Demikianlah bagi orang Yahudi aku menjadi seperti orang Yahudi, supaya aku memenangkan orang-orang Yahudi. Bagi orang-orang yang hidup di bawah hukum Taurat aku menjadi seperti orang yang hidup di bawah hukum Taurat, sekalipun aku sendiri tidak hidup di bawah hukum Taurat, supaya aku dapat memenangkan mereka yang hidup di bawah hukum Taurat… Bagi orang-orang yang lemah aku menjadi seperti orang yang lemah, supaya aku dapat menyelamatkan mereka yang lemah. Bagi semua orang aku telah menjadi segala-galanya, supaya aku sedapat mungkin memenangkan beberapa orang dari antara mereka. Segala sesuatu ini aku lakukan karena Injil, supaya aku mendapat bagian dalamnya.” (1 Kor 9:19-23).

 

TIDAK MENCARI KEUNTUNGAN SENDIRI TETAPI KEUNTUNGAN ORANG LAIN

Ketika Tuhan Yesus dan murid-murid berbicara tentang hari kiamat yang menjelang, Dia berkata: “dan banyak orang akan murtad dan mereka akan saling menyerahkan dan saling membenci… Dan karena makin bertambahnya kedurhakaan, maka kasih kebanyakan orang akan menjadi dingin.” (Mat 24:10-12). Kini, kita tidak berani mengatakan masa hari kiamat secara muktamad, tetapi sudah pasti bahawa orang-orang di dunia ini jahat, dingin dan mementingkan diri sendiri, cemburu dan iri hati, berselisihan dan cabul … Dosa-dosa ini sangat serius. Kes-kes orang yang tamak dengan selera bagai cetus api dan pecah amanah untuk memenuhkan poket sendiri sering didengari. Sebenarnya, semua ini telah menggenapi amaran Paulus: “Ketahuilah bahwa pada hari-hari terakhir akan datang masa yang sukar. Manusia akan mencintai dirinya sendiri dan menjadi hamba uang. Mereka akan membual dan menyombongkan diri, mereka akan menjadi pemfitnah, mereka akan berontak terhadap orang tua dan tidak tahu berterima kasih, tidak mempedulikan agama, tidak tahu mengasihi, tidak mau berdamai, suka menjelekkan orang, tidak dapat mengekang diri, garang, tidak suka yang baik, suka mengkhianat, tidak berpikir panjang, berlagak tahu, lebih menuruti hawa nafsu dari pada menuruti Allah.” (2 Tim 3:1-4). Zaman yang dihadapi ini merupakan masa yang terbaik bagi orang Kristian untuk menjadi terang dunia dan bersinar bagi Tuhan.

Dengan pendirian tidak menghalangi keselamatan orang lain, Paulus bersedia menjadikan dirinya hamba bagi semua orang supaya dia boleh memenangkan sebanyak mungkin orang. Dengan pendirian asas sebagai seorang Kristian, dia juga memiliki dasar yang sama. Dalam hidupnya, Paulus berkata: ““Segala sesuatu diperbolehkan.” Benar, tetapi bukan segala sesuatu berguna. “Segala sesuatu diperbolehkan.” Benar, tetapi bukan segala sesuatu membangun. Jangan seorang pun yang mencari keuntungannya sendiri, tetapi hendaklah tiap-tiap orang mencari keuntungan orang lain.” (1 Kor 10:23-24). Dari segi perkataan, Paulus berkata: “Kamu tahu, bagaimana aku hidup di antara kamu sejak hari pertama aku tiba di Asia ini: dengan segala rendah hati aku melayani Tuhan. Dalam pelayanan itu aku banyak mencucurkan air mata dan banyak mengalami pencobaan dari pihak orang Yahudi yang mau membunuh aku. Sungguhpun demikian aku tidak pernah melalaikan apa yang berguna bagi kamu. Semua kuberitakan dan kuajarkan kepada kamu, baik di muka umum maupun dalam perkumpulan-perkumpulan di rumah kamu;” (Kis 20:18-20). Dia juga berkata: “tetapi dengan teguh berpegang kepada kebenaran di dalam kasih… Janganlah ada perkataan kotor keluar dari mulutmu, tetapi pakailah perkataan yang baik untuk membangun, di mana perlu, supaya mereka yang mendengarnya, beroleh kasih karunia.” (Ef 4:15-29). Dalam zaman dengan hari kiamat yang sudah kian menjelang dan hati manusia yang gelap ini, jika perkataan dan perbuatan kita adalah seperti yang dikatakan oleh Paulus iaitu tidak mencari keuntungan sendiri dan membangun orang dalam segala hal, tentunya kita merupakan pelita yang menyala dan yang bercahaya dalam kegelapan malam.

 

SEMUANYA HANYA UNTUK DIPUJI OLEH TUHAN / BERKENAN KEPADA TUHAN

Dalam latar belakang sosial pada waktu itu, Paulus dilahirkan sebagai orang Rom (Kis 22:28). Dia disunat pada hari kelapan kelahirannya. Dia orang Ibrani asli, seorang Farisi (dari segi pendirian hukum Taurat). Dari segi kebenaran dalam mentaati hukum Taurat, dia tidak bercacat (Flp 3:5,6). Dia dididik dengan teliti di bawah pimpinan Gamaliel. Dalam agama Yahudi, dia jauh lebih maju daripada banyak teman yang sebaya dengannya dan dia sangat rajin (Kis 22:3; Gal 1:14). Setelah dipilih dan dipanggil oleh Tuhan, dia hidup hanya untuk Kristus dan dunianya telah disalibkan. Dia melepaskan semuanya dan menganggapnya sampah. Dia dengan rela menjalankan pelayanan, bekerja lebih keras daripada semua rasul dan menerima wahyu yang tak terkatakan (Gal 2:20, 6:14; Flp 3:8; 2 Kor 12:1-4). Ketika berhadapan dengan provokasi rasul-rasul palsu, dia berkata: “Tetapi menurut pendapatku sedikit pun aku tidak kurang dari pada rasul-rasul yang tak ada taranya itu.” (2 Kor 11: 5). Paulus merupakan seorang elit yang cemerlang dari pelbagai perspektif. Namun, demi Injil, demi iman kepercayaan, demi semua orang, dia sama sekali tidak ingin bermegah. Hal ini kerana dia tahu bahawa semuanya datang daripada Tuhan dan semuanya adalah yang diterima. Tambahan pula, Tuhan sedang memerhatikan, dan setiap orang akan menerima pujian daripada Tuhan apabila masanya tiba. Oleh itu, walaupun dia dikritik dan difitnah sebagai bersikap lemah dan perkataan-perkataannya tidak bererti, Paulus tetap tidak mengubah tekadnya. Dia tidak pernah bermulut manis, tidak pernah mempunyai maksud loba yang tersembunyi, dan tidak pernah mencari pujian daripada manusia. Tetapi dia berlaku ramah sama seperti ibu bapa, mengatakan dan melakukan perkara yang sepatutnya hanya untuk menyukakan Tuhan yang menguji hati manusia (1 Tes 2:3-8).

Ketika dipenjarakan sebagai tahanan bagi Kristus, Paulus terus terang berkata: “Aku sedikit pun tidak bersalah, baik terhadap hukum Taurat orang Yahudi maupun terhadap Bait Allah atau terhadap Kaisar.” (Kis 25:6-8). Bagi amanat yang dipercayakan oleh Juruselamat kepadanya, Paulus berkata: “Sebab itu, ya raja Agripa, kepada penglihatan yang dari sorga itu tidak pernah aku tidak taat.” “Tetapi sekarang sebagai tawanan Roh aku pergi ke Yerusalem dan aku tidak tahu apa yang akan terjadi atas diriku di situ selain dari pada yang dinyatakan Roh Kudus dari kota ke kota kepadaku, bahwa penjara dan sengsara menunggu aku. Tetapi aku tidak menghiraukan nyawaku sedikit pun, asal saja aku dapat mencapai garis akhir dan menyelesaikan pelayanan yang ditugaskan oleh Tuhan Yesus kepadaku untuk memberi kesaksian tentang Injil kasih karunia Allah.” (Kis 26:19-20, 20:18-24). Paulus masih mampu menenangkan hatinya walaupun tubuhnya diikat dengan rantai dan menghadapi masa depan yang tidak pasti. Tentu sekali ungkapan “tidak usah malu” tidak cukup untuk menggambarkan tindakannya. Dia tahu bahawa dia bakal menghadapi saat-saat penghujung hidupnya, namun hatinya tetap penuh dengan damai sejahtera dan pengharapan, bukannya berasa panik. Baginya, jalan mati lagi dicuba, inikan pula jalan binasa. Mentaliti seperti ini yang melampaui kehidupan adalah di luar jangkauan manusia biasa tetapi Paulus berjaya melakukannya!

Setelah menasihati Timotius secara tulus, kita dapat merasakan bahawa Paulus berkata dengan nada yang tenang tetapi tegas: “Mengenai diriku, darahku sudah mulai dicurahkan sebagai persembahan dan saat kematianku sudah dekat. Aku telah mengakhiri pertandingan yang baik, aku telah mencapai garis akhir dan aku telah memelihara iman. Sekarang telah tersedia bagiku mahkota kebenaran yang akan dikaruniakan kepadaku oleh Tuhan, Hakim yang adil, pada hari-Nya; tetapi bukan hanya kepadaku, melainkan juga kepada semua orang yang merindukan kedatangan-Nya.” (2 Tim 4:6-8). Tokoh iman kepercayaan, pejuang kebenaran, prajurit Injil yang baik, hamba Kristus, dan bendahara / pengurus yang setia juga harus sedemikian. Walaupun prosesnya sukar, difitnah oleh orang lain, dianggap sebagai sampah dunia dan kotoran dari segala sesuatu, semuanya tidak menjadi masalah. Semuanya tidak dapat dibandingkan dengan pujian dan kemuliaan yang diberikan oleh Tuhan kepada kita pada masa akhir nanti.

Paulus memberikan peringatan: “Dan apa yang telah kamu pelajari dan apa yang telah kamu terima, dan apa yang telah kamu dengar dan apa yang telah kamu lihat padaku, lakukanlah itu.” (Flp 4:8-9). Semoga kita tidak melupakan peringatan ini. Permohonan dan doa Paulus juga sering mendorong kita: “… kami tiada berhenti-henti berdoa untuk kamu. Kami meminta, supaya kamu menerima segala hikmat dan pengertian yang benar, untuk mengetahui kehendak Tuhan dengan sempurna, sehingga hidupmu layak di hadapan-Nya serta berkenan kepada-Nya dalam segala hal, dan kamu memberi buah dalam segala pekerjaan yang baik dan bertumbuh dalam pengetahuan yang benar tentang Allah, dan dikuatkan dengan segala kekuatan oleh kuasa kemuliaan-Nya untuk menanggung segala sesuatu dengan tekun dan sabar.” (Kol 1:9-11).

PANDUAN PEMBACAAN INJIL MATIUS

PANDUAN PEMBACAAN INJIL MATIUS

(Pendeta Zhao Ming Yang)

 

PENULIS

Kitab-kitab Injil Perjanjian Baru merupakan gulungan kitab yang dicatatkan berpusatkan kisah hidup dan ajaran lisan Yesus Kristus. Pada zaman awal dahulu, orang berbicara dan berbincang tentang kisah Kristus melalui warisan lisan. Kemudian, secara beransur-ansur ia dicatatkan dalam bentuk penulisan dan menjadi “kitab Injil”. Oleh sebab penulis yang berbeza, maka tajuk kitab itu ialah nama penulisnya. “Injil Matius” merupakan gulungan kitab mengenai ajaran Kristus secara lisan dan perbuatan yang dicatatkan oleh Matius.

Walaupun kitab ini tidak menyatakan siapakah penulisnya, namun Bapa Gereja, pemimpin dan tradisi sejarah gereja zaman awal semuanya mengesahkan bahawa kitab Injil ini ditulis oleh Matius, murid Yesus Kristus. Tuntutan ini juga telah diiktiraf oleh para ilmiawan Alkitab moden.

Matius bererti “pemberian Tuhan”. Nama asalnya Lewi (bererti “bergabung”). Dia anak Alfeus dan pada asalnya merupakan pemungut cukai di Kapernaum. Ketika Tuhan Yesus memilih dan memanggil dia, dia segera melepaskan kedudukannya yang tinggi dengan gaji lumayan dan yang dikecam sebagai tidak adil, meninggalkan kegelapan lalu tegas mengikuti Tuhan (Mat 9:9-13; Mrk 2:13-17; Luk 5:27-32). Dia mencatatkan secara terperinci apa yang dilihat dan didengari semasa mengikuti Tuhan lalu menuliskannya menjadi kitab ini.

Demi memimpin kawan-kawannya berbalik kepada Tuhan, dia pernah mengumpulkan banyak pemungut cukai dan orang berdosa dan makan bersama-sama dengan Tuhan Yesus dan murid-murid-Nya. Akhirnya dia juga tersenarai sebagai salah seorang daripada kedua belas orang rasul (Mat 10:2,3).

 

SASARAN PENULISAN

Dari isi kandungannya, dapat dilihat bahawa kitab ini dituliskan untuk orang Yahudi. Pada zaman Yesus, orang Yahudi mempunyai pengaruh besar dalam agama. Penulis Matius semestinya berharap agar kawan-kawan Yahudinya dapat mengenali dan mempercayai Kristus lalu menulis kitab ini.

Selain itu, kitab ini banyak memetik ayat dari Perjanjian Lama untuk membuktikan Yesus ialah Kristus (Mesias) yang akan datang yang dinubuatkan oleh nabi. Orang Yahudi fasih tentang kitab Perjanjian Lama dan kedatangan Mesias merupakan keprihatinan orang Yahudi. Ia dipenuhi dengan warna-warni orang Yahudi. Maka kita tahu bahawa kitab ini dituliskan untuk orang Yahudi.

 

TUJUAN PENULISAN

Penulis secara khusus menggunakan kitab ini untuk membuktikan bahawa Yesus ialah Mesias yang Tuhan bakal utuskan dan Dia juga ialah Kristus yang akan datang yang dinubuatkan oleh para nabi. KedatanganNya menggenapi nubuat nabi dalam Perjanjian Lama dan menyempurnakan janji Tuhan.

 

Dari petikan ayat dari Perjanjian Lama oleh penulis, nubuat yang berkaitan dengan Mesias adalah seperti berikut:

  1. Nubuat tentang Kristus dilahirkan oleh anak dara (1:22-23; Yes 7:14)
  2. Nubuat tentang Kristus melarikan diri ke Mesir (2:15,17; Hos 11:1)
  3. Nubuat tentang Kristus memberitakan Injil di danau Galilea (4:12-16; Yes 9:1-2)
  4. Nubuat tentang Kristus menjalankan tanda mujizat dan mengubati orang (8:16-17; Yes 53:4)
  5. Nubuat tentang kuasa, keramahan dan belas kasihan Kristus (12:12-21; Yes 42:1-3)
  6. Nubuat tentang Kristus ialah raja yang adil dan damai, masuk ke Jerusalem dengan mengendarai seekor keldai (21:1-11; Za 9:9)
  7. Nubuat tentang Kristus dijual dengan harga tiga puluh wang perak (27:9; Za 11:12-13)

 

Penulis berusaha membuktikan Yesus dari Nazaret ialah Mesias yang dinantikan sekian lama oleh orang Yahudi. Atas sebab penindasan jangka panjang oleh bangsa asing, orang-orang Yahudi mengubah harapan tinggi terhadap Mesias kepada tuntutan bangsa yang kuat politik. Mereka berharap Mesias akan muncul sebagai penyelamat bangsa dan menggulingkan pemerintahan Rom, mendirikan kerajaan Daud yang kuat di bumi. Penulis cuba untuk membalikkan pandangan “Mesianik” yang salah ini supaya orang Yahudi benar-benar mengenali bayi Yesus di dalam palungan Betlehem itulah Mesias yang harus diharapkan oleh semua orang. Dialah juruselamat yang dinubuatkan oleh nabi zaman-berzaman dan yang dijanjikan oleh Tuhan. Dialah Yesus Kristus, anak Daud, anak Abraham (rujuk Yes 9:6-7). Apa yang ingin dibina oleh Mesias ialah dinasti kerajaan rohaniah.

 

MASA PENULISAN

Para ilmiawan mempunyai pendapat yang berbeza mengenai masa penulisan. Namun dua petunjuk berikut dapat memastikan jangka masanya:

  1. Kitab ini banyak memetik ayat Perjanjian Lama, mensasarkan orang Yahudi dan membuktikan identiti Yesus Mesias. Maka dapat dilihat bahawa Injil telah tersebar di wilayah Yahudi yang luas pada masa itu.
  2. 24 fasal dalam kitab ini membincangkan tentang kota Yerusalem bakal dimusnahkan dengan cara bernubuat. Nampaknya, kitab ini siap ditulis pada tahun 70 M, sebelum Yerusalem dimusnahkan oleh Jeneral Titus dari Rom.

 

Berdasarkan ini, terdapat dua tempoh yang dianggap sebagai masa yang mungkin bagi pembukuan Matius iaitu antara tahun 45-50M dan antara tahun 60-70M.

 

KEISTIMEWAAN KITAB INI

  1. Kitab ini ialah gulungan kitab yang paling banyak memetik ayat Perjanjian Lama antara empat gulungan kitab Injil iaitu sebanyak 93 kali.
  2. Kitab ini juga banyak menggambarkan latar belakang budaya Yahudi malahan mengaitkan nubuat Perjanjian Lama dengan kehidupan Yesus. Khususnya fasal satu telah mencatatkan tentang silsilah Kristus, Dialah “anak Daud, anak Abraham” (1:1). Injil Matius disenaraikan di kepala Perjanjian Baru. Ia berfungsi sebagai jambatan antara Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru dari segi isi kandungan dan mesej.
  3. Injil Matius menggunakan perihal silsilah, ajaran, kuasa, akhlak, pelayanan, kematian, kebangkitan dan sebagainya tentang Kristus untuk membuktikan identiti Kristus sebagai Mesias. Ini juga menggenapi janji Tuhan kepada Abraham dan Daud.
  4. Kemahiran menulis dalam kitab ini meniru lima kitab Musa. Ia juga mengandungi lima perbincangan khotbah yang penting iaitu Firman yang berkaitan dengan “kerajaan syurga”:
    • Pengajaran yang berharga di atas bukit (fasal 5-7): membincangkan tentang hukum-hukum kerajaan syurga
    • Amanat menyebarkan firman bagi rasul (fasal 10): membincangkan tentang pengisytiharan syurga
    • Perumpamaan kerajaan syurga (fasal 13): membincangkan tentang rahsia kerajaan syurga
    • Disiplin kerajaan syurga (fasal 18): membincangkan tentang kehidupan dan persekutuan kerajaan syurga
    • Penyelesaian kerajaan syurga (fasal 24-25): membincangkan tentang malapetaka akhir zaman dan penghakiman
  5. Kitab ini merupakan satu-satunya kitab antara kitab Injil yang menyebut perkataan “jemaat”. Jemaat adalah milik Kristus. Ia akan didirikan di atas batu karang. Kuasanya mengalahkan alam maut, boleh mengikat dan melepaskan (16:18-19). Jemaat / gereja dipenuhi dengan kasih dan disiplin (18:17). Ia juga membincangkan tentang ibadah persekutuan dalam jemaat / gereja (18:19) dan Tuhan menyertai jemaat / gereja (18:20).
  6. Kitab ini membincangkan tentang Kristus ialah raja kerajaan syurga
    • Yesus mempunyai identiti dalam sistem diraja. Dia anak Daud (1:1).
    • Ketika Yesus dilahirkan, orang-orang majus dari Timur datang melawat dan menyembah “raja orang Yahudi yang baru dilahirkan” (2:2).
    • Matius 17:25 mencatatkan Tuhan Yesus memberi petunjuk kepada Petrus dalam bentuk pertanyaan bahawa Kristus ialah raja.
    • Ketika memasuki kota dengan mengendarai seekor keldai, Tuhan pernah memetik Zakharia 9:9 dan berkata: “Lihat, rajamu datang kepadamu.”
    • Ketika Tuhan Yesus disalibkan, di atas kepalaNya terpasang tulisan yang menyebut: “Inilah Raja orang Yahudi”.Dari sini, nampaknya Yesus ialah raja yang dipilih dan diurapi Tuhan. Kristus ialah raja kerajaan syurga.
  1. Ayat-ayat eksklusif kitab ini: bila dibandingkan dengan kitab-kitab Injil lain, terdapat ayat-ayat yang hanya dicatatkan secara eksklusif dalam kitab ini:

A. Tanda mujizat eksklusif

    1. Yesus menyembuhkan dua orang buta di Kapernaum (9:27-31)
    2. Yesus mengusir syaitan bisu (9:32-33)
    3. Yesus menyuruh Petrus memancing dan membayar bea (17:24-27)

B. Perumpamaan eksklusif

    1. Perumpamaan tentang lalang (13:24-30, 36-43)
    2. Perumpamaan tentang harta terpendam di ladang (13:44)
    3. Perumpamaan tentang mencari mutiara (13:45-46)
    4. Perumpamaan tentang melabuhkan pukat (13:47-48)
    5. Perumpamaan tentang pengampunan (18:23-24)
    6. Perumpamaan tentang kebun anggur (20:1-16)
    7. Perumpamaan tentang dua orang anak (21:28-32)
    8. Perumpamaan tentang perjamuan kahwin (22:1-14)
    9. Perumpamaan tentang sepuluh gadia (25:1-13)
    10. Perumpamaan tentang pembahagian talenta (25:14-30)”

C. Peristiwa penting eksklusif

    1. Malaikat nampak kepada Yusuf (1:18-25)
    2. Orang-orang majus melawat dan menyembah Yesus (2:1-12)
    3. Bayi Yesus melarikan diri ke Mesir (2:13-15)
    4. Herodes membunuh bayi-bayi lelaki (2:16-18)
    5. Yesus menyembuhkan penyakit, menggenapi nubuat Yesaya (8:16-17; Yes 53:4)
    6. Yesus mendirikan jemaatNya di atas batu karang ini (16:15-20)
    7. Yesus memasuki kota Yerusalem dengan mengendarai seekor keldai menggenapi nubuat nabi (21:4-5; Za 9:9)
    8. Yudas membunuh diri (27:3-9)
    9. Isteri Pilatus menderita dalam mimpi (27:19)
    10. Ketika Yesus mati, orang kudus bangkit (27:52)
    11. Pilatus mengutus penjaga untuk menjaga kubur Yesus (27:62-66)
    12. Memberi rasuah kepada serdadu-serdadu yang menjaga kubur untuk menyebarkan khabar angin (28:12-15)

 

PEMBAHAGIAN GARIS KASAR KITAB INI

  1. Pembahagian berdasarkan masa bekerja dan kawasan geografi

A. Pembahagian masa

    1. Dari masa dilahirkan sehingga mengalahkan cobaan (1:1 – 4:11), kedatangan dan persediaan Mesias.
    2. Dari masa memberitakan Injil sehingga minggu yang terakhir (4:12 – 20:34), kerja penginjilan Mesias.
    3. Dari minggu yang terakhir sehingga bangkit (21 – 28:20), kemenangan Mesias.

B. Pembahagian kawasan geografi

    1. Di kampung halaman (1:1 – 4:11)
    2. Di Galilea (4:12 – 18:35)
    3. Di Yerusalem (19 – 28)
  1. Pembahagian berdasarkan identiti dan kerja Mesias

A. Kelahiran dan persediaan Mesias (1 – 4)

    1. Kelahiran Mesias (1)
    2. Zaman kanak-kanak Mesias (2)
    3. Pembaptisan Mesias (3)
    4. Mesias dicobai (4:1-11)
    5. Mesias memilih dan memanggil empat murid (4:12-25)

B. Injil Mesias (5 – 13:52)

    1. Injil kerajaan syurga (5:1-16)
    2. Hukum Taurat kerajaan syurga (5:17 – 7)
    3. Kuasa kerajaan syurga (8 – 9)
    4. Amanat kerajaan syurga (10)
    5. Orang yang memasuki kerajaan syurga (11)
    6. Musuh kerajaan syurga (12)
    7. Rahsia kerajaan syurga (13)

C. Kehidupan persaraan Mesias (13:53 – 18)

    1. Mujizat mengenyangkan lima ribu orang (13:53 – 14:36)
    2. Mujizat mengenyangkan empat ribu orang (15:1-39)
    3. Cobaan dan ragi orang-orang Farisi dan Saduki (16:1-12)
    4. Petrus mengakui Yesus sebagai Kristus (16:13-28)
    5. Mesias naik ke atas gunung dan berubah rupa (17:1-13)
    6. Pengajaran Mesias kepada murid (17:14 – 18:35)

D. Penyelesaian kerja Mesias (19 – 28)

    1. Pengajaran Mesias (19:1 – 20:34)
    2. Mesias memasuki kota dengan mengendarai seekor keldai (21:1-11)
    3. Perlawanan antara Mesias dan musuh (21:12 – 23)
    4. Mesias mati terkorban (26 – 27)
    5. Kemenangan Mesias (28)

PANDUAN PEMBACAAN KEJADIAN

PANDUAN PEMBACAAN KEJADIAN

(Pendeta Xie Xi Hai)

Apabila kita membuka gulungan pertama dalam Alkitab Perjanjian Baru dan Lama, apa yang kita terpampang di hadapan mata ialah “Kejadian”. Gulungan kitab ini membongkarkan kepada kita tentang asal-usul segala sesuatu, menggerakkan batiniah mausia supaya manusia mengenali Tuhan yang ajaib yang berada di syurga. Sememangnya ia merupakan satu gulungan kitab yang berbaloi untuk kita nikmati secara perlahan-lahan.

 

PERTAMA, PENULIS

Musa, 1520 SM – 1400 SM. Dia ialah hamba Tuhan. Tuhan pernah khasnya mengumumkan: “Jika di antara kamu ada seorang nabi, maka Aku, Tuhan menyatakan diri-Ku kepadanya dalam penglihatan, Aku berbicara dengan dia dalam mimpi. Bukan demikian hamba-Ku Musa, seorang yang setia dalam segenap rumah-Ku. Berhadap-hadapan Aku berbicara dengan dia, terus terang, bukan dengan teka-teki, dan ia memandang rupa Tuhan.” (Bil 12:6-8). Dari riwayat Musa, kita dapat melihat pengaturan, pimpinan dan motivasi Tuhan yang ajaib. Ketika Musa dilahirkan, Tuhan memberikan iman kepada ibu bapanya sehingga mereka berani mengambil risiko menyembunyikan bayi Musa (Kel 2:2). Kemudian, dia diatur menjadi anak angkat kepada puteri Firaun supaya dia dapat membesar di dalam istana Mesir. Dia bukan sahaja dididik dalam segala hikmat orang Mesir (Kis 7:22), malah dapat memelihara iman kepercayaan yang murni (Ibr 11:24-25). Kemudian, dia dilatih di padang gurun selama 40 tahun. Apabila masanya tiba, ketika dia berusia 80 tahun, Tuhan menampakkan diri kepadanya, mengarahkan dan mengamanahkan kepadanya tanggungjawab yang berat lagi besar iaitu untuk membawa umat Israel keluar dari Mesir. Pemimpin umat Israel yang penting dan orang kudus yang bersifat rohaniah ini merupakan calon yang terbaik untuk menulis tentang perbuatan Tuhan yang ajaib di zaman purba.

 

KEDUA, SUMBER MAKLUMAT

Bagaimana Musa menulis “Kejadian”?

  1. Di bawah aturan Tuhan, Musa membesar di istana Mesir. Dia dididik dalam segala hikmat orang Mesir. Semestinya dia berpeluang untuk mendekati dan memahami banyak maklumat kuno. Sejarah dan dokumen tersebut berguna untuk kerja penulisan.
  2. Walaupun Musa membesar di istana Mesir, namun dia tidak melupakan identitinya sebagai orang Ibrani. Dia kemudiannya diutus oleh Tuhan untuk memimpin umat keluar dari Mesir. Dia hidup di padang gurun selama 40 tahun. Dia juga dapat menitikberatkan dan menerima sejarah dan peristiwa yang disampaikan secara lisan oleh ramai orang Ibrani. Ini juga merupakan sumber maklumat yang sangat penting.
  3. Apa yang paling penting, malahan yang paling boleh diterima, difahami dan dipercayai oleh kita ialah ilham yang datang daripada Tuhan. Lihat kepada hubungan antara Musa dengan Tuhan yang dekat. Ketika Tuhan menciptakan alam semesta dan segala isinya, nenek moyang generasi pertama bagi manusia – Adam dan Hawa diciptakan pada hari yang terakhir. Nampaknya tidak orang yang melihat atau terlibat dengan proses penciptaan Tuhan. Jika bukan Tuhan yang sudi memberikan ilham kepada manusia, tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui dan memahami semua perbuatan Tuhan yang ajaib ini (rujuk Am 3:7). Oleh itu, hanya melalui ilham Tuhan sendiri kepada Musa secara satu persatu sahaja barulah Musa dapat terangkan secara terperinci tentang penciptaan Tuhan dan sejarah penting manusia purba lalu menyatakan kehendak Tuhan. Dengan itu, orang yang mengkaji dan membaca dengan rendah hati akan dapat percaya dan memuji kemuliaan Tuhan.

 

KETIGA, RINGKASAN DAN PEMBAHAGIAN

Dalam Kejadian, kita dapat melihat perbuatan Tuhan yang agung. Asal-usul segala-galanya ialah karya Tuhan yang esa ini. Namun, sejak bermulanya penciptaan nenek moyang generasi pertama, betapa lama dan banyaknya tahun-tahun dan peristiwa-peristiwa sejarah ini. Apakah prinsip Tuhan semasa mengilhamkan Musa untuk menulis Kejadian (bukan sahaja gulungan kitab ini, tetapi juga gulungan-gulungan kitab yang lain)? Menurut semangat Alkitab, beberapa prinsip berikut boleh dijadikan sebagai rujukan:

  1. Peristiwa dan tokoh dalam sejarah haruslah mempunyai kaitan dengan rancangan penyelamatan dan perbuatan Tuhan barulah akan disebut dalam gulungan kitab ini. Contohnya peristiwa tujuh tahun kelimpahan dan tujuh tahun kelaparan di tanah Mesir dan kawasan di sekitarnya (Kej 41).
  2. Selain itu, yang mempunyai kaitan dengan orang Israel (umat pilihan Tuhan), maka ia juga akan disenaraikan di dalam Alkitab. Contohnya orang-orang dan perbuatan mereka dalam peristiwa Abraham (Kej 14).
  3. Tokoh-tokoh dan peristiwa-peristiwa bersejarah ini dicatakan dalam Alkitab dari sudut hubungan antara Tuhan dengan umat pilihan (rujuk Kej 20:6-7) ataupun kehendak Tuhan yang ajaib sebagai perspektif bagi mengarang hujung pangkal peristiwa (rujuk Kej 7). Oleh itu, peristiwa-peristiwa yang tercatat di dalam Alkitab kadang-kalanya mempunyai persamaan dengan legenda kuno pelbagai bangsa, atau merupakan peristiwa yang sama dalam catatan sejarah manusia; tetapi keseluruhan proses dan kaedahnya pula tidak sama. Walau bagaimanapun, apa yang tercatat di dalam Alkitab sebaliknya membolehkan manusia lebih sedar tentang kisah sebenar sesuatu peristiwa supaya kita dapat melihat kebenaran sejarah dan sifat manusia dengan lebih jelas. Contohnya, banyak bangsa zaman purba mempunyai cerita legenda tentang “air bah”. Namun dalam Kejadian, kita dapat benar-benar memahami proses keseluruhan bagi peristiwa tersebut supaya kita lebih memahami perbuatan Tuhan dan mendapat amaran.
  4. Secara ringkasnya, kita boleh membahagikan “Kejadian” kepada dua bahagian besar. Yang pertama ialah sejarah awal, antaranya: penciptaan Tuhan, manusia berbuat dosa, Nuh dan air bah; yang kedua ialah sejarah kepala kaum, antaranya termasuklah 4 tokoh iman kepercayaan yang hebat iaitu Abraham, Ishak, Yakub dan Yusuf.

 

KEEMPAT, MERENUNGKAN PENCIPTAAN TUHAN

Kejadian fasal 1 menceritakan betapa hairannya proses Tuhan menciptakan alam semesta dan segala isinya. Alkitab mencatatkan: “Pada mulanya Allah menciptakan langit dan bumi.”. Ini jelas menjelaskan adanya permulaan bagi alam semesta dan segala isinya. Ia diciptakan oleh Tuhan yang di syurga, bukannya muncul secara kebetulan. Malah, ia terus mengumumkan kepada kkita tentang kewujudan Tuhan, AKU ADALAH AKU. Apabila merenungkan penciptaanNya, kita dapat melihat:

  1. Kuasa agung Tuhan: Jika kita perhatikan secara teliti, kuasa alam semesta yang luas dan semula jadi sememangnya tidak tercapai dek akal manusia. Semua ini diciptakan oleh Tuhan dalam masa purata 6 hari, malahan “Dia berfirman, maka semuanya jadi; Dia memberi perintah, maka semuanya ada.” (Mzm 33:9). Betapa agungnya kuasa Dia. Dengan itu, Dia dapat menjadi tempat pengungsian / benteng yang kuat bagi orang-orang yang percaya dan bersandar kepadaNya, sehinggakan kita selalu hidup dengan rendah hati, mengasihi dan menghargai segala yang diciptakan dan diberikan oleh Tuhan.
  2. Urutan Tuhan: Tuhan berfirman, maka semuanya jadi; namun mengapa Tuhan tidak menyelesaikan ciptaanNya dalam masa satu hari, tetapi mengambil masa selama enam hari? Ada kehendak Tuhan yang indah di dalamnya, dan kemudiannya dijadikan sebagai asas dalam menetapkan Hari Sabat. Nampaknya ini merupakan kehendak Tuhan yang indah supaya dapat memberikan lebih banyak kasih karunia dan istirahat kepada manusia. Penciptaan setiap hari itu ada urutannya, dan ianya tidak boleh diubah sesuka hati. Contohnya, mula-mula adanya terang yang menghapuskan kegelapan, sama juga terlebih dahulu memisahkan lautan dan daratan, kemudiannya, tanah menghasilkan pelbagai jenis tumbuhan. Kerja Tuhan ada urutan dan berperancangan. Ini membuatkan kita percaya dengan tegas dan belajar untuk bersabar dalam menantikan kehendak dan masaNya.
  3. Kesempurnaan Tuhan: Dalam setiap kali penciptaan, Tuhan melihat “segala yang dijadikan-Nya itu, sungguh amat baik.” (Kej 1:31). Ini kerana Tuhan adalah yang baik, maka apa yang disediakanNya bagi manusia juga sama. Ianya begitu sejak awal penciptaan sehinggalah pada hari ini. Dia lebih berharap agar kita dapat mempergunakan segala karunia dengan sebaik-baiknya untuk membina satu dunia yang harmoni dan indah. Maka, orang-orang yang telah menerima anugerah keselamatan pada hari ini haruslah melaksanakan amanat yang telah diterima supaya lebih ramai orang dapat bersama-sama menikmati dan mengecapi kebaikan Tuhan.

 

KELIMA, ANTARA TUHAN DAN MANUSIA

Tuhan mengumumkan bahawa: “Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita, supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas ternak dan atas seluruh bumi dan atas segala binatang melata yang merayap di bumi.” (Kej 1:26). Oleh itu, manusia menerima rupa yang terhormat (rujuk Ef 4:24) dan kuasa daripada Tuhan, dan ini juga menjadi tanggungjawab dan sasaran kita. Kita menerima kasih karunia yang datang daripada Tuhan:

  1. Keabadian: AKU ADALAH AKU (Kel 3:14). Oleh itu, manusia juga mempunyai ciri-ciri keabadian bagi jiwa dan rohani. Tuhan juga memberikan pemikiran kekekalan dalam hati manusia (Pkh 3:11) untuk memotivasikan hati manusia dengan harapan manusia akhirnya dapat menerima anugerah keselamatan Tuhan Yesus dengan rendah hati. Mereka yang telah menerimanya pada hari ini haruslah mempertahankan arah yang tepat, lebih-lebih lagi harus aktif memberitakan Injil Tuhan dan memimpin manusia mencari destinasi akhir yang sebenar bagi jiwa dan rohani.
  2. Keupayaan mencipta: Tuhan menciptakan alam semesta dan segala isinya. Memandangkan manusia dicipta menurut rupa Dia, maka manusia juga membawa hikmat mencipta. Tuhan menjadikan ada daripada apa yang tiada (Ibr 11:3), manusia pula menciptakan daripada apa yang sedia ada. Maka, manusia boleh berkuasa ke atas segala ciptaan yang lain (Kej 1:28). Kita seharusnya menggunakan karunia yang indah ini dengan sebaik-baiknya. Laksanakan kewajipan pengurusan dengan baik supaya hidup manusia menjadi lebih indah. Dengan itu juga, kita dapat sedar tentang keterbatasan manusia, maka harus sentiasa percaya dan bersandar kepada kuasa besar Tuhan serta memohon pertolongan daripadaNya.
  3. Daya komunikasi: Dalam lingkungan yang kita ketahui, hanya manusia sahaja yang dapat mengumpulkan pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan pengalaman dari generasi ke geenrasi melalui komunikasi antara satu sama lain. Ini menjadikan hidup manusia lebih maju dan matang. Apa yang lebih penting, hanya manusia sahaja yang dapat berkomunikasi dengan Tuhan, malah Tuhan sudi menyatakan kehendakNya kepada kita. Maka, kita haruslah menghargai karunia yang indah ini dan usahakannya dengan lebih aktif supaya kita lebih memahami niat Dia, berkenan kepadaNya dalam semua perbuatan dan tindakan supaya kemuliaan Tuhan mendapat pujian.
  4. Kebebasan: Walaupun manusia hidup dalam pengurusan Tuahn, namun tetap mewarisi sifat Tuhan yang bebas. Manusia boleh memutuskan sendiri perkara-perkara yang ingin dilakukan, tetapi juga perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakan sendiri. Oleh itu, Paulus mengajar kita: “Saudara-saudara, memang kamu telah dipanggil untuk merdek Tetapi janganlah kamu mempergunakan kemerdekaan itu sebagai kesempatan untuk kehidupan dalam dosa, melainkan layanilah seorang akan yang lain oleh kasih.” (Gal 5:13).

 

KEENAM, MERENUNGKAN PEMILIHAN TUHAN

Tuhan menciptakan Adam dan Hawa lalu menempatkan mereka di Firdaus Taman Eden. Malangnya, mereka mengingkari perintah Tuhan dan dihalau keluar. Dengan itu, seluruh dunia berada di dalam tangan si jahat (rujuk Rm 5:12), memutuskan hubungan dengan Tuhan dan tidak dapat datang ke hadirat Tuhan. Namun Tuhan tidak berputus asa. Dia menyatakan pilihanNya di zaman purba. Contohnya, Dia memilih Nuh demi memelihara keturunan orang benar. Kemudian, Dia memilih Abraham untuk memimpin pertumbuhan umat Israel. Tujuan akhirNya adalah untuk menggenapi anugerah keselamatan dan penebusan yang Dia sediakan. Dari perbuatan pemilihan Tuhan, kita dapat mengalami dan memahami:

  1. Kasih Tuhan: Pemilihan ialah kasih Tuhan. Contohnya Musa memperingatkan umat: “Bukan karena lebih banyak jumlahmu dari bangsa manapun juga, maka hati Tuhan terpikat olehmu dan memilih kamu – bukankah kamu ini yang paling kecil dari segala bangsa? Tetapi karena Tuhan mengasihi kamu.” (Ul 7:7-8). Sama seperti apa yang dikatakan oleh Tuhan Yesus: “Bukan kamu yang memilih Aku, tetapi Akulah yang memilih kamu.” (Yoh 15:16). Nampaknya dari zaman purba sehingga kini, terpilih juga bermaksud menerima kasih Tuhan, terutamanya dalam penggenapan anugerah keselamatan (rujuk Rm 5:8). Mungkin orang-orang yang terpilih memiliki beberapa kelebihan yang baik, namun dapat masuk ke dalam anugerah Tuhan adalah kerana kasihNya. Oleh itu, kita harus sentiasa mempunyai hati yang bersyukur (1 Tim 1:12-14).
  2. Kehendak Tuhan: Mengapa Tuhan memilih Abraham? Ini kerana itu ialah kehendak Tuhan dan kedaulatanNya. Terutamanya bagi Yakub, “waktu anak-anak itu belum dilahirkan dan belum melakukan yang baik atau yang jahat.”, Tuhan telah berfirman kepada Ribka: “Anak yang tua akan menjadi hamba kepada anak yang muda”. Tuhan berfirman lagi: “Aku mengasihi Yakub, tetapi membenci Esau”. Dengan itu, rencana Allah tentang pemilihan-Nya diteguhkan (Rm 9:10-13). Maka, janganlah kita bermegah. Dengan segala rendah hati, hargai kasih karunia yang diterima, diam di dalam kasihNya untuk selama-lamanya, mengejar untuk memahami kehendakNya dalam segala hal dan berkenan kepadaNya.
  3. Latihan Tuhan: Pemilihan Tuhan ada tujuanNya. Sama seperti yang dikatakan di dalam Alkitab: “Sebab di dalam Dia Allah telah memilih kita sebelum dunia dijadikan, supaya kita kudus dan tak bercacat di hadapan-Nya.” (Ef 1:4). Sama seperti yang dikatakan oleh Tuhan: “Aku telah menetapkan kamu, supaya kamu pergi dan menghasilkan buah dan buahmu itu tetap.” (Yoh 15:16). Oleh itu, Tuhan memimpin, memelihara dan melatih orang-orang yang Dia kasihi supaya mereka beransur-ansur mencapai tahap kesempurmaam dalam pelbagai aspek iman. Sama seperti Tuhan memimpin Abraham yang melalui banyak persekitaran sehinggakan akhirnya dia menampakkan iman yang taat sepenuhnya dalam ujian Tuhan yang mana dia rela mempersembahkan Ishak, anaknya yang tunggal (Kej 22), lalu menjadi “Bapa Iman” Sama juga seperti Tuhan melatih Yakub, menjauhkannya daripada segala kekurangan, dan ketika lanjut usianya, dia bersaksi: “Allah yang telah menjadi gembalaku selama hidupku sampai sekarang, malah telah melepaskan aku dari segala bahaya.” (rujuk Kej 48:15-16). Hari ini kita berada di dalam kasih karunia Tuhan. Maka haruslah kita bersandar kepada pimpinan dan bantuan Roh Kudus, taat kepada Kebenaran Tuhan, bertumbuhbesar secara berterusan, hasilkan pelbagai buah yang baik dan indah serta muliakan nama Tuhan.

 

KETUJUH, MERENUNGKAN PENGHAKIMAN TUHAN

Dari Kejadian, kita dapat melihat Tuhan beberapa kali menghukum secara tegas. Contohnya Adam dan Hawa berbuat dosa lalu dihalau daripada Taman Eden. Pada zaman Nuh, Tuhan memusnahkan seluruh dunia dengan air bah, hanya meninggalkan Nuh sekeluarga dan makhluk hidup atas darat yang berada di dalam bahtera. Tuhan juga memusnahkan kota Sodom dengan api. Dari peristiwa-peristiwa ini kita dapat melihat:

  1. Daya pemusnah dosa: Sebaik sahaja Adam dan Hawa berdosa, mereka terus tidak berani bersemuka dengan Tuhan (Kej 3:10), malah saling menolak tanggungjawab. Hubungan mesra antara manusia dan Tuhan dan sesama manusia dimusnahkan sepenuhnya. Kemudian, pada zaman Nuh, “segala kecenderungan hatinya selalu membuahkan kejahatan semata-mata” (Kej 6:5). Tuhan juga melihat orang-orang di kota Sodom “dari yang muda sampai yang tua, datang mengepung rumah itu” (Kej 19:4). Ini menunjukkan bahawa daya pemusnah dosa adalah betapa menakutkan. Maka, kita harus senantiasa berjaga-jaga, bersandar kepada terang Kebenaran dan bantuan Roh Kudus untuk mengelak daripada dosa dan kejahatan bertumbuhbesar di dalam hati (rujuk Yak 1:15).
  2. Keadilan Tuhan: Tuhan adalah yang adil. Dia membenci segala dosa dan kejahatan. Oleh itu apabila manusia melakukan dosa, Dia memerhati dengan teliti. Contohnya melihat anak-anak manusia mendirikan menara Babel (Kej 11:5), Tuhan sendiri juga turun melihat keadaan di kota Sodom (Kej 18:20-21) dan akhirnya menjalankan penghakiman lalu menyatakan keadilanNya. Maka, kita harus lihat dengan jelas tentang kesudahan bagi dosa dan kejahatan (Rm 6:23), tahu Tuhan adalah yang mahatahu, Dia pasti menghakimi menurut perbuatan manusia (Rm 2:6) lalu berwaspada dalam pertuturan dan perbuatan kita, takut akan Tuhan, kejarlah kebenaran dan kekudusan.
  3. Kasih Tuhan: Tuhan adalah adil. Dia pasti menghakimi dosa dan kejahatan. Namun, Dia juga memberi peluang toleransi kepada manusia. Sama seperti Tuhan memberi masa selama 120 tahun kepada manusia, malah mengarahkan Nuh membina bahtera dan memberitakan amaran (Kej 6). Sama juga, Tuhan mendengar permohonan Abraham, iaitu tidak akan memusnahkan kota Sodom jika mendapati sepuluh orang benar dalam kota itu (Kej 18:32). Inilah kasuh Tuhan. Oleh itu, Petrus mendorong kita, dalam tempoh Tuhan masih bersabar, kita harus rajin menyempurnakan rohani, lebih-lebih lagi perlu giat memberitakan Injil Tuhan, pimpin orang masuk ke dalam bahtera akhir zaman — Gereja Benar, supaya kita dapat terlepas daripada hukuman penghakiman, sebaliknya dapat masuk ke dalam langit dan bumi yang baru.

 

KELAPAN, BAGAIMANA MENGKAJI DAN MEMBACA KEJADIAN

“Kejadian”, gulungan pertama dalam Alkitab penuh dengan perbuatan Tuhan yang ajaib dan menakjubkan. Ia juga mengandungi banyak kegagalan manusia yang memalukan. Jadi, apakah jenis mentaliti yang kita perlu ada dalam mengkaji dan membaca kitab ini?

  1. Iman dan ketaatan. Hanya dengan melihat penciptaan Tuhan dalam Kejadian fasal satu sahaja, sudah ramai orang yang tidak dapat memahaminya dengan sepenuhnya. Ini kerana manusia adalah yang terakhir diciptakan. Tiada orang yang melihatnya dengan mata sendiri dan menceritakannya. Jadi bagaimana kita dapat menerimanya? Maka, penulis Ibrani berkata: “Karena iman kita mengerti, bahwa alam semesta telah dijadikan oleh firman Allah.” (Ibr 11:1-3). Hanya iman sahaja yang dapat menyedarkan kita. Malahan daripada pengalaman pemercaya zaman purba, sama seperti yang dikatakan oleh Yusuf: “Allah telah mereka-rekakannya untuk kebaikan.” (Kej 50:20). Hanya dengan iman dan ketaatan sahaja barulah kita dapat benar-benar memahami perbuatan Tuhan dan mendapat pembangunan yang lebih besar dalam iman kepercayaan sendiri.
  2. Kerendahan hati dan pembelajaran: Mengkaji dan membaca Kejadian membolehkan kita belajar tentang kerendahan hati. Sama juga, kita perlu hidup dengan rendah hati, perhatikan perbuatan Tuhan dan kehidupan iman kepercayaan orang-oran dahulu supaya pengalaman mereka menjadi pembangunan dan peringatan kepada iman kepercayaan kita. Selalulah belajar bagaimana mengejar untuk memahami kehendak Tuhan, mohon pimpinanNya. Dalam pelbagai situasi, pertahankan iman kepercayaan, berani menolak godaan dosa dan kejahatan sama seperti Yusuf lalu akhirnya menggenapi segala yang disediakan oleh Tuhan. Bukan sahaja diri sendiri, tetapi juga buatkan orang lain dapat sama-sama menerima kasih Tuhan (rujuk Kej 50:20).

 

PELAJARAN 3: INJIL MATIUS (3)

PERTAMA, TEMA
Pernyataan Juruselamat (fasal 8-20). Matius banyak menceritakan tentang pekerjaan Tuhan Yesus tetapi bukan berdasarkan kronologi masa dan tempat. Dengan ini, Tuhan Yesus menyatakan kepada dunia bahawa: Dialah Raja, Dialah Mesias, Juruselamat manusia yang tunggal, Dia Tuhan benar yang di syurga.

KEDUA, CARA PERNYATAAN
Bagaimana Tuhan Yesus membuktikan bahawa Dialah Tuhan benar yang di syurga?
Satu, melalui tanda-tanda mujizat

  1. Perbuatan tanda-tanda dan mujizat-mujizat
    a) Menyembuhkan orang sakit: contoh (Mat 8:1-17).
    b) Mengendalikan alam semula jadi: contoh (Mat 8:23-27).
    c) Mengusir setan: contoh (Mat 8:28-34).
    d) Membangkitkan orang mati: contoh (Mat 9:23-26).
  2. Tujuan:
    a) Menyatakan kasih Tuhan (Mat 8:17)
    b) Menyatakan kekuatan dan kuasa Tuhan (Mat 9:1-8)
    c) Mendengar doa manusia (Mat 8:6)
    d) Mengiktiraf iman manusia (Mat 15:28)
    e) Menyatakan bahawa Tuhan berkuasa atas nyawa manusia (Mat 9:24)

Dua, melalui kebenaran yang diberitakan (Mat 10:14-15). Kebenaran ini ada kuasa yang sepenuhnya

  1. Tuhan menjelaskan makna sebenar hukum Taurat (Mat 12:1-8, 15:1-9)
  2. Menyatakan kebenaran melalui perumpamaan (Mat 13)
  3. Mengajar manusia dengan kebenaran (Mat 15:10-20)
  4. Menegur kesalahan manusia dengan kebenaran (Mat 16:11-12, 12:22-30)

Tiga, melalui janji yang Dia berikan

  1. Damai sejahtera dalam roh (Mat 11:28-30)
  2. Upah pada masa kelak (Mat 19:28-30

Empat, melalui penderitaan yang Dia bakal tanggung

  1. Mati di atas kayu salib (Mat 20:18-19) – mengalirkan darah yang bernilai, mati untuk manusia, menyucikan dosa manusia.
  2. Bangkit dari antara orang mati (Mat 20:19) – membuktikan Dialah Tuhan benar yang di syurga.

KETIGA, PENGAJARAN PENTING
Satu, keluarga yang mendapat kasih karunia (Mat 8:14-16). Tuhan tiba di rumah Petrus bersama murid-murid yang lain dan menyembuhkan ibu mertua Petrus lalu keluarga ini mendapat kasih karunia. Keluarga ini mendapat kasih karunia kerana mempunyai prestasi yang baik dan ini berbaloi untuk kita pelajari:

  1. Keluarga yang diam bersama dengan rukun (Mrk 1:29): menunjukkan bahawa Petrus tinggal bersama adik-beradiknya dan bersama-sama menjaga orang yang sakit (Mzm 133:1-3).
  2. Keluarga yang menyokong pekerja: walaupun ada yang sakit, Petrus dua beradik masih keluar bekerja bersama dengan Tuhan. Ini menunjukkan sokongan keluarganya.
  3. Keluarga yang saling membantu doa (Mrk 1:30): ada yang memberitahukan keadaannya kepada Yesus.
  4. Keluarga yang melayani dan menerima / menyambut tetamu (Mat 8:15): orang tua ini menunjukkan teladan yang baik dengan menerima / menyambut Tuhan dan murid-muridNya. Dia juga menerima / menyambut sanak-saudara yang datang untuk mendapatkan penyembuhan.

Dua, bangunlah! Beritakan Injil Tuhan

  1. Peroleh anugerah keselamatan dengan cuma-cuma, harus pergi memberitakannya dengan rela hati (Mat 10:8)
  2. Harus tumpukan perhatian (Mat 10:9-10) tidak diseret / disusahkan oleh hal-hal yang bercampur-aduk
  3. Harus ada hati yang hidup secara ringkas (Mat 10:9-10)
  4. Mohon Tuhan memberikan hikmat (Mat 10:16)
  5. Harus ada persediaan untuk menanggung penganiayaan (Mat 10:21-26)
  6. Harus bersandar kepada Roh dan kuasa Tuhan (Mat 10:20)

Tiga, perumpamaan tentang berhutang (Mat 18:21-35)

  1. Harus jelas tentang berapa banyak pengampunan yang diri sendiri perlukan.
  2. Harus hidup dengan rendah hati dan sentiasa menguji diri sendiri.
  3. Harus ada hati yang bersyukur dan bertimbang rasa dalam menghadapi hutang orang lain.
  4. Harus menerima dan mengampuni orang lain dari hati / secara ikhlas.

KEEMPAT, SOALAN KAJIAN

  1. Apa pendapat anda selepas mengkaji tentang keluarga Petrus mendapat kasih karunia?
  2. Dalam pekerjaan memberitakan Injil pada masa kini, apa aspek-aspek yang perlu ditambahbaik?

PELAJARAN 2: INJIL MATIUS (2)

PERTAMA, TEMA
Pengumuman Injil (fasal 5 – 7). Matius menyusun dan menggabungkan pengajaran penting Tuhan Yesus menjadi “Khotbah di Bukit”. Dari pengumuman ini, kita dapat melihat konotasi seluruh Injil dan memahami semangat, prinsip “Kerajaan Tuhan” yang diberitakan oleh Tuhan Yesus. Apabila kita menerima dan melakukannya dengan hati yang tulus, kita dapat menunjukkan kepercayaan dan kehidupan yang sebenar dengan lebih baik.

KEDUA, KONOTASI INJIL KERAJAAN TUHAN
Satu, konsep nilai rohani (5:1-12)
Dua, makna kepercayaan dan kehidupan (5:13-16) – jadi garam dan terang
Tiga, semangat kepercayaan yang benar:

  1. Menunjukkan kebenaran sebagai prinsip hidup (Mat 5:17-20).
  2. Kejar penghormatan dan pengampunan yang sebenar (Mat 5:21-26, 7:1-6).
  3. Kejar kekudusan yang sebenar (Mat 5:27-32).
  4. Kejar hati yang jujur (Mat 5:33-37).
  5. Kejar kasih yang sejati (Mat 5:38 – 6:4).
  6. Kejar ibadah yang sebenar (Mat 6:5-18, 7:7-14).
  7. Kejar kekayaan yang sebenar (Mat 6:19-34) – Oleh itu, belajarlah berserah, percaya dan bersandar kepadaNya, berasa cukup, beri persembahan.
  8. Kejar perubahan dan pertumbuhan hidup (Mat 7:15-23).Kejar untuk mendirikan sebuah kepercayaan yang mempunyai dasar (Mat 7:24-29).

KETIGA, PENGAJARAN PENTING
Satu, hal mengasihi musuh

  1. Harus mempunyai cita-cita yang lebih tinggi (Mat 5:38) – Tidak berpuas hati dengan tahap orang biasa (Mat 5:20).
  2. Menjauhi perselisihan (Mat 5:39) – Untuk mendapatkan damai sejahtera yang sebenar.
  3. Mempunyai konsep nilai rohani (Mat 5:40) – Rela menanggung kerugian dari aspek material, apa yang dipentingkan ialah perkara-perkara rohani.
  4. Mempunyai hati yang berpengharapan (Mat 5:44) – Berharap dapat mengubah orang yang berbuat salah.
  5. Merenungkan teladan Tuhan Yesus (Mat 5:45-48).

Dua, hal berdoa – belajar daripada kata doa Tuhan

  1. Minda doa:
    a) Setiap hari dan setiap perkara (Mat 6:11) – Dalam aspek keperluan yang paling ringkas dan keperluan harian.
    b) Memikirkan tentang hal Tuhan (Mat 6:9-10).
    c) Ada pengharapan (Mat 6:13) – supaya kerajaan Tuhan mendapat pujian dan kemuliaan.
  2. Prinsip doa:
    a) Berasa cukup, percaya dan bersandar (Mat 6:11) – makanan harian.
    b) Kejar perdamaian (Mat 6:12).
    c) Pertahankan kepercayaan (Mat 6:13).
  3. Sumber kuasa doa
    a) Kerana Tuhan ialah Bapa kami yang di syurga (Mat 6:9).
    b) Kerana janji Tuhan (Mat 7:7)

Tiga, mendirikan kepercayaan yang mempunyai dasar

  1. Kenalpasti pengorbanan yang diperlukan untuk iman kepercayaan (Mat 7:13-14) – (Kis 14:22).
  2. Berwaspada terhadap godaan nabi-nabi palsu dan ajaran-ajaran sesat (Mat 7:15) – Harus sentiasa mempunyai minda yang menghormati Kebenaran, mohon Tuhan mengaruniakan hikmat yang rohani untuk membezakannya.
  3. Kejar perubahan dan pertumbuhan hidup (Mat 7:21-23).
  4. Bertekad untuk berbuat menurut permintaan Kebenaran (Mat 7:24).

KEEMPAT, CATATAN
Mat fasal 5 – 7 digelar sebagai “Khotbah di Bukit”. Bukit ini merujuk kepada sebuah bukit kecil di sebelah barat danau Galilea, berdekatan dengan Kapernaum dan jauh daripada hiruk-pikuk kota. Ini membolehkan manusia mendengar pengajaran Tuhan Yesus dengan penuh perhatian di dalam persekitaran yang aman dan tenang.

KELIMA, SOALAN KAJIAN

  1. Apakah kesukaran yang dihadapi dalam mengampuni orang lain? Bagaimana untuk mengatasinya?
  2. Bagaimana mengelak daripada mengkritik, menghakimi dan menghina orang lain? Bagaimana mengutarakan cadangan dengan niat yang baik?

 

 

PELAJARAN 1: INJIL MATIUS (1) – PANDUAN PEMBACAAN

PERTAMA, PENULIS
Matius, juga disebut “Lewi” (Mrk 2:14). Pada asalnya merupakan seorang pemungut cukai. Oleh panggilan Tuhan Yesus, dia segera meninggalkan segala sesuatu dan mengikut Tuhan. Dia dengan rendah hati menceritakan proses panggilan dan kesaksiannya (bandingkan cara catatan Mat 9:9-11 dan Mrk 2:14-15). Dia menggunakan karunia dengan baik. Dia mencatatkan dan memberitakan tentang hidup Tuhan Yesus.

KEDUA, MASA PENULISAN
Lebih kurang antara tahun 60 – 70M sebab tidak menceritakan hal tentang Yerusalem dimusnahkan pada tahun 70M.

KETIGA, CIRI-CIRI KITAB IN

  1. Menegaskan bahawa Tuhan Yesus ialah keturunan Daud dan Dialah Mesisas yang diasaskan Tuhan. Namun Dia bukan menjadi raja orang Yahudi secara fizikal tetapi menjadi raja rohani bagi seluruh dunia yang bersedia menerima Injil.
  2. Sasaran penulisan ialah orang-orang Yahudi supaya mereka ada pemahaman yang sebenar. Matius banyak memetik ayat-ayat kitab daripada Perjanjian Lama. Dia juga menerangkan dengan lebih lanjut mengenai latar belakang budaya orang Yahudi. Dia membuktikan bahawa Yesus ialah Juruselamat yang telah disediakan oleh Tuhan untuk dunia.
  3. Matius membuat catatan tentang pekerjaan dan pengajaran Tuhan Yesus berdasarkan kategori. Dia tidak membuat catatan berdasarkan kronologi masa secara ketat supaya kita dapat melihat pengajaran dan perbuatan Tuhan.

KEEMPAT, PEMBAHAGIAN

Untuk memudahkan penjelasan kitab Injil ini, kita akan membahagikannya kepada empat pelajaran, iaitu dibahagikan kepada empat bahagian:

  1. Persediaan Juruselamat (Fasal 1 – 4)
  2. Pengumuman Injil (Fasal 5 – 7)
  3. Pernyataan Juruselamat (Fasal 8 – 20)
  4. Penyempurnaan anugerah keselamatan (Fasal 21 – 28)
    Pelajaran ini akan menjadikan “Persediaan Juruselamat” sebagai tema.

KELIMA, PENGENALAN RINGKAS LATAR BELAKANG

Kronologi masa dalam tempoh ini adalah seperti berikut:

  1. Maria mengandung dari Roh Kudus (Mat 1:18)
  2. Yusuf mengambil Maris sebagai isteri (Mat 1:24)
  3. Tuhan Yesus dilahirkan di Betlehem (Mat 2:1)
  4. Orang-orang majus dari Timur datang menyembah (Mat 2:1-12)
  5. Yusuf membawa seisi keluarga melarikan diri ke Mesir (Mat 2:13)
  6. Pulang ke NaMemahami identiti pekerjaan sendiri (Mat 3:11-12) – sentiasa merendahkan hati dan melayani Tuhan.

II. Yusuf, orang yang benar (Mat 1)

  1. Seorang yang tulus hati, takut kepada Tuhan (Mat 1:19)
  2. Seorang yang bertimbang rasa, sudi berfikir untuk orang lain (Mat 1:19) – Tidak mahu mencemarkan nama orang lain.
  3. Seorang yang sudi membuat pertimbangan (Mat 1:20) – Bagaimana untuk mengendalikan masalah dengan baik.
  4. Seorang yang sudi taat kepada perintah Tuhan (Mat 1:24) – harus memikul tanggungjawab.
  5. Seorang yang dapat mengawal dirinya (Mat 1:25)

III. Yohanes Pembaptis – hamba Tuhan

  1. Tekad untuk hidup secara ringkas (Mat 3:4)
  2. Mahir mengajar (Mat 3:7-10), membuatkan orang bertobat secara tulus.
  3. Memahami identiti pekerjaan sendiri (Mat 3:11-12) – sentiasa merendahkan hati dan melayani Tuhan.

IV. Tuhan Yesus dicobai

  1. Cara-cara pencobaan:
    a) Keinginan daging (Mat 4:2-3) terlalu mementingkan keperluan daging / fizikal.
    b) Keinginan mata (Mat 4:8-9).
    c) Keangkuhan hidup (Mat 4:5-6).
  2. Bagaimana memenanginya
    a) Serahkan hidup kepada Tuhan (Mat 4:4)
    b) Segenap hati melayani Tuhan dengan hati yang jujur dan benar (Mat 4:10)
    c) Belajar taat kepada kehendak Tuhan (Mat 4:7), bukan berdasarkan kehendak sendiri sehingga mencobai Tuhan.

 

KETUJUH, SOALAN KAJIAN

  1. Apa pendapat anda tentang sikap pengurusan Yusuf, orang yang benar (Mat 1:19-20)
  2. Apa pendapat anda tentang sikap orang-orang majus dari Timur dan ahli Taurat bangsa Yahudi terhadap nubuat berkaitan dengan kelahiran Juruselamat (Mat 2:1-6)?

Penginjilan

Bahan Rujukan

mengikut kagetori

". . . mereka menerima firman itu dengan segala kerelaan hati dan setiap hari mereka menyelidiki Kitab Suci." ~ Kisah Para Rasul 17: 11

Aplikasi Mobile

Bahan-bahan rujukan boleh diakses menggunakan aplikasi mobile. Sila dapatkan di _

Bahan Pengajaran Kelas Pengajian Tinggi Siri 4

PANDUAN PEMBACAAN KITAB HAKIM-HAKIM

PANDUAN PEMBACAAN KITAB HAKIM-HAKIM PENGENALAN Kitab Hakim-hakim ialah gambaran zaman dan juga gambaran kehidupan kita. Kitab ini juga boleh disebut sebagai miniatur sejarah ...

PANDUAN PEMBACAAN KITAB NEHEMIA

PANDUAN PEMBACAAN KITAB NEHEMIA Orang Israel pada mulanya dipilih dan dikasihi oleh Tuhan. Mereka merupakan umat yang dijaga, diberkati, dan dipimpin khas ...

PANDUAN PEMBACAAN KITAB GALATIA

PANDUAN PEMBACAAN KITAB GALATIA Dalam sejarah agama Kristian, kitab Galatia dihormati sebagai “piagam kebebasan umat Kristian”. Kitab ini, bersama-sama dengan kitab Roma, ...

PANDUAN PEMBACAAN KITAB FILIPI

PANDUAN PEMBACAAN KITAB FILIPI PENULIS KITAB Paulus, hamba Yesus Kristus (1:1). MASA DAN LOKASI PENULISAN Kitab Filipi ditulis oleh Paulus di ...

PANDUAN PEMBACAAN KITAB KOLOSE

PANDUAN PEMBACAAN KITAB KOLOSE PENULIS Rasul Paulus. Pada permulaan kitab, Paulus menyebut bahawa “Dari Paulus, rasul Krsitus Yesus, oleh kehendak ...

PANDUAN PEMBACAAN KITAB IBRANI

Tema: Sebab Kristus adalah kegenapan hukum Taurat, sehingga kebenaran diperoleh tiap-tiap orang yang percaya (Rm 10:4). Penulis: Tidak diketahui. Penerima: ...

SAKRAMEN PERJAMUAN KUDUS

SAKRAMEN PERJAMUAN KUDUS Semasa memberitakan Injil di dunia, Tuhan Yesus pernah berkata kepada orang banyak: Dialah roti hidup yang telah ...

DOSA DAN DIBENARKAN

Tuhan yang benar menciptakan segala sesuatu indah pada waktunya, dan menempatkan umat manusia di taman Eden. Namun bagaimana dunia yang ...

PEMILIHAN DAN PENENTUAN

PEMILIHAN DAN PENENTUAN Satu, Pendahuluan Alkisah: “Kampung A terletak di atas bukit di tebing kiri sungai. Jika ingin membeli barang ...

IMAM BESAR YANG MENARUH BELAS KASIHAN DAN YANG SETIA

IMAM BESAR YANG MENARUH BELAS KASIHAN DAN YANG SETIA “Sebab Imam Besar yang demikianlah yang kita perlukan: yaitu yang saleh, ...

HUBUNGAN ANTARA KRISTUS DENGAN JEMAAT

HUBUNGAN ANTARA KRISTUS DENGAN JEMAAT Hubungan antara Kristus dengan jemaat merupakan tema utama rancangan penyelamatan dan penebusan Tuhan. Rahsia ini ...

MERENUNGKAN HUBUNGAN SESAMA ANGGOTA DARIPADA KITAB BILANGAN

Pendahuluan Dua belas suku Israel adalah sebuah komuniti kehidupan. Mereka meninggalkan Mesir bersama-sama, menerima latihan di padang gurun bersama-sama, memasuki ...

LIMA JENIS KORBAN DALAM ALKITAB

LIMA JENIS KORBAN DALAM ALKITAB PENDAHULUAN Nenek moyang kuno yang takut akan Tuhan tahu mempersembahkan korban kepada Tuhan. Sebagai contoh: ...

PERBANDINGAN KONSEP PENYELAMATAN DAN PENEBUSAN ANTARA AGAMA

PERBANDINGAN KONSEP PENYELAMATAN DAN PENEBUSAN ANTARA AGAMA SATU, PENDAHULUAN Istilah “penyelamatan dan penebusan” dalam agama Kristian berasal daripada perkataan sōtēria ...

KONSEP PERKAHWINAN UMAT KRISTIAN

KONSEP PERKAHWINAN UMAT KRISTIAN Kebebasan dalam percintaan dan autonomi dalam perkahwinan merupakan arus utama konsep perkahwinan moden. Bersatu kerana saling ...

MENDENGAR FIRMAN DAN MELAKUKAN FIRMAN

MENDENGAR FIRMAN DAN MELAKUKAN FIRMAN Ayat Alkitab: Yak 1:19-27 Penjelasan Konsep Orang dahulu berkata: “sebesar-besar bumi, ditampar tak kena” ...

PENYESUAIAN UMAT KRISTIAN DALAM ZAMAN PERUBAHAN DRASTIK

PENYESUAIAN UMAT KRISTIAN DALAM ZAMAN PERUBAHAN DRASTIK Dalam kehidupan manusia selama berpuluh-puluh tahun yang singkat ini, hujan panas permainan hari, ...

REFORMASI AGAMA DAN MAZHAB-MAZHAB

Reformasi Agama merupakan peristiwa terpenting dalam sejarah gereja Kristian selama dua ribu tahun. Reformasi Agama bukan hanya menulis semula sejarah ...

CARA MENGANJURKAN KEBAKTIAN TEH INJIL

PENDAHULUAN Sebelum membincangkan cara menganjurkan kebaktian teh Injil, kita harus terlebih dahulu memikirkan dua perkara: Pertama, apakah tujuan Injil? Kedua, ...

CARA MENGANJURKAN KEBAKTIAN PERSAHABATAN PENCARI INJIL

CARA MENGANJURKAN KEBAKTIAN PERSAHABATAN PENCARI INJIL Kebaktian persahabatan pencari Injil merupakan mekanisme berkesan yang digunakan secara fleksibel dalam kerja penginjilan ...

SIRI KEEMPAT – MENINGGIKAN KRISTUS

PANDUAN PEMBACAAN ALKITAB PANDUAN PEMBACAAN KITAB HAKIM-HAKIM                                Qiu Yi Xiong PANDUAN PEMBACAAN KITAB NEHEMIA                                          Xie Xi Hai PANDUAN ...

KATA PENGANTAR

KATA PENGANTAR Syukur! Dengan pimpinan Tuhan yang di syurga, Bahan Pengajaran Kelas Pengajian Tinggi Siri Keempat dapat diterbitkan dengan lancar ...