INTI SAKRAMEN PEMBAPTISAN

INTI SAKRAMEN PEMBAPTISAN

 

Apabila seseorang ingin percaya kepada Yesus, kebanyakan gereja akan membaptisnya tanpa mengambil kira tentang cara pembaptisannya. Mengapa? Hal ini kerana Alkitab jelas mencatatkan pesanan Tuhan Yesus (Mat 28:19).

Adakah pembaptisan telah menjadi satu kebiasaan untuk “memasuki agama Yesus”? Tentunya bukan sekadar kebiasaan sahaja. Gereja Yesus Benar menjadikan “pembaptisan” sebagai salah satu “sakramen kudus”. Pembaptisan dilaksanakan dengan hati yang hormat bahkan dengan cara “seluruh tubuh ditenggelami air”. Oleh itu, acara ini boleh digelar sebagai “Sakramen Pembaptisan”. Mengapa? Berdasarkan Kebenaran yang dijelaskan dalam Alkitab, mari kita kaji tentang inti “Sakramen Pembaptisan”.

 

ASAL-USUL SAKRAMEN PEMBAPTISAN

Mengapa mesti menerima Sakramen Pembaptisan untuk terima anugerah keselamatan Tuhan Yesus? Firman dalam Alkitab mencatatkan: “Sebab jika kamu mengaku dengan mulutmu, bahwa Yesus adalah Tuhan, dan percaya dalam hatimu, bahwa Allah telah membangkitkan Dia dari antara orang mati, maka kamu akan diselamatkan.” (Rm 10:9). Jika hati saya telah percaya, mengapa langkah ini perlu dilakukan lagi? Ya, Sakramen Pembaptisan bukan sekadar kebiasaan sahaja. Memandangkan hati telah percaya, mengapa tidak berbuat menurut semua Kebenaran dalam Alkitab? Mari kita kaji tentang asal-usul Sakramen Pembaptisan:

A. TUHAN YESUS SECARA PERIBADI MENUNJUKKANNYA

Anugerah keselamatan Tuhan telah dirancang. Tuhan Yesus pada asalnya merupakan Tuhan yang benar di syurga. Demi menyelesaikan anugerah keselamatan, Dia telah dilahirkan di dalam dunia dengan “mengosongkan diri-Nya sendiri, dan mengambil rupa seorang hamba, dan menjadi sama dengan manusia.” (Flp 2:7). Demi memperkenalkan Tuhan Yesus, Tuhan terlebih dahulu mengatur seorang pekerja untuk menjadi perintis bagi Tuhan Yesus iaitu Yohanes. Yohanes ini digelar sebagai “Yohanes Pembaptis” kerana ciri-ciri pekerjaannya iaitu membaptis orang. Yohanes Pembaptis memberitakan Firman Tuhan, memberi amaran kepada orang supaya mengenali kesalahan masing-masing dan bertaubat serta menerima pembaptisan. Ketika Tuhan Yesus berumur kira-kira tiga puluh tahun dan ingin mula memberitakan Injil kerajaan syurga, Dia pergi kepada Yohanes Pembaptis untuk dibaptis olehnya. Dengan arahan Tuhan, Yohanes Pembaptis tahu bahawa Yesus ialah Mesias yang ditentukan oleh Tuhan. Pada asalnya, dia tidak berani dan mengaku tidak layak untuk membaptiskan Yesus. Namun Tuhan Yesus berkata kepadanya: “Biarlah hal itu terjadi, karena demikianlah sepatutnya kita menggenapkan seluruh kehendak Allah.” Oleh itu, Yohanes Pembaptis pun membaptiskan Yesus (Mat 3:13-15). Dengan itu, dia juga menyatakan bahawa Tuhan Yesus merupakan Juruselamat yang ditentukan oleh Tuhan (Yoh 1:31-34). Dalam ayat “menggenapkan seluruh kehendak Allah” yang disebut oleh Tuhan, “kehendak” juga disebut sebagai “upacara” yang merujuk kepada perkara yang adil, wajar dan harus dilakukan. Tuhan Yesus terima pembaptisan dan memberikan teladan. Dia ialah Firman yang telah menjadi manusia yang dilahirkan oleh perempuan muda iaitu Maria. Dia tidak mempunyai dosa asal, bahkan tidak pernah berbuat dosa di dalam dunia (rujuk Luk 23:4). Dia tidak perlu bertaubat dan terima pembaptisan untuk mendapatkan pengampunan seperti orang-orang yang berdosa. Tuhan menghormati cara Allah yang diberitakan oleh pekerja-Nya, maka kita juga seharusnya berbuat demikian pada hari ini.

 

B. PENGGENAPAN TUHAN

Dalam zaman Perjanjian Lama, jika ada bangsa asing yang menjadi milik orang Israel, laki-laki perlu dilalukan dari air seperti perempuan selain disunat (rujuk Bil 31:18-23). Jika orang Israel sendiri menjadi najis, mereka perlu mentahirkan diri mereka dengan air menurut hukum Taurat (rujuk Im 15:5-15). Semua upacara pentahiran dan upacara persembahan korban ini rata-ratanya mengajar orang Israel untuk mengejar pengampunan dosa dan kekudusan. Dengan kaedah “pembaptisan”, Yohanes Pembaptis juga mengajar orang banyak untuk mengejar pengampunan dosa dan kekudusan. Semua ini adalah arahan daripada Tuhan. Oleh itu, Tuhan pernah bertanya: “Baptisan Yohanes itu, dari sorga atau dari manusia?” (Luk 20:4). Jika dilihat dari segi cara, Tuhan Yesus menggunakan cara Yohanes Pembaptis. Walau bagaimanapun, hal yang paling penting ialah Tuhan Yesus mati di atas kayu salib demi dosa manusia dan mengalirkan darah-Nya yang bernilai lalu menggenapkan rancangan anugerah keselamatan Tuhan dan segala ibadah dalam Perjanjian Lama (rujuk Ibr 9:10, 10:10). Oleh itu, penyertaan dan kesaksian darah Tuhan yang bernilai diperlukan dalam Sakramen Pembaptisan untuk menghasilkan kuasa anugerah keselamatan.

 

C. PESANAN TUHAN

Selepas Tuhan Yesus bangkit dari antara orang mati dan sebelum terangkat ke syurga, Dia mengumpulkan murid-murid dan berpesan kepada mereka dengan banyak pengajaran. Dia berkata: “Kepada-Ku telah diberikan segala kuasa di sorga dan di bumi. Karena itu pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus.” (Mat 28:18-19). Nampaknya, Sakramen Pembaptisan merupakan arahan yang diberikan oleh Tuhan dengan kuasa-Nya. Setiap orang harus menerimanya dan jangan mengubahnya secara sembarangan menurut pandangan manusia atau untuk kemudahan dalam pelaksanaannya.

 

D. PEMATUHAN PARA RASUL

Selepas murid-murid Tuhan Yesus menerima Roh Kudus yang dijanjikan pada hari Pentakosta, mereka mendapat kuasa yang sangat kuat yang diberikan oleh Tuhan. Mereka tidak lagi berasa takut melainkan memberi kesaksian untuk Tuhan Yesus dengan berani dan memetik bukti daripada Alkitab. Mereka juga mengadakan banyak tanda dan mukjizat dengan penyertaan Tuhan sehingga hati banyak orang sangat terharu lalu bertanya: “Apakah yang harus kami perbuat, saudara-saudara?” Jawab rasul: “Bertobatlah dan hendaklah kamu masing-masing memberi dirimu dibaptis dalam nama Yesus Kristus.” (Kis 2:37-41). Para rasul dan para nabi merupakan dasar iman kepercayaan kita (Ef 2:20) kerana mereka menyaksikan Injil Tuhan. Seperti mana mereka melaksanakan Sakramen Pembaptisan dengan setia menurut perintah Tuhan, kita juga seharusnya berbuat demikian.

 

KUASA SAKRAMEN PEMBAPTISAN

Mengapakah Tuhan Yesus memerintahkan murid-murid-Nya dengan sangat berhati-hati (Mat 28:18)? Hal ini demikian kerana menerima baptisan darah Tuhan yang bernilai mempunyai kesan yang sangat baik. Berdasarkan Alkitab, kesan-kesannya diringkaskan seperti berikut:

 A. DOSA DIAMPUNI

Selepas mendengar kesaksian para rasul, hati orang banyak sangat terharu lalu bertanya kepada para rasul: “Apakah yang harus kami perbuat, saudara-saudara?” Jawab Petrus kepada mereka: “Bertobatlah dan hendaklah kamu masing-masing memberi dirimu dibaptis dalam nama Yesus Kristus untuk pengampunan dosamu.” (Kis 2:17-38). Nampaknya sebaik sahaja manusia terharu, mereka akan mengaku “dosa” dengan rendah hati. Sebenarnya, sejak nenek moyang manusia, Adam dan Hawa berdosa, dosa telah masuk ke dalam dunia (Rm 5:12). Dosa mengawal pemikiran orang sepanjang masa dan menggunakan semua jenis bahan untuk menggoda orang. Dosa telah menjadi kuasa pemusnah yang terbesar di dunia. Manusia juga ingin mengawal dan menghapuskannya melalui Firman, hukum Taurat / undang-undang, bahkan kepercayaan agama buatan manusia. Walau bagaimanapun, semuanya gagal. Satu-satunya cara yang ada ialah dengan percaya dan bersandar kepada Tuhan yang benar di syurga melalui cara anugerah keselamatan yang ditetapkan oleh Dia (rujuk Rm 3:27). Dalam Sakramen Pembaptisan, dosa benar-benar dapat diampuni kerana ada penyertaan darah Tuhan yang bernilai yang dialirkan oleh-Nya bagi menggantikan dosa manusia. Kasih karunia inilah yang dijanjikan oleh Tuhan dan pengorbanan yang dibuat oleh-Nya.

 

B. DAPAT DILAHIRKAN KEMBALI

Ketika menjawab soalan Nikodemus, Tuhan Yesus berkata: “Jika seorang tidak dilahirkan dari air dan Roh, ia tidak dapat masuk ke dalam Kerajaan Allah.” (Yoh 3:5). Oleh itu, Sakramen Pembaptisan juga digelar sebagai “permandian kelahiran kembali” (Tit 3:5). Sakramen Pembaptisan adalah umpama manusia lama itu mati dan dikuburkan bersama-sama dengan Tuhan Yesus (rujuk Rm 6:3-4) malahan dibangkitkan bersama-sama dengan Tuhan (Kol 2:12) dan terima hidup baru yang diberikan oleh Tuhan, malahan hidup yang berkelimpahan (Yoh 10:10). Dengan itu, kita dapat menjadi ciptaan baru, mempunyai matlamat hidup yang baru dan tidak lagi hidup hanya untuk diri sendiri, terutamanya tidak lagi mengejar kenikmatan material sebagai sasaran. Sebaliknya, kita mengejar berkat hidup kekal dan mempunyai cara hidup yang baru. Kita tidak lagi mentaati penguasa kerajaan angkasa dan menuruti keinginan manusia sebaliknya mentaati kehendak Tuhan, terus-menerus diperbaharui untuk memperoleh pengetahuan yang benar menurut gambar Khaliknya (Kol 3:9-10).

 

C. DIKUDUSKAN DAN DIBENARKAN

Bagi orang yang terima Sakramen Pembaptisan, dosanya diampuni dan dia dapat dilahirkan kembali. Di samping itu, dia dapat dibenarkan oleh Tuhan dan diselamatkan dari murka Allah (Rm 5:9) lalu maju menuju ke arah sasaran iaitu dikuduskan. Kita tidak lagi hidup di dalam dosa kerana kita telah masuk ke dalam kasih karunia Tuhan. Kita tetap hidup di dalam tubuh daging dan dunia selepas percaya kepada Tuhan. Oleh itu, kita tidak dapat mengelak daripada pelanggaran kerana kelemahan yang sementara. Walau bagaimanapun, kuasa penyucian darah Tuhan yang bernilai senantiasa mengikuti kita. Pada masa kita bertaubat, pada masa itu juga kita dapat disucikan (1 Yoh 1:9). Tambahan pula, kita mempunyai hidup baru di dalam kita yang akan terus-menerus menyelia kita untuk maju ke hadapan dan mengejar hidup yang kudus. Oleh itu, seorang umat Kristian yang soleh harus bersandar kepada pertolongan Roh Kudus, senantiasa menyempurnakan rohani, ingatkan diri sendiri untuk menghapuskan segala pelanggaran dan menjauhi godaan kebendaan supaya dapat berdiri di posisi kasih karunia dibenarkan oleh Tuhan untuk selama-lamanya dan mencapai sasaran dikuduskan.

 

D. MENJADI MILIK KRISTUS

Alkitab berfirman: “Sebab kamu semua adalah anak-anak Allah karena iman di dalam Yesus Kristus. Karena kamu semua, yang dibaptis dalam Kristus, telah mengenakan Kristus. Dalam hal ini tidak ada orang Yahudi atau orang Yunani, tidak ada hamba atau orang merdeka, tidak ada laki-laki atau perempuan, karena kamu semua adalah satu di dalam Kristus Yesus. Dan jikalau kamu adalah milik Kristus, maka kamu juga adalah keturunan Abraham dan berhak menerima janji Allah.” (Gal 3:26-29). Nampaknya, terima Sakramen Pembaptisan bermakna menjadi milik Kristus yang melambangkan:

  1. Tinggal di dalam Yesus, boleh menerima perlindungan, pimpinan dan berkat Tuhan
  2. Merupakan manusia kepunyaan Allah, beroleh kemerdekaan, tidak lagi diperhambakan oleh dosa (Rm 6:6) dan tidak lagi takut dengan penguasaan oleh banyak kepercayaan karut atau tahyul.
  3. Berada di dalam Yesus, boleh saling mengasihi, mengambil berat dan menerima dengan hati yang ikhlas serta menjadi satu keluarga tanpa membezakan antara bangsa, kebijaksanaan, kebodohan, status sosial, kaya atau miskin.
  4. Menjadi anak-anak Tuhan, mempunyai pengharapan keselamatan dan berkelayakan untuk menerima warisan kekal yang disediakan oleh Tuhan.

Oleh itu, kita haruslah melayani Tuhan dengan setia, pertahankan iman kepercayaan dan kasih karunia yang dikurniakan oleh-Nya sampai pada kesudahannya dan mengharapkan kedatangan Tuhan untuk kali yang kedua.

 

CARA PERLAKSANAAN SAKRAMEN PEMBAPTISAN

Cara yang digunakan amat penting dalam melakukan segala sesuatu. Sekiranya caranya betul, kita boleh mendapat hasil yang berlipat ganda. Cara pembaptisan yang tepat mempengaruhi sama ada pembaptisan yang diterima mempunyai kesan yang disebutkan di atas iaitu dapat diselamatkan ataupun tidak. Oleh itu, Sakramen Pembaptisan haruslah dilaksanakan berdasarkan cara yang dikatakan dalam Alkitab. Caranya diperkenalkan seperti berikut:

A. DALAM NAMA TUHAN YESUS

Sebelum terangkat ke syurga, Tuhan berpesan kepada rasul: “Pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus.” (Mat 28:19). Selepas para rasul menerima Roh Kudus pada hari Pentakosta, mereka dengan beraninya memberi kesaksian untuk Tuhan secara berasingan. Ketika hati orang banyak sangat terharu, jawab Petrus kepada mereka: “Bertobatlah dan hendaklah kamu masing-masing memberi dirimu dibaptis dalam nama Yesus Kristus untuk pengampunan dosamu.” (Kis 2:38). Nampaknya mereka memahami bahawa “nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus” ialah “Yesus” (Kis 10:48). Hanya nama kudus Yesus sahaja yang mempunyai kuasa pengampunan kuasa dan berkuasa menyelamatkan manusia (Kis 4:12). Orang-orang kudus juga mengadakan pelbagai tanda dan mukjizat dengan bersandarkan nama Yesus (Kis 4:10, 16:18). Pada hari ini, kita juga harus membaptis dan bekerja dalam nama Tuhan.

 

B. SELURUH TUBUH DITENGGALAMI AIR

Sakramen Pembaptisan ditunjukkan oleh Tuhan Yesus sendiri. Menurut catatan Alkitab, Tuhan Yesus dibaptis di Sungai Yordan, “Yesus segera keluar dari air” (Mat 3:16). Ketika murid Tuhan Yesus membaptis, caranya juga “keduanya turun ke dalam air, … keluar dari air.” (Kis 8:38-39). Semua ini menunjukkan bahawa semasa Sakramen Pembaptisan, seluruh tubuh orang yang dibaptis mesti ditenggelamkan ke dalam air. Maksud asal Sakramen Pembaptisan ialah “penyelaman”. Berdasarkan cara yang dicatatkan dalam Alkitab, kita dapat mengetahui bahawa air yang digunakan ialah air yang mengalir iaitu yang disebut sebagai air hidup. Oleh itu, kita harus melakukannya menurut cara Tuhan Yesus dan rasul dengan hati yang murni. Kita harus melaksanakan Sakramen Pembaptisan yang menenggelamkan seluruh tubuh ke dalam air dan melaksanakannya di dalam air yang mengalir seperti sungai atau laut untuk menerima berkat yang dijanjikan oleh Tuhan.

 

C. MUKA MENGHALA KE BAWAH

Mengapa? Pada satu sisi, terima Sakramen Pembaptisan bermaksud kita rela mengaku bahawa kita ialah orang berdosa secara rendah hati dan perlu menerima kasih karunia Tuhan iaitu pengampunan dosa. Oleh itu, terima Sakramen Pembaptisan dengan menundukkan kepala (muka menghala ke bawah) di hadapan Tuhan adalah sangat tepat. Sebagai contoh, pemungut cukai yang disebut oleh Tuhan dalam perumpamaan-Nya bertaubat dengan rendah hati di hadapan Tuhan (Luk 18:13). Seperti yang dikatakan oleh Daud: “Aku telah terkejar oleh kesalahanku, sehingga aku tidak sanggup melihat.” (Mzm 40:13). Pada satu sisi yang lain, Paulus pernah berkata: “Atau tidak tahukah kamu, bahwa kita semua yang telah dibaptis dalam Kristus, telah dibaptis dalam kematian-Nya? Sebab jika kita telah menjadi satu dengan apa yang sama dengan kematian-Nya, kita juga akan menjadi satu dengan apa yang sama dengan kebangkitan-Nya.” (Rm 6:3-5). Rupa kebangkitan Tuhan itu mulia manakala bagi keadaan ketika Tuhan mati pula, rasul Yohanes dengan luar biasanya mencatatnya: “Sesudah Yesus meminum anggur asam itu, berkatalah Ia: “Sudah selesai.” Lalu Ia menundukkan kepala-Nya dan menyerahkan nyawa-Nya.” (Yoh 19:30). (Memandangkan telah dilantakkan di atas kayu salib, menundukkan kepala semasa meninggal dunia merupakan sesuatu yang semula jadi. Mengapakah hal itu perlu disebut secara khusus?) Oleh itu, kita percaya bahawa terima Sakramen Pembaptisan dengan menundukkan kepala adalah wajar dan sesuai dengan kehendak Tuhan.

 

D. HARUS DIBAPTIS OLEH ORANG YANG DIUTUS

“Dan bagaimana mereka dapat memberitakan-Nya, jika mereka tidak diutus?” (Rm 10:15). Tuhan Yesus mengutus rasul-rasul menurut perintah Tuhan dan berjanji untuk memberikan Roh Kudus kepada mereka sebagai bukti (Yoh 20:21-23) supaya dosa manusia mendapat pengampunan Tuhan melalui Sakramen Pembaptisan. Para rasul mula memberitakan Firman dan membaptis selepas terima Roh Kudus (Kis 2). Oleh itu, gereja pada hari ini harus ada penyertaan Roh Kudus untuk menyatakan bukti sebagai utusan Tuhan. Dengan itu, gereja akan mempunyai kuasa untuk membuatkan orang menerima kasih karunia Tuhan dan masuk ke dalam kerajaan Tuhan melalui Sakramen Pembaptisan.

 

CARA TERIMA SAKRAMEN PEMBAPTISAN

Kata Tuhan: “Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku.” (Yoh 14:6). Hanya Dia sahaja yang telah mati demi kita lalu mengalirkan darah yang bernilai untuk menyucikan dosa kita. Bagaimanakah seharusnya seseorang menerima Sakramen Pembaptisan-Nya?

A. HARUS PERCAYA

Tuhan Yesus berkata: “Siapa yang percaya dan dibaptis akan diselamatkan.” (Mrk 16:16). Percaya merupakan syarat yang paling utama. Pertama sekali, harus percaya bahawa Yesus ialah Juruselamat yang tunggal. Hanya Dia sahaja yang dapat benar-benar menyelamatkan kita daripada segala penderitaan untuk masuk ke dalam kerajaan syurga. Kedua, harus percaya bahawa semua khasiat Sakramen Pembaptisan bukanlah suatu prosedur memasuki agama melainkan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan keselamatan iaitu membuatkan diri sendiri menerima kasih karunia Tuhan. Ketiga, harus percaya pada cara Sakramen Pembaptisan yang bersesuaian dengan Alkitab dan Firman dalam Alkitab serta gereja benar yang memberitakan segala Kebenaran ini. Menjadi milik Kristus dengan cara ini membolehkan kita mendirikan iman kepercayaan yang kukuh dan menjadi seorang umat Kristian yang sejati.

 

B. HARUS BERTAUBAT

Mengaku dosa sendiri, seperti Petrus berkata dalam dorongannya: “Bertobatlah dan hendaklah kamu masing-masing memberi dirimu dibaptis dalam nama Yesus Kristus untuk pengampunan dosamu.” (Kis 2:38). Ketahuilah bahawa tidak mengenali Yesus, Tuhan yang di syurga dan menjauhi, meninggalkan Dia lalu menyembah tuhan palsu yang lain merupakan kesalahan dan dosa besar. Ketahui juga bahawa semua konsep, tingkah laku, keperibadian, adat dan kebiasaan yang tidak sesuai dengan Kebenaran Alkitab adalah salah. Kita bersedia untuk berubah dan berusaha sepenuhnya berdasarkan Kebenaran.

 

C. HARUS BERTEKAD

Apabila bertaubat, kita juga harus bertekad untuk mengejar matlamat yang lebih baik dan ketahuilah: “Untuk masuk ke dalam Kerajaan Allah kita harus mengalami banyak sengsara.” (Kis 14:22). Berdoalah dan memohon kekuatan Roh Kudus dari semasa ke semasa, jangan berundur walau dalam apa-apa situasi, kenal pastilah bahawa hanya Yesus sahaja satu-satunya Juruselamat, pikullah salib dan ikutlah Dia, jangan lagi memandang ke belakang dalam sepanjang hidup dan pertahankanlah iman kepercayaan sehingga dapat menyelesaikan perjalanan hidup kekal ini.

 

KESIMPULAN

Sakramen Pembaptisan merupakan permulaan untuk menerima anugerah keselamatan dan pengharapan untuk memasuki kerajaan syurga. Seseorang hanya boleh menerima sekali sahaja Sakramen Pembaptisan yang bersesuaian dengan Alkitab dan khasiatnya mengikuti kita untuk sepanjang hidup ini. Oleh itu, dengan mempunyai keberanian percaya dan tekad yang menghargai kasih karunia pengampunan dosa ini, kita harus mengharapkan mahkota kemuliaan yang akan diterima apabila Tuhan datang kembali.

HUKUM TAURAT DAN KASIH KARUNIA

HUKUM TAURAT DAN KASIH KARUNIA

PENDAHULUAN

Kedua-dua hukum Taurat dan kasih karunia berasal dari Tuhan (Yoh 1:17). Walaupun kelihatan saling berkonflik, namun sebenarnya ada kaitan antara kedua-duanya. Secara ringkasnya, oleh hukum Taurat orang mengenal dosa, supaya seluruh dunia jatuh ke bawah hukuman Allah; hukum Taurat berkuasa atas seseorang, namun hukum Taurat tidak dapat melepaskan manusia daripada dosa untuk dibenarkan (Rm 3:19-20, 7:1,12-17). Kini, terima kasih kepada karunia Tuhan, kita dapat dibenarkan dan dikuduskan kerana percaya kepada Yesus Kristus lalu dapat dimerdekakan daripada hukum dosa dan hukum maut (Rm 3:21-26, 8:1-2).

 

ISI KANDUNGAN

ASAL USUL HUKUM TAURAT

A. Pada asalnya hukum Taurat ditambahkan oleh karena pelanggaran-pelanggaran, bahkan diberikan oleh Musa (Gal 3:19, Yoh 1:17).

Orang Israel hidup sebagai orang asing di Mesir untuk lebih daripada empat ratus tahun. Oleh itu, mereka dicemari dengan banyak tabiat yang jahat. Pengenalan dan keyakinan mereka terhadap Tuhan dan iman kepercayaan adalah tidak mencukupi (rujuk: Kel 16:2-7,19-20,26-30, 32:1-16). Oleh itu, hukum Taurat dibentangkan dengan tujuan meminta dan mengajar umat untuk menjadi kudus (Kel 15:25-26, 19:5-6) supaya dapat dekat kepada Tuhan dan mendapat kehormatan (Ul 4:4-8).

B. Mengingatkan umat Tuhan supaya bersyukur dan melayani Tuhan, belajar untuk takut akan Tuhan serta mewariskan iman kepercayaan kepada anak cucu (Kel 13:8-9, 14-16).

Musa memberi galakan kepada umat bahawa mereka perlu berwaspada dan berhati-hati supaya jangan melupakan kasih karunia dan kuasa Tuhan serta perlu mewariskannya kepada anak-anak dan cucu-cicit. Di samping itu, mereka harus belajar takut akan Tuhan daripada perkataan-perkataan Tuhan yang didengar dan mengajarkan demikian kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana Tuhan memberi perintah untuk mengajarkan kepada umat ketetapan dan peraturan, supaya mereka melakukannya di negeri yang dijanjikan (Ul 4:9-10,14).

FUNGSI DAN SEMANGAT HUKUM TAURAT

Daud mengarang mazmur untuk memuji hukum Taurat. Dia berkata bahawa hukum Taurat sempurna, murni, benar, menyegarkan jiwa dan membangunkan manusia (Mzm 19:8-12). Paulus juga mengatakan bahawa hukum Taurat adalah kudus, benar dan baik (Rm 7:12). Nampaknya, fungsi dan semangat hukum Taurat adalah berbaloi untuk dikaji.

KEGUNAAN SECARA POSITIF

A. Penuntun bagi pemercaya (Gal 3:24)

Dengan menggunakan perwalian dan pengawasan oleh bapa terhadap mereka yang bawah umur (bawah umur 25 tahun) menurut peruntukan undang-undang Rom, Paulus membuat perumpamaan tentang perikatan hukum Taurat ke atas manusia. Walaupun “anak-anak” tertakluk pada penyeliaan orang dewasa dan harus berpegang pada dogma dan peraturan, namun peraturan itu sebenarnya merupakan sejenis perlindungan dan jagaan baginya sehingga dia akil baligh untuk menjadi ahli waris (Gal 4:1-2). Paulus juga pernah menyebut bahawa Alkitab (ketika itu hanya terdapat Alkitab Perjanjian Lama) adalah untuk mengajar orang memperbaiki kelakuan, mendidik orang dalam kebenaran, dan dengan demikian tiap-tiap manusia kepunyaan Allah diperlengkapi untuk setiap perbuatan baik (2 Tim 3:16-17).

B. Menuntun pemercaya sampai Kristus datang (Gal 3:24)

“Di dalam hukum Taurat hanya terdapat bayangan saja dari keselamatan yang akan datang, dan bukan hakekat dari keselamatan itu sendiri.” (Ibr 10:1). “Sedang wujudnya ialah Kristus.” (Kol 2:17). Tuhan Yesus berfirman: “Kamu menyelidiki Kitab-kitab Suci (merujuk kepada Alkitab Perjanjian Lama), sebab kamu menyangka bahwa oleh-Nya kamu mempunyai hidup yang kekal, tetapi walaupun Kitab-kitab Suci itu memberi kesaksian tentang Aku.” (Yoh 5:39). Hukum Taurat adalah seperti seorang penuntun yang mengajar manusia untuk mengenal dosa kejahatan, belajar tentang kesolehan dan pengetahuan tentang Tuhan. Apabila tiba masa latihan dan pengawasan yang bersesuaian, hukum Taurat akan membawa manusia kepada Kristus untuk terima kasih karunia.

KEGUNAAN SECARA NEGATIF

Paulus berkata: “Oleh hukum Taurat orang mengenal dosa.”, “Apakah hukum Taurat itu dosa? Sekali-kali tidak! Sebaliknya, justru oleh hukum Taurat aku telah mengenal dosa.” (Rm 3:20, 7:7). Dia berkata lagi: “Kitab Suci telah mengurung segala sesuatu di bawah kekuasaan dosa, supaya oleh karena iman dalam Yesus Kristus janji itu diberikan kepada mereka yang percaya.” (Gal 3:22). Hukum Taurat pada asalnya ditambahkan oleh kerana pelanggaran-pelanggaran. Hukum Taurat mendedahkan dosa, kelemahan dan ketidakberdayaan manusia. Namun, hukum Taurat juga merupakan kasih karunia yang digunakan oleh Tuhan untuk menyempurnakan kehendak-Nya dan membuatkan manusia mengharapkan janji.

SEMANGAT HUKUM TAURAT

Musa menasihati umat: “Dan kita akan menjadi benar, apabila kita melakukan segenap perintah itu dengan setia di hadapan TUHAN, Allah kita, seperti yang diperintahkan-Nya kepada kita.” (Ul 6:25). “Benar” bermaksud tingkah laku yang betul, yang baik dan yang benar di mata Tuhan (2 Taw 14:2, Yak 2:21-23). Kitab Pengkhotbah mencatatkan bahawa kewajiban setiap orang ialah: “takutlah akan Allah dan berpeganglah pada perintah-perintah-Nya”, “Karena Allah akan membawa setiap perbuatan ke pengadilan yang berlaku atas segala sesuatu yang tersembunyi, entah itu baik, entah itu jahat.” (Pkh 12:13-14). Semangat hukum Taurat adalah untuk menunjukkan harapan Tuhan terhadap umat pilihan, iaitu umat pilihan yang mendapat kasih karunia harus menjalani kehidupan yang kudus (Ul 7:6). Semangat hukum Taurat juga menyatakan kasih, kesetiaan dan keadilan Tuhan. Umat pilihan harus menjadi kerajaan yang takut akan Tuhan dan mulia (Ul 7:7-11, 4:5-8), di samping mengejar matlamat hidup yang mengasihi Tuhan dan mengasihi manusia serta hidup bergaul dengan Tuhan (Mat 22:36-40, Mi 6:6-8).

Hukum Taurat pada asalnya adalah rohani (Rm 7:14), baik (Rm 7:16), bahkan sempurna dan memerdekakan orang (Yak 1:25, 2:12). Orang Yahudi pula mempertahankan hukum yang tertulis lalu akhirnya salah faham tentang maksud Alkitab (Mat 15:1-9). Oleh sebab tidak mempunyai kasih akan Allah di dalam hati, mereka kehilangan Roh hukum Taurat (Yoh 5:42, Mat 23:23, Luk 11:42).

KEKURANGAN HUKUM TAURAT

Orang dahulu berkata: “Kebajikan yang baik sahaja tidak cukup untuk menangani hal ehwal negara, undang-undang sahaja juga tidak boleh membuatnya berkesan”. Kata kuncinya terletak pada manusia. Semangat hukum Taurat Perjanjian Lama telah dilupakan oleh sebab promosi dan penjelasan yang mementingkan setiap iota dan setiap titik oleh ahli kitab dan Taurat orang Yahudi. Keadaan ini ditambahkan lagi dengan pelbagai peraturan dan fokus pada pematuhan hukum Taurat secara formaliti (rujuk: Mrk 2:23 – 3:6, Luk 13:10-17). Paulus pernah menegur orang Yahudi bahawa walaupun mereka bersandarkan hukum Taurat, bermegah atas hukum Taurat, namun mereka hanya menegur orang lain dan tidak menegur diri sendiri (Rm 2:17-24). Walaupun mereka sungguh-sungguh giat, tetapi tanpa pengertian yang benar, mereka berusaha untuk mendirikan kebenaran mereka sendiri (sendiri beranggapan bahawa kebenaran itu betul) maka mereka tidak takluk pada kebenaran Allah (Rm 10:2-4).

Paulus pernah menjadi orang Farisi dan giat dalam belajar hukum Taurat. Hal ini membolehkan dia memahami dengan sedalam-dalamnya bahawa walaupun hukum Taurat adalah rohani, namun hukum Taurat tidak dapat membuatkan manusia mengalahkan hukum dosa (Rm 7:14-17). Permintaan hukum Taurat Tuhan ialah “sempurna”. Walau bagaimanapun, tiada seorang pun yang dapat dibenarkan di hadapan Tuhan oleh kerana melakukan hukum Taurat (Yak 2:8-12, 4:17, Rm 3:20). Hal ini kerana:

A. Tidak ada kepalsuan di dalam orang Israel sejati (Yoh 1:47). Bagi mereka yang mempunyai  bibir yang manis dan hati yang bercabang, percuma mereka beribadah kepada Tuhan (Mat 15:8-9).

B. Orang Yahudi sejati juga bersunat di dalam hati (Rm 2:28-29, rujuk: Ul 10:15-16, Yer 9:25-26). Harus menyembah Tuhan, Bapa yang di syurga dalam roh dan kebenaran (Yoh 4:23-24).

C. Umat pilihan sejati haruslah hidup dengan tidak bercela (Kej 17:1). Pemercaya sejati haruslah sempurna sama seperti Bapa yang di syurga; kasih yang sempurna, tingkah laku yang sempurna, perkataan yang sempurna, jiwa yang sempurna (Mat 5:21-48).

Maka tidak hairanlah Paulus mengeluh: “Aku, manusia celaka!” kerana betapa tingginya piawaian permintaan Tuhan. Piawaian ini adalah mustahil untuk dicapai di bawah hukum Taurat. Syukur kepada Tuhan, piawaian ini dapat diselesaikan dengan percaya dan bersandar kepada Tuhan Yesus Kristus (Rm 7:18-25).

 PENCAPAIAN KASIH KARUNIA

“Sebab Kristus adalah kegenapan hukum Taurat, sehingga kebenaran diperoleh tiap-tiap orang yang percaya.” (Rm 10:4). Sebab hukum Taurat sama sekali tidak membawa kesempurnaan,Yesus Kristus merupakan pengharapan yang lebih baik, kasih karunia-Nya mendekatkan kita kepada Tuhan (Ibr 7:19). Kristus telah mati untuk kita orang-orang durhaka dan menunjukkan kasih Tuhan supaya kita beroleh hidup yang kekal oleh kasih karunia Tuhan Yesus Kristus (Rm 5:6-8,15,20-21).

A. Mendirikan saluran bagi dibenarkan kerana iman, kerana iman meneguhkan hukum Taurat (Rm 3:21-31)

Hukum Taurat dalam Perjanjian Lama merujuk kepada pelbagai peraturan dan ketetapan yang berpusatkan Kesepuluh firman. Antaranya termasuklah hukum ibadah (sunat, persembahan korban, perayaan dan sebagainya), hukum kebersihan (pemakanan, kesihatan, keprihatinan sosial dan sebagainya) dan hukum moral (sivil, jenayah, politik tempatan, keprihatinan sosial dan sebagainya). Fungsinya adalah seperti yang dibincangkan di atas iaitu meminta umat pilihan menjalani kehidupan yang kudus di samping mengasihi Tuhan dan mengasihi manusia sebagaimana seharusnya (Im 19:1-2, 20:7-8, Ul 10:12-13, 18-19, Im 19:18,33-34). Tuhan Yesus membawakan kasih karunia dan kebenaran bukan untuk meniadakan hukum Taurat, melainkan untuk menggenapinya (Mat 5:17-18). Hukum Taurat bukan sahaja tidak dimansuhkan kerana iman, sebaliknya lebih diteguhkan. Kaedah dan prosesnya adalah seperti berikut:

  1. Percayalah kepada Tuhan Yesus, bertaubatlah, berilah diri dibaptis dalam nama Yesus Kristus untuk pengampunan dosa (Kis 16:30-31, 2:37-38) supaya dikuduskan dan dibenarkan (1 Kor 6:11).
  2. Hidup oleh Roh, hidup juga dipimpin oleh Roh, tidak hidup di bawah hukum Taurat, tidak menuruti keinginan daging (Gal 5:16-26), hidup beribadah (Tit 2:11-12), mengasihi Tuhan dan mengasihi manusia (1 Yoh 4:19-21, 5:1-3).

Dengan itu, permintaan hukum Taurat dapat dipenuhi dan kedudukan hukum Taurat juga  lebih diteguhkan.

B. Supaya tuntutan hukum Taurat digenapi di dalam mereka yang hidup menurut Roh serta dimerdekakan dari hukum dosa dan hukum maut (Rm 8:1-4)

“Tuntutan hukum Taurat” bermaksud permintaan hukum Taurat iaitu penampilan dalam kehidupan yang dikuduskan, mengasihi Tuhan dan mengasihi manusia. Walau bagaimanapun, ada yang tidak dapat dilakukan (tidak dapat mencapai piawaian kehendak Tuhan) kerana tak berdaya oleh daging. Hal ini adalah sama seperti yang pernah dialami oleh Paulus sendiri:

“sebaliknya aku mati. Dan perintah yang seharusnya membawa kepada hidup, ternyata bagiku justru membawa kepada kematian. Sebab dalam perintah itu, dosa mendapat kesempatan untuk menipu aku dan oleh perintah itu ia membunuh aku.”

“Jadi jika aku perbuat apa yang tidak aku kehendaki, aku menyetujui, bahwa hukum Taurat itu baik. Kalau demikian bukan aku lagi yang memperbuatnya, tetapi dosa yang ada di dalam aku.”

“Demikianlah aku dapati hukum ini: jika aku menghendaki berbuat apa yang baik, yang jahat itu ada padaku.”

(Rm 7:10-11,16-17,21).

Peperangan antara hati nurani dan keinginan daging sebegini serta perkataan dan perbuatan yang tidak seiring selamanya tidak dapat menggenapi tuntutan yang diminta oleh hukum Taurat. Kini, dengan bersandarkan Tuhan Yesus Kristus, kita telah dimerdekakan daripada hukum dosa dan hukum maut. Di samping itu, dengan bersandarkan bantuan Roh Kudus, mentaati Roh Kudus dalam segala hal, menuruti firman dan perintah Tuhan, hidup sama seperti Kristus telah hidup, maka kita ada di dalam Dia (1 Yoh 2:1-6), dapat dimerdekakan daripada hukum (kawalan) dosa dan maut. Orang yang berada di bawah kasih karunia mendapat kehidupan dan kuasa Roh Kudus, dilepaskan daripada ikatan dosa, lebih-lebih lagi dapat melakukan kebajikan dan tidak berbuat dosa (Tit 2:11-14, 1 Yoh 5:18). Mereka juga dapat mengambil inisiatif untuk menjalani gaya hidup yang mengasihi Tuhan dan mengasihi manusia (Luk 19:1-10, rujuk Im 6:1-5, Yoh 14:15,21).

KASIH KARUNIA BUKAN BERMAKSUD MEMBIARKAN

Kini, kita tidak lagi berada di bawah hukum Taurat melainkan di bawah kasih karunia. Kita juga tidak didominasi oleh dosa. Walau bagaimanapun, kita juga tidak boleh berbuat dosa. Alkitab berkata: “Sebab kamu tidak akan dikuasai lagi oleh dosa, karena kamu tidak berada di bawah hukum Taurat, tetapi di bawah kasih karunia. Jadi bagaimana? Apakah kita akan berbuat dosa, karena kita tidak berada di bawah hukum Taurat, tetapi di bawah kasih karunia? Sekali-kali tidak!? (Rm 6:14-15). Memandangkan kita telah dibenarkan dengan cuma-cuma oleh kasih karunia Tuhan dan melalui penyelamatan dan penebusan Kristus Yesus, diselamatkan bukan kerana melakukan hukum Taurat, tetapi kerana iman kepercayaan, hidup dipimpin oleh Roh, menggenapi tuntutan hukum Taurat, maka janganlah tetap hidup di dalam dosa. Hal ini demikian kerana:

A. Bagi orang yang telah dibaptis dalam Kristus, tubuh dosanya telah mati. Janganlah hidup di dalam dosa, bahkan jangan berbuat dosa menuruti keinginan sendiri dengan alasan supaya semakin bertambah kasih karunia itu (Rm 6:1-14).

B. Harus dengan segenap hati mentaati pengajaran, menjadi hamba kebenaran, beroleh buah yang membawa kepada pengudusan dan mendapat karunia Allah iaitu hidup yang kekal dalam Kristus Yesus, Tuhan kita (Rm 6:15-23).

C. Kita telah dipanggil untuk merdeka (dimerdekakan daripada hukum dosa dan hukum maut, tidak lagi terikat dengan hukum Taurat tertulis), namun jangan menyalahgunakan kasih karunia Tuhan untuk melampiaskan hawa nafsu (Gal 5:13, Yud 1:4).

    1. Setelah dipanggil, namun yang murtad lagi, tidak mungkin dibaharui sekali lagi sedemikian, hingga mereka bertobat (Ibr 6:4-8).
    2. Jika kita sengaja berbuat dosa, maka tidak ada lagi korban untuk menghapus dosa itu (Ibr 10:26-29).

Era kasih karunia Perjanjian Baru tidak lagi menitikberatkan pematuhan setiap hukum Taurat tetapi mementingkan semangat asas hukum Taurat – pelaksanaan kasih (Mat 22:36-40, Rm 13:8-9, Gal 5:14), bahkan melaksanakan kasih dengan lebih sempurna dan ketat berbanding pelaksanaannya dalam Perjanjian Lama (rujuk Mat 5:21-48). Alkitab banyak kali menyebut tentang hukum utama yang berkaitan dengan “Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri”. Pelaksanaan sepenuhnya ataupun tidak mempunyai perkaitan yang sangat rapat dengan penghakiman Tuhan kelak (Yak 2:1-17, 1 Yoh 3:13-23, 4:16-18). Firman tentang hari penghakiman yang dibincangkan oleh Tuhan Yesus juga mengajar kita dengan jelas bahawa: betapa pentingnya pelaksanaan kasih dan cara bangsa-bangsa akan dihakimi pada hari kiamat berdasarkan penampilan kasih (Mat 25:31-46).

Memandangkan pemercaya sejati telah dibenarkan dan dikuduskan serta dapat menggenapi tuntutan hukum Taurat, maka hiduplah menurut Roh Kudus yang dijanjikan dan dikaruniakan oleh Tuhan, memikirkan hal-hal yang dari Roh, Roh adalah kehidupan oleh kerana kebenaran. Kita tidak lagi hidup menurut keinginan daging, tidak memikirkan hal-hal yang dari daging sehingga berseteru dengan Tuhan yang bermaksud tidak takluk pada hukum Tuhan. Oleh itu, kita tidak didominasi oleh dosa (1 Yoh 5:17) dan kita juga tidak berbuat dosa. Di samping itu, kita dipimpin oleh Roh Tuhan untuk mematikan perbuatan-perbuatan tubuh. Dengan itu, kita layak menjadi anak-anak Tuhan dan tidak lagi menjadi hamba dosa lalu berasa takut atau gentar. Sebaliknya, kita mengambil inisiatif untuk melakukan kebajikan secara aktif lalu mendapat hidup yang kekal (Rm 8:1-17, Gal 5:16-26, 6:7-10).

KESIMPULAN

Sebab apa yang tidak mungkin dilakukan hukum Taurat karena tak berdaya oleh daging, telah dilakukan oleh Allah dengan jalan mengutus Anak-Nya sendiri untuk menyelesaikannya (Rm 8:3-4). Kita beroleh jalan masuk kepada kasih karunia Tuhan oleh iman (Rm 5:1-2). Oleh itu, kita haruslah menaruh hukum Tuhan di dalam hati (Ibr 10:16), melayani dalam keadaan baru menurut Roh dan bukan dalam keadaan lama menurut huruf hukum Taurat, melayani Tuhan dengan tulus ikhlas (Rm 7:6). Selain itu, sembahlah Tuhan dalam roh dan kebenaran, hati dan bibir yang seiring, dalaman dan luaran yang sama. Dengan itu, segala yang dilakukan pasti dapat membangunkan orang dan memuliakan Tuhan (Yoh 4:23-24, Rm 14:17-19).

CARA MEMPERKAYA KEHIDUPAN UNIVERSITI

CARA MEMPERKAYA KEHIDUPAN UNIVERSITI

 

Sebagai sekumpulan pelajar universiti yang beragama Kristian, pertama-tamanya kita harus bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kita peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Oleh itu, kita tidak boleh mensia-siakan kehidupan universiti kita sehingga mengecewakan rancangan indah Tuhan, harapan ibu bapa dan kecenderungan kita. Sekiranya tidak mahu mensia-siakan kehidupan universiti, kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Di peringkat universiti, kita mesti terlebih dahulu mengetahui hala tuju dan matlamat diri sendiri. Dengan itu, kita akan mempunyai matlamat yang perlu diusahakan dan tahu cara untuk bekerja keras. Maka, berdasarkan pengalaman peribadi dan kredit-kredit universiti yang popular di dalam kampus universiti (pengetahuan, perasaan, persatuan … dll), dan juga status kita sebagai orang Kristian, pengalaman daripada empat aspek berikut akan dibincangkan untuk rujukan bersama:

 

ASPEK PEMBELAJARAN – MENGEJAR PENGETAHUAN PROFESIONAL YANG TIADA TOLOK GANTI

Pendidikan universiti disebut sebagai pengajian tinggi. Jadi, pendidikan di universiti bukan lagi hanya sekadar penyampaian pengetahuan asas, tetapi pencarian pengetahuan asas profesional yang lebih tinggi berdasarkan pengetahuan asas yang sedia ada. Sebagai pelajar universiti, kita perlu memupuk tahap pengetahuan profesional yang lebih mendalam agar dapat bersaing di alam pekerjaan sosial yang sangat kompetitif sekarang. Bagaimana caranya untuk mempunyai pengetahuan profesional yang tiada tolok ganti?

  1. Pengajian khusus untuk subjek wajib profesional:

Subjek wajib profesional ialah subjek pengetahuan profesional yang paling asas bagi jurusan yang dikaji. Sekiranya asasnya tidak diletakkan dengan baik, hasil daripada subjek profesional lanjutan dan subjek elektif pada hari-hari kemudian akan menjadi seperti kecil ikan, besar umpan.

  1. Pembacaan buku kokurikulum secara meluas:

Pendidikan universiti bukan lagi era buku teks pendidikan kebangsaan. Selain buku teks, buku-buku rujukan dan jurnal akademik profesional yang disenaraikan oleh setiap pensyarah subjek harus dibaca secara meluas untuk memperluas pengetahuan profesional. Oleh itu, perpustakaan perlu dikunjungi selalu untuk mencapai pelbagai kebaikan membaca buku-buku kokurikulum.

  1. Penyertaan dalam seminar dan kuliah akademik:

Banyakkan menyertai seminar akademik dalam bidang profesional untuk memahami topik, arah dan trend penyelidikan semasa. Mendengar kuliah akademik merupakan sumber untuk mendapatkan pengetahuan profesional yang paling banyak dalam jangka masa yang paling pendek.

  1. Pelbagai hubungan dengan pensyarah dan rakan sekelas:

Banyakkan bergaul dengan pensyarah bagi subjek yang diminati. Syorkan diri untuk menjadi pelajar kerja akademik. Tindakan ini membolehkan diri sendiri banyak belajar dalam bidang subjek ini. Atur kelab membaca dengan rakan sekelas yang rapat untuk saling menyokong.

 

ASPEK IMAN KEPERCAYAAN – MENGEJAR PEMBENTUKAN DIRI DALAM IMAN KEPERCAYAAN

Kita yang telah dibaptis sejak kecil merupakan kumpulan orang Kristian yang paling bahagia. Sukar bagi kita untuk merasakan rasa kebahagiaan itu kerana kita telah dilindungi oleh Tuhan dan keluarga kita sejak kecil, sehingga hampir tidak ada percanggahan dan konflik besar dalam iman kepercayaan kita, dan kehidupan kita sangat lancar. Oleh itu, kita tidak tahu pentingnya iman kepercayaan, bahkan beranggapan bahawa iman kepercayaan adalah sejenis perhambaan. Selepas memasuki alam universiti, pemerolehan dan kejutan pengetahuan tidak lagi murni seperti tahun-tahun di sekolah menengah. Pelbagai jenis pengetahuan dan maklumat kehidupan yang mencabar iman kepercayaan akan melayang seperti kepingan salji. Pada masa ini, kita seharusnya dapat meneliti iman kepercayaan kita dengan lebih lanjut iaitu membentuk iman kepercayaan daripada “iman kepercayaan keluarga saya” kepada “iman kepercayaan saya”. Pembentukan iman kepercayaan dapat dicapai dengan cara-cara berikut:

  1. Rancangan pembacaan Alkitab:

Alkitab ialah norma dan panduan iman kepercayaan kita (2 Tim 3:15-17). Sebelum melanjutkan pelajaran ke universiti, masa dihabiskan untuk sekolah, keluarga dan lain-lain. Pada zaman universiti, hampir semua masa dikendalikan oleh diri kita sendiri. Oleh itu, kita tidak boleh lagi menggunakan tidak ada masa sebagai alasan untuk tidak membaca Alkitab. Tujuan utama Alkitab adalah untuk mendekatkan kita dengan Tuhan dan mendapatkan kehidupan. Kita tidak boleh membaca dan mengkaji Alkitab sebagai pengetahuan (Yoh 5:39-40). Untuk mengelakkan kemalasan diri sendiri, kita boleh mempromosikan rancangan membaca Alkitab dalam persekutuan dan kelas lanjutan untuk saling membina.

  1. Pengalaman doa:

Doa ialah cara yang paling mudah untuk berkomunikasi dengan Tuhan. Kita boleh berkomunikasi dengan Tuhan melalui doa dan permohonan dengan ucapan syukur (Flp 4:6-7). Kita juga dapat merasai dan mengalami iman kepercayaan melalui doa.

  1. Pengalaman iman kepercayaan:

Iman kepercayaan tidak boleh berada di tahap pendengaran untuk selama-lamanya. Iman kepercayaan perlu melangkah lebih jauh ke tahap pengalaman sendiri. Seseorang perlu “melibatkan diri” untuk mengalaminya sendiri. “Pemerhati” tidak akan dapat mengalaminya secara peribadi untuk selama-lamanya. Pengalaman iman kepercayaan bukan hanya berlaku ketika tanda mukjizat terjadi pada diri sendiri. Pengalaman iman kepercayaan yang penting adalah untuk benar-benar menyedari bahawa Tuhan ialah Tuhan dalam diri kita agar kehidupan kita diperkaya dan diperbaharui. Oleh itu, kita harus memperoleh pengalaman iman kepercayaan melalui penyertaan dalam pekerjaan, komunikasi dan keprihatinan sesama seiman dan doa yang tidak jemu-jemu.

 

DARI ASPEK HUBUNGAN SOSIAL – PEMBELAJARAN DAN PEMBINAAN HUBUNGAN INTERPERSONAL

Jika dibandingkan dengan kampus sekolah menengah, hubungan interpersonal di kampus universiti mempunyai lebih banyak kepelbagaian, autonomi dan kebebasan. Tambahan pula, kehidupan universiti membolehkan kita mempunyai lebih banyak masa untuk menghadapi, mengembangkan dan mengendalikan hubungan interpersonal. Kita dapat membina dan mempelajari hubungan interpersonal melalui beberapa cara:

  1. Persekutuan (Kelas Lanjutan)

Gereja mempunyai persekutuan hampir di semua kampus institut pengajian tinggi. Persekutuan merupakan tempat yang terbaik untuk kita belajar dan membina hubungan interpersonal. Dalam persekutuan, kita belajar untuk mengambil berat tentang orang lain dan menikmati keprihatinan orang lain; kita juga belajar melayani orang lain dan menikmati layanan orang lain serta bertumbuh besar bersama.

  1. Pertubuhan sosial (Persatuan)

Bidang praktik yang paling biasa untuk hubungan interpersonal di kampus universiti ialah “pertubuhan sosial”. Menyertai pertubuhan sosial di kampus universiti adalah suatu perkara yang biasa. Pertubuhan sosial yang berunsurkan hiburan dan perkhidmatan adalah lebih menarik perhatian. Serangan perasaan daripada senior-senior adalah sangat berkesan. Seringkali, sesuatu pertubuhan sosial adalah didominasi oleh pelajar daripada suatu atau dua jurusan yang tertentu. Maka, pertubuhan sosial yang dipilih adalah kurang berdasarkan minat sendiri lalu menyebabkan kesinambungannya lemah (sering kali kurang atau tidak lagi mengambil bahagian dalam aktiviti selepas satu atau dua tahun). Oleh itu, jika kita ingin menyertai pertubuhan sosial, kita harus menjadikan “minat” sebagai prinsip pemilihan.

Beberapa cadangan peribadi untuk persekutuan dan pertubuhan sosial:

  • Persekutuan tidak akan tidak ada hubungan dengan kita hanya kerana kita tidak datang. Namun jika kita tidak menyertai pertubuhan sosial, kebanyakan mereka tidak ada hubungan lagi dengan kita. Hal ini demikian kerana persekutuan ialah “rumah”. Walaupun kita mengembara di luar, rumah ini akan menyambut kepulangan kita dengan tangan terbuka. Hubungan ini wujud untuk selama-lamanya. Hubungan interpersonal dalam pertubuhan sosial adalah lebih singkat.
  • Dalam persekutuan, kita belajar cara bergaul dengan kedua-dua jantina daripada pergaulan dalam kumpulan. Dalam pertubuhan sosial pula, kita sering belajar cara bergaul dengan kedua-dua jantina secara individu, malah ada yang meninggalkan kumpulan ini setelah bergaul satu sama lain secara individu.
  • Ada yang berkata: “Persekutuan membuatkan kita tidak keluar daripada kepompong kita untuk selama-lamanya. Pertubuhan sosial pula membolehkan kita memperluas pemandangan dan hubungan interpersonal kita.” Kita semua boleh duduk dengan tenang dan mengira, berapa banyak rakan dan organisasi baru yang kita kenal semasa menyertai pertubuhan sosial? Bagi seseorang rakan persekutuan yang melayani dalam persekutuan, berapa orang, gereja, organisasi, dan lain-lain yang dia kenal? Kita akan mendapati bahawa kedua-duanya sama. Tambahan pula, mengikuti kuliah, mengambil bahagian dalam aktiviti jabatan dan aktiviti kelas, banyak bergaul dengan rakan sekelas, senior dan junior akan dapat menggantikan hubungan interpersonal tanpa pertubuhan sosial.
  • Menyertai persekutuan lalu memberi kesan kepada akademik bukanlah sifat persekutuan. Akademik dan kebaktian persekutuan yang terjejas kesan daripada menyertai pertubuhan sosial juga harus dipertimbangkan semula.

Tidak kira menyertai persekutuan ataupun pertubuhan sosial, “saling memperhatikan, saling mendorong dalam kasih dan dalam pekerjaan baik” (Ibr 10:24) haruslah dijadikan sebagai sasaran yang diusahakan.

 

ASPEK PERANCANGAN HIDUP – PENGEMBANGAN KEMAHIRAN INTEGRASI DAN KEMAHIRAN ANALISIS

Harapan gaya hidup pada masa hadapan akan mempengaruhi arah usaha kita di universiti. Pada masa yang sama, gaya hidup di universiti juga akan mempengaruhi kehidupan selepas tamat pengajian.  Oleh itu, terdapat beberapa perkara yang perlu dipelajari di peringkat universiti:

  1. Pembentukan konsep hidup:

Cuba fikirkan kehidupan yang ingin kita jalani dalam 10 tahun (selepas berkahwin), 20 tahun (membesarkan anak), dan 45 tahun (selepas bersara) akan datang. Bagaimana kita mempersiapkan diri semasa berada di peringkat universiti? Bersedia untuk peperiksaan awam? Bersedia untuk peperiksaan vokasional profesional? Melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian yang lebih tinggi? Belajar di luar negara? Semoga semua orang mendapat berkat dan sukacita seperti yang dicatatkan dalam kitab Pengkhotbah 5:18-20.

  1. Pembelajaran kemahiran hidup:
    • Kemahiran hidup profesional: Dalam fenomena sosial semasa, jangan ketepikan pembelajaran dalam bidang kepakaran lain selain kepakaran utama untuk menjadikan diri kita lebih kompetitif.
    • Kemahiran hidup harian: Kita kehilangan peluang untuk belajar kemahiran hidup harian yang asas semasa berada di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah kerana ibu bapa menyayangi kita dan atas sebab pertimbangan akademik. Masa di universiti berada dalam tangan kita sendiri. Oleh itu, kita harus belajar lebih banyak kemahiran hidup harian yang asas.
  2. Pembelajaran pengurusan masa:

Sebilangan besar pelajar di universiti melanjutkan pelajaran jauh daripada rumah dan tidak ada orang yang mengongkong mereka. Oleh itu, peruntukan dan penguasaan masa menjadi subjek utama yang mesti dipelajari oleh pelajar universiti.

  • Ponteng kelas: Kita tidak perlu bertanya sama ada kita boleh ponteng kelas. Kita harus bertanya pada diri sendiri: “Apa yang saya lakukan semasa ponteng kelas?”
  • Antara dilema: Pengagihan dan pengawalan masa ditentukan oleh keutamaan perkara. Keutamaan perkara pula ditentukan oleh konsep nilai diri sendiri. Menetapkan konsep nilai bagi kehidupan iman kepercayaan diri sendiri tidak boleh dilengah-lengahkan.
  1. Penanaman keyakinan diri:

Tidak kira keputusan peperiksaan baik atau tidak, janganlah menenggelamkan diri dalam tangisan untuk masa lalu ataupun bagai anjing melintang denai kerana semuanya sudah berlalu. Pupuklah keyakinan diri secara aktif selama empat tahun di universiti. Kesannya dapat dilihat dalam pembelajaran dan pekerjaan pada hari-hari kemudian. Selain itu, diri sendiri juga akan kelihatan bersungguh-sungguh. Keyakinan diri adalah salah satu cara untuk menang. Walau bagaimanapun, keyakinan diri sama sekali bukan secara membabi buta. Keyakinan diri didokong oleh profesionalisme dan kemampuan, dan tidak akan menyerang orang.

 

Kesimpulan: Pkh 12:13

BAGAIMANA MEMPROMOSIKAN PENGINJILAN DI DALAM KAMPUS

BAGAIMANA MEMPROMOSIKAN PENGINJILAN DI DALAM KAMPUS

(Pendeta Chen Zhong Yang)

 

Kampus institut pengajian tinggi ialah taman Injil yang sangat baik kerana golongan sasaran di dalamnya merupakan sekumpulan orang yang mencari / mengejar kebenaran. Jika pekerjaan Injil dalam kampus dapat berkembang, pastinya terdapat banyak pasukan daya baru yang akan menyertai gereja. Sayang sekali, untuk tempoh masa yang lama, pekerjaan Injil gereja kita adalah berat sebelah ke arah hospital atau rumah orang tua dan mengabaikan pekerjaan dalam kampus. Diharapkan  para pemuda di dalam Tuhan yang sedang belajar di kampus dapat merasai hati Yesus, menyedari amanat sendiri dan secara aktif menyebarkan “Injil keselamatan” kita di dalam kampus masing-masing. Inilah tanggungjawab dan kasih karunia kita.

Tuhan pernah berfirman kepada Abraham: “Pandanglah sekelilingmu dan lihatlah dari tempat engkau berdiri itu ke timur dan barat, utara dan selatan, sebab seluruh negeri yang kaulihat itu akan Kuberikan kepadamu dan kepada keturunanmu.” (Kej 13:14-15). Adakah ayat ini sering terngiang-ngiang di telinga anda? Adakah ia memberikan kuasa kepada anda? Jadi, apa anda tunggu lagi? Tuhan Yesus juga pernah berkata kepada murid-murid: “Bukankah kamu mengatakan: Empat bulan lagi tibalah musim menuai? Tetapi Aku berkata kepadamu: Lihatlah sekelilingmu dan pandanglah ladang-ladang yang sudah menguning dan matang untuk dituai.” (Yoh 4:35-38). Rakan-rakan sekalian, adakah anda telah memandang ladang-ladang yang sudah menguning dan matang di sekeliling anda? Bangunlah! Ambillah sabit Roh Kudus yang telah Tuhan berikan dan kumpulkanlah tuaian Tuhan ke dalam lumbungNya!

 

SEDAR TENTANG AMANAT

A. Harus mengakui bahawa memberitakan Injil ialah tanggungjawab umat pilihan

Paulus pernah berkata: “Karena jika aku memberitakan Injil, aku tidak mempunyai alasan untuk memegahkan diri. Sebab itu adalah keharusan bagiku. Celakalah aku, jika aku tidak memberitakan Injil. Kalau andaikata aku melakukannya menurut kehendakku sendiri, memang aku berhak menerima upah. Tetapi karena aku melakukannya bukan menurut kehendakku sendiri, pemberitaan itu adalah tugas penyelenggaraan yang ditanggungkan kepadaku.”. Ini merupakan pemahaman Paulus terhadap Kebenaran dan kesedarannya tentang tanggungjawab. Oleh sebab adanya kesedaran ini, maka dia mempunyai konsep tentang berhutang Injil (Rm 1:14). Konsep ini menjadi daya penggerak dalam pemberitaan firman seumur hidupnya. 1 Petrus 2:9: “Tetapi kamulah bangsa yang terpilih, imamat yang rajani, bangsa yang kudus, umat kepunyaan Allah sendiri, supaya kamu memberitakan perbuatan-perbuatan yang besar dari Dia, yang telah memanggil kamu keluar dari kegelapan kepada terang-Nya yang ajaib.” Tujuan Tuhan Yesus memilih kita bukan hanya untuk menberikan janji hidup yang kekal kepada kita tetapi juga supaya kita memberi kesaksian untukNya dan memuliakanNya (Yes 43:6-7). Oleh itu, memberitakan Injil merupakan tugas yang tidak boleh ditolak kepada orang lain bagi setiap pemercaya.

 

B. Harus sedar tentang kewajipan sebagai murid Tuhan

Selepas bangkit, Tuhan Yesus berkata kepada murid-murid: “… dalam nama-Nya berita tentang pertobatan dan pengampunan dosa harus disampaikan kepada segala bangsa, mulai dari Yerusalem. Kamu adalah saksi dari semuanya ini.” (Luk 24:47-48). Kemudian, dengan janji pencurahan Roh Kudus (Yoh 20:21-22; Kis 1:8), Dia mengutus murid-murid pergi menjadi saksiNya sampai ke hujung bumi. Ini mengingatkan kita supaya tidak melupakan kewajipan sebagai murid Tuhan. Setelah percaya kepada Tuhan, jika kita hanya tamakkan kegembiraan yang sementara dalam hidup ini, apakah bezanya hidup ini dengan dunia? Di manakah pula makna hidup? Oleh yang demikian, kita harus meneladani Musa yang rela menderita demi mendapatkan upah daripada Kristus (Ibr 11:24-26). Kita harus mempunyai kesedaran sedemikian pada hari ini.

 

C. Meneladani pemercaya purba dalam zaman rasul

Ketika Roh Kudus dicurahkan untuk buat pertama kalinya di dalam sejarah, ia mendirikan gereja (jemaat) di Yerusalem. Murid-murid pada masa itu digerakkan oleh Roh Kudus dan setiap mereka menjadikan pemberitaan Injil sebagai tanggungjawab sendiri. Terutamanya rasul-rasul memperoleh kuasa yang besar lalu tidak takut dengan ancaman Mahkamah Agama atau penganiayaan orang-orang Yahudi. Mereka menjawab: “Silakan kamu putuskan sendiri manakah yang benar di hadapan Allah: taat kepada kamu atau taat kepada Allah. Sebab tidak mungkin bagi kami untuk tidak berkata-kata tentang apa yang telah kami lihat dan yang telah kami dengar.” Dengan semangat ini, tidak hairanlah bahawa Injil berkembang pesat dalam zaman rasul. Selepas itu, mulailah penganiayaan yang hebat terhadap jemaat di Yerusalem dan rasul-rasul tersebar ke merata tempat. Namun ke mana sahaja mereka pergi, mereka menyebarkan Injil di sana (Kis 8:4-8). Tuhan menyertai mereka dengan tanda dan mujizat untuk mengesahkan apa yang diberitakannya. Oleh itu, Injil telah diberitakan ke Rom dalam masa yang singkat dalam zaman rasul. Kita juga harus meneladani semangat mereka. Kenakanlah kasut Injil, bersaksilah untuk Tuhan di mana sahaja di dalam kampus anda.

 

CARA PENGINJILAN DI DALAM KAMPUS

A. Kesaksian peribadi

  1. Melengkapi diri sendiri terlebih dahulu

Memberi kesaksian tidak sama dengan belajar atau bersyarahan. Ia hanya dapat dilakukan dengan baik jika ada kuasa yang diberikan oleh Tuhan. Oleh itu, kita harus berusaha dalam doa kita setiap hari untuk memohon kuasa dari atas. Kita juga memohon Tuhan memperlengkapi iman kita, memberikan kita hikmat yang secukupnya untuk melihat tipu muslihat Iblis dengan jelas.

Kita juga harus rajin membaca Alkitab supaya kita fasih tentang firman Kristus dan salibNya. Kita juga harus fasih tentang doktrin asas keselamatan dan beriman terhadapnya. Dengan itu, kita tidak takut untuk memberi kesaksian kepada orang lain kerana inilah yang kita percaya dan yang kita ketahui.

 

2. Mulakan dengan doa

Kita harus faham bahawa pekerjaan Injil ialah Tuhan sedang bekerja (Yoh 5:17). Kita hanyalah rakan sekerja Tuhan (1 Kor 3:9). Oleh itu, memahami kehendak Tuhan merupakan matlamat utama dalam kerja ini. Maka, kita harus selalu memohon melalui doa agar Tuhan memimpin kita supaya kita tahu kepada siapa harus kita beritakan dan siapakah orang yang dipilih Tuhan. Melalui doa juga, biarlah kesaksian yang kita berikan masuk ke dalam hati rakan kita di samping memohon Roh Kudus menghapuskan halangan yang membutakan fikiran mereka. Dengan cara ini, kita akan mendapati bahawa memberitakan Injil tidaklah sukar seperti yang kita bayangkan!

 

3. Jadi terang dan garam dunia (Mat 5:13-16)

Di dalam kelas, kita harus dapat menjadi terang bagi kehidupan orang di dunia supaya orang-orang yang hidup dalam lembah kekelaman dapat melihat terang dan datang kepada terang. Menjadi terang dan garam dunia merupakan kewajipan kita sebagai umat yang kudus. Dalam kehidupan harian kita, jika rakan dapat melihat tingkah laku kita yang baik dan melihat sukacita yang datang daripada Tuhan ada pada kita, ini akan menarik perhatian mereka untuk datang mendekati Tuhan secara semula jadi. Ini khususnya tampak lebih penting dalam abad ke-21 ini iaitu abad di mana umat manusia tersesat.

 

4. Memberi kesaksian kepada rakan tentang kepercayaan diri sendiri

Apabila terang anda telah bercahaya di depan orang dan telah menarik perhatian rakan, anda boleh memberi kesaksian kepadanya tentang keprcayaan diri sendiri (Yoh 1:41,45). Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras. Janganlah malu bersaksi tentang Tuhan kita (2 Tim 1:8). Harus berani membuka mulut dengan bersandar kepada Roh Kudus yang diam di dalam hati kita, Tuhan pasti memberikan hikmat kepada anda. Apabila hendak memberi kesaksian kepada rakan, terlebih dahulu lihat apa kesulitannya pada masa tersebut.

  • Jika dia seorang yang sedang patah semangat: harus beritakan tentang kasih agung Tuhan kepadanya (Mat 11:28-29). Dalam masyarakat hari ini, banyak ketidak-tenteraman dalam jiwa dan roh yang terhasil akibat tersesat arah dan diikat mati oleh ketamadunan material. Contohnya schizophrenia, kemurungan dan sebagainya. Perubatan moden pula tidak dapat menyembuhkan penyakit-penyakit ini sehingga ke akar umbinya. Inilah masanya yang terbaik untuk anda memberi kesaksian kepada rakan anda.
  • Jika dia seorang yang kurang sihat: boleh memberi kesaksian kepadanya tentang kasih karunia Tuhan. Gereja kita ialah gereja yang didirikan oleh Tuhan. Tanda-tanda dan mujizat-mujizat yang Tuhan janjikan sentiasa menyertai kita untuk menyaksikan kuasa besar Tuhan. Untuk orang seperti ini, anda boleh membawakan banyak pita rakaman kesaksian gereja kepada dia untuk didengarkan di samping mengajarnya bagaimana berdoa untuk mengecap kebaikan Tuhan.
  • Jika dia seorang yang terjerat dalam dosa: pelajar institut pengajian tinggi pada umumnya kurang merasakan perasaan yang kuat tentang terjerat dalam dosa. Jika ada, kebanyakannya ialah tabiat hidup yang tidak baik. Contohnya merokok, bermain kad, menari, menagih dadah, dan sebahagian kecil melempiaskan hawa nafsu dalam perzinahan. Jika bertemu dengan orang begini, boleh beri kesaksian kepadanya tentang cara melepaskan diri dari dosa kejahatan dan dilahirkan kembali (Rm 7:21-23).
  • Jika dia seorang yang dahagakan Kebenaran: kaji Alkitab bersamanya dan bincangkan isu-isu dalam kehidupan manusia. Jikalau boleh, buat temu janji setiap minggu untuk membaca dan berkongsi tentang Alkitab dengan kawan-kawan persahabatan. Dia seharusnya dapat dibangunkan dalam perkongsian Kebenaran.

 

5. Mengedarkan bahan-bahan kesusasteraan kepada rakan

Pada masa dahulu, rakan-rakan dalam persahabatan kampus pergi ke bilik darjah untuk menulis papan hitam setiap kali mengadakan persahabatan jamuan teh Injil. Impaknya tidaklah besar. Sebenarnya, persahabatan boleh menjemput kawan-kawan dalam persabahatan mengambil bahan-bahan kesusasteraan untuk diedarkan di dalam kelas. Undangan juga boleh dibuat melalui kad jemputan. Internet juga sangat berguna pada masa kini. Pokoknya, segala saluran kesusasteraan yang boleh digunakan di dalam kampus harus digunakan dengan sebaik mungkin. Tetapi apa yang ingin kita bincangkan di sini ialah, apabila anda telah menyatakan kepercayaan anda kepada rakan anda dan dia juga telah menunjukkan bahawa dia berminat, anda boleh maju selangkah ke hadapan dengan membawa bahan-bahan kesusasteraan kepadanya. Jika dia telah membaca bahan-bahan kesusasteraan, anda boleh maju selangkah lai ke hadapan dengan membawa pita kesaksian atau kaset Injil kepadanya. Tidak perlu membawa banyak sekaligus, hanya beberapa keping sahaja sudah memadai. Selepas satu tempoh masa, bawa lagi beberapa keping yang baru untuk menukar yang lama. Dengan ini juga anda mempunyai alasan yang boleh dijadiakn sebagai topik perbualan.

 

6. Bawa rakan ke kebaktian persahabatan dan kenalkan dia kepada kawan-kawan persahabatan

Bawa rakan ke persahabatan supaya dia berpeluang untuk melihat kepercayaan kita. Ini juga merupakan jalan yang terbaik untuk rakan kita mencari Tuhan. Jika anda terus membawanya ke gereja, mungkin ada sesetengah orang yang tidak biasa. Persahabatan adalah seperti rumah kita. Ianya hangat dan senang untuk didekati.

Setelah membawa rakan anda ke persahabatan, harus memperkenalkan dia kepada kawan-kawan dalam persahabatan supaya mereka sama-sama mengambil berat tentang kawan pencari Injil ini. Sekiranya anda membawa rakan yang berlainan jantina, anda harus memperkenalkannya kepada kawan persahabatan dengan jantina yang sama untuk diambil berat. Dengan cara ini, perpindahan emosi (perasaan cinta) tidak akan berlaku dan tidak mengelirukan motifnya untuk percaya kepada Tuhan.

 

7. Mengkaji dan berkongsi tentang Alkitab dengan rakan

Pelajar institut pengajian tinggi umumnya lebih rasional dalam kepercayaan. Mereka lebih menginginkan Kebenaran dan iman mereka juga murni. Kita harus membuatkan mereka faham bahawa Kebenaran yang sejati hanya mungkin diperolehi di gereja kita (Yes 2:2-3). Oleh itu, jika boleh, anda harus mencari kawan-kawan persahabatan untuk membantu dan membuat perkongsian kajian Alkitab supaya rakan anda boleh mendapatkan Kebenaran secara langsung daripada Alkitab.

 

8. Akhirnya bawa rakan ke gereja

Biarkan dia benar-benar memahami keadaan di dalam gereja dan juga kehidupan pemercaya supaya dia mempunyai hati yang bersedia untuk menjadi pemercaya dalam gereja. Setelah membawa dia ke gereja, adalah lebih baik jika anda boleh memperkenalkan dia kepada guru di kelas menengah atas supaya beliau dapat membantu anda dalam hal penggembalaan. Anda juga perlu memperkenalkannya kepada ahli-ahli exco dalam gereja ataupun pendeta. Ini kerana seorang pencari Injil pasti mempunyai banyak keraguan mengenai isu kehidupan dan menghadapi banyak peperangan rohani dalam proses pencarian Injilnya. Semua ini memerlukan penatua, diaken dan pendeta dalam gereja untuk membantu anda dengan lancar.

 

9. Memperkenalkan rakan untuk mengikuti kelas pencari Injil di gereja

Gereja harus mengadakan kelas pencari Injil. Ini kerana kursus-kursus dalam kelas pencari Injil adalah berkongsi tentang isi kandungan Injil dan ini lebih membangun bagi kawan pencari Injil. Kadang-kadang, kelas menengah atas juga boleh menubuhkan kelas kajian Alkitab yang seumpamanya untuk memperkenalkan Injil kepada kawan pencari Injil dengan lebih sistematik.

 

B. Pekerjaan Injil persahabatan

Pekerjaan Injil merupakan matlamat besar bagi penubuhan persahabatan. Jika persahabatan ini ada melakukan pekerjaan Injil, persahabatan ini adalah lebih dinamik, dan kekuatan daya sentripetal (daya memusat) persahabatan akan menjadi lebih kuat. Sebaliknya, jika persahabatan hanya mengejar pengetahuan dan mengabaikan matlamat penyebaran Injil secara meluas, maka persahabatan ini akan kehilangan hidupnya dan kawan-kawan dalam persahabatan tidak akan merasakan hidup Tuhan dalam kebaktian.

Oleh itu, persahabatan seharusnya mempunyai rancangan untuk melatih kawan-kawan persahabatan dalam “kuasa penginjilan peribadi”. Adalah diharapkan bahawa setiap kawan persahabatan tidak akan merasa sukar untuk membuka mulut dalam membuat penginjilan peribadi.

Pada permulaan setiap semester, semasa membentuk kurikulum, persahabatan seharusnya merancang berapa kerapkah “jamuan teh Injil” persahabatan perlu dianjurkan. Ini bertujuan supaya kawan-kawan dalam persahabatan mempunyai daya penggerak dalam penginjilan peribadi biasa.

Isi kandungan jamuan teh Injil: ada perkongsian kidung, atau mengajar nyanyian kidung pendek, persembahan kumpulan koir kecil, khutbah pendek Injil, atau kesaksian (boleh minta bantuan persahabatan gabungan untuk bahagian kumpulan koir dan khutbah pendek). Cara berdoa: (doa dalam bahasa akal jika berada di luar bilik, doa dalam bahasa Roh jika berada di dalam bilik sendiri atau di tempat yang sesuai. Seboleh-bolehnya berdoa dalam bahasa Roh kerana doa dalam bahasa Roh memberi kesaksian kepada orang-orang yang belum percaya). Selain itu, boleh atur sesi “penyelesaian masalah” untuk menyelesaikan kebingungan rakan pencari Injil.

Sebelum jamuan teh Injil dijalankan, harus terlebih dahulu memperkenalkan pencari Injil yang hadir kepada semua kawan-kawan dalam persahabatan untuk membuatkan mereka merasa seolah-olah berada di rumah sendiri semasa berada dalam persahabatan. Semua kawan-kawan dalam persahabatan juga harus bersatu hati dan bekerjasama dalam menjaga pencari Injil.

Dalam setiap jamuan teh Injil, segala maklumat yang diperlukan untuk pencarian Injil harus disediakan dengan lengkap. Di samping itu, masukkan bahan-bahan kesusasteraan ke dalam sebuah beg maklumat untuk kemudahan dihadiahkan kepada kawan pencari Injil.

Akhir sekali, dapatkan maklumat kawan pencari Injil dan rekodkan secara jelas untuk tindakan susulan pada masa hadapan.

 

C. Mengadakan penginjilan kampus

Persahabatan memilih masa dan tempat yang sesuai untuk mengadakan penginjilan kidung di dalam kampus setiap semester (boleh memohon lokasi daripada pihak sekolah). Tetapkan tema terlebih dahulu dan pilih cara penginjilan kidung yang bersesuaian untuk dilaksanakan.

Cara penginjilan boleh dilaksanakan dengan cara yang lebih meriah / aktif dan juga boleh diiringi dengan alat musik.

Sebelum penginjilan, gunakan semua kaedah yang tersedia untuk publisiti. Contohnya menampal poster di dalam kampus, menulis maklumat di dalam bilik darjah, mengiklan di dalam bahan terbitan sekolah dan menyiarkan notis di sekolah.

 

D. Persahabatan pencari Injil yang diadakan sekali atau dua kali setiap semester anjuran persahabatan gabungan

Persahabatan pencari Injil amat membantu kawan-kawan pencari Injil. Harus membahagikan temanya secara beransur-ansur dalam setiap kali penganjuran. Contoh: tema kali pertama “Kenali Tuhan”, tema kali kedua “Kenali Yesus”, tema kali ketiga “Kenali Gereja”. Selepas kali ketiga, boleh membawanya melawat gereja supaya dia dapat merasai kehidupan gereja yang dia bakal lalui pada masa hadapan.

Isi kandungan persahabatan pencari Injil: boleh atur pengenalan tema, perbincangan pengalaman iman kepercayaan, kesaksian, penyelesaian masalah, berdoa memohon karunia Roh, aktiviti persahabatan di luar bilik.

 

E. Pimpin rakan datang menyertai Kebaktian Kebangunan Rohani Murid-murid institut pengajian tinggi

Kebaktian Kebangunan Rohani Murid-murid khasnya ada mengatur kursus untuk pencari Injil dan ianya amat sesuai untuk disertai oleh pencari Injil yang ingin mengejar Kebenaran. Selama bertahun-tahun, banyak pencari Injil yang telah menyertai Kebaktian Kebangunan Rohani Murid-murid dan kebanyakan mereka telah menjadi pemercaya selepas menyertainya.

 

KESIMPULAN

Tuhan Yesus mengatur kita ke dalam kampus institut pengajian tinggi. Tidakkah ini ada kehendak Tuhan? Bukankah ini untuk menjayakan kerja suciNya? Oleh itu, rakan-rakan sekalian haruslah sedar dan bangun. Menaburlah dengan mencucurkan air mata di dalam kampus anda dan anda akan merasai perasaan “menuai dengan suka cita”. Persahabatan anda juga akan akan penuh dengan kecergasan kerana anda rajin memberitakan Injil.

PENGENALAN RINGKAS KEPERCAYAAN RAKYAT TAIWAN

PENGENALAN RINGKAS KEPERCAYAAN RAKYAT TAIWAN

(Saudara Zhang Jun Jia)

 

KATA PENGANTAR

Kira-kira 70% orang di Taiwan percaya kepada agama rakyat, dan agama ini sangat mempengaruhi kehidupan dan pertimbangan nilai pemercayanya. Kita boleh memisahkan diri daripadanya melalui “menguduskan diri”, takut “melakukan apa yang cemar” dan sebab-sebab yang lain dalam penyempurnaan rohani. Namun ia berada di dalam kehidupan harian kita. Ia bongkok kail hendak mendapat untuk meresap ke dalam kehidupan harian kita. Dalam pendirian menyebarkan firman, adakah ianya mencukupi jika kita hanya memberitahu orang lain tentang betapa baiknya Tuhan kita? Jika dia bertanya: “adakah tuhan kami tidak baik?” lalu kemudian mengatakan tentang serangkaian mukjizat (atau yang kita anggap sebagai mitos, malah takhayul), adakah sepatah “itu palsu” daripada kita sudah cukup sebagai penamat?

Oleh yang demikian, “keras ditakik, lunak disudu”, “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya” mungkin merupakan sikap yang kita perlu ada. Tetapi jangan lupa bahawa kita perlu mengenali diri kita sebelum mengenali pihak lawan. Jika tidak terlebih dahulu mengenakan seluruh perlengkapan senjata Kristus untuk memasuki kandang harimau, bukankah kita umpama domba yang memasuki mulut harimau?

 

ARTIKEL

Satu, dewa-dewi yang disembah

A. Menyembah hantu

    1. Menyembah orang agung dan orang yang berjasa
    • Dewa-dewi kebangsaan: Mazu, Guan Gong (En Zhu Gong) dan sebagainya.
    • Dewa-dewi tempatan:
        • Orang Sanyi di Quanzhou (Hui’an, Nan’an, Jinjiang): Kuil Longshan (Guan Yin), Guang Ze Zun
        • Orang Tong’an di Quanzhou: Xia-Hai City God Temple, Bao Sheng Da Di.
        • Orang Anxi di Quanzhou: Bao Yi Da Di, Qingshui.
        • Orang Zhangzhou: Kai Zhang Sheng Wang (Tan Goan-kong).
        • Kantonis (dikenali sebagai Hakka): San Shan Guo Wang (dewa semula jadi), Baozhong Yimin Temple (roh hantu).
    • Dewa Seni: Lu Ban, Hua Tuo …
    • Lain-lain: Polis Jepun, Chiang Kai-shek … dan sebagainya.

 

2. Menyembah nenek moyang: pai-kong-ma, dewa-dewi dengan nama keluarga yang sama.

 

B. Menyembah alam semula jadi: Kebanyakannya berubah menjadi tuhan-tuhan keperibadian

  1. Tanda dan bintang astrologi: Bintang Utara (Xuan Tian Shang Di – Zhen Wu Da Di), Tai Yang Gong, Wu Lei Yuan Shuai.
  2. Benda-benda bumi: San Shan Guo Wang (gunung), pokok besar, batu, ular, lembu, anjing … dan sebagainya.

 

C. Menyembah dewa-dewi dongeng / kuasa ghaib dan mitos

  1. Dewa-dewi dongeng / kuasa ghaib: Feng Shen Bang (The Investiture of the Gods / The Creation of the Gods) sebagai yang utama. San Tai Zi (Na Zha), Wang Mu Niang Niang (Queen Mother of the West), Zhang Tian Shi / Thio Thian Su, Jiu Tian Xuan Nü (Mysterious Lady of the Ninth Heaven)…
  2. Dewa-dewi mitos: Huang Di (The Yellow Emperor), Shennong, San Guan Da Di (syurga, bumi, air – Yao, Shun, Yu), Cheng Huang…

 

D. Menyembah “Saya tidak tahu apa yang harus ditakuti”

  1. Campur tangan ilahi (Divine Intervention)
  2. Menyembah roh-roh hantu: Wang Ye, You Ying Gong Ma, Bai Xing Gong, Da Zhong Ye, Yi Min Ye

 

E. Lain-lain

 

Dua, penampilan kepercayaan yang sangat sekular

  1. Kedudukan keberkesanan

Kedudukan ketuhanan tidak menentukan jumlah orang yang percaya atau ketebalan asap kemenyan, tetapi ia bergantung kepada sama ada dewa tersebut berkesan.

 

  1. Ibadah kesejahteraan – hubungan kepentingan

Kebanyakan mereka memohon dari segi perbuatan, kelakuan syukur bergantung kepada berkesan atau tidak.

 

  1. Kekaburan sasaran ibadah

Ramai pemercaya kepercayaan rakyat hanya tahu serba-sedikit sahaja tentang dewa-dewi yang mereka sembah dan bukannya merupakan perbuatan penyembahan dengan pengenalan yang rasional.

 

  1. Penciptaan dewa-dewi

Dalam kepercayaan rakyat, dewa-dewi baru boleh diwujudkan kerana mukjizat keberkesanan atau atas pelbagai sebab. Sebagai contoh: proses pembuatan “She Zi Wang Gong” di Chiayi, Minxiong.

 

  1. Keboleh-ubahan tahap, ciri-ciri istimewa dewa-dewa

Contoh: Hai Shen Mazu di pantai tenggara China diangkat sebagai Tian Hou (Queen / Empress of Heaven) dan Tian Shang Sheng Mu (Holy Heavenly Mother) oleh Maharaja Kang Xi dan Maharaja Qian Long. Di dalam perubahan persekitaran selama tiga, empat ratus tahun di Taiwan, ia telah berubah menjadi dewi rahmat di seluruh negara secara beransur-ansur.

 

  1. Sekularisasi ritual dan perayaan

Dibincangkan bermula dengan “Zhen Tou” dan “opera”.

 

  1. Sesuai dengan kehidupan sosial
  • Etika kehidupan peribadi:

“Xia Ding” semasa kelahiran, sembahyang kepada nenek moyang semasa berkahwin, menebus dosa orang mati selepas meninggal dunia. “Hubungan Tuhan-Manusia” dalam kehidupan harian: “cukai kepala” dan “derma sukarela” di kuil, “An Tai Sui” dan “menyalakan lilin penyembahan” semasa Tahun Baharu Cina …

 

  • Organisasi keagamaan dalam kumpulan sosial:

Pemimpin-pemimpin agama seperti “Lu Zhu” (Ketua Relau), “Tou Jia” membina kedudukan sebagai pemimpin melalui proses simbolik “Poe divination” tetapi calon-calon digantikan hampir setiap tahun (tidak konsisten di seluruh wilayah).

 

  • Perbuatan saling membantu dan mengambil berat dalam kehidupan berkumpulan sering dicapai melalui organisasi keagamaan ini. Contohnya: menyelesaikan perbuatan saling membantu, mengambil berat dan komunikasi bersama melalui “jamuan makan”.

 

  1. Ciri skop penyembahan / sembahyang sangat kuat, dan skop kepercayaan yang kabur

Terdapat syarat kelayakan yang ketat untuk mengambil bahagian dalam penyembahan / sembahyang secara berkumpulan. Contohnya: hanya penduduk di kampung yang berkenaan sahaja yang boleh mengambil bahagian sebagai peramal bagi persatuan Shen Ming di kuil Zhuang Tou Zhuang (terdapat pengecualian). Namun, jika ia ialah tingkah laku ibadat individu, tiada siapa yang akan campur tangan. Mereka sangat bebas untuk menyembah apa jua dewa-dewi dan kepercayaan-kepercayaan kabur dari pelbagai kampung.

 

Tiga, refleksi kepercayaan rakyat di Taiwan

Kepercayaan rakyat di Taiwan sangat meresap masuk ke dalam kehidupan rakyat. Bahkan orang yang tidak mempunyai keprcayaan rakyat juga dipengaruhi oleh budaya mereka. Oleh itu, memahami kepercayaan rakyat Taiwan membolehkan kita memahami proses pembentukan konsep-konsep nilai dalam tradisi masyarakat Taiwan yang bermanfaat kepada kerja penyebaran agama kita. Dari perspektif yang lain, kita boleh menyemak semula kepercayaan kita, berapa banyak tradisi kepercayaan rakyat (ragi) yang terkandung di dalamnya tanpa kita ketahui!

 

  1. Konsep ‘ibadah kewajipan’ dalam Alkitab

Dalam proses kepercayaan kita sendiri, hubungan dengan Tuhan sering dibina atas “ibadah kesejahteraan – hubungan kepentingan”. Malah dalam proses penyebaran firman, sama ada secara sengaja atau secara tidak sedar, kita terlalu menekankan tentang keberkesanan Tuhan dan konsep “ibadah kesejahteraan-kepentingan”. Bagi bapa dan anak lelaki yang telah dipisahkan selama bertahun-tahun, mungkin kita tidak seharusnya hanya sekadar memberitahunya tentang betapa mulia, kaya, dan berkuasa bapanya, boleh pulang dan meminta bantuan daripadanya. Kita juga harus memberitahunya bahawa dialah bapanya, harus pulang ke rumah bagai sirih pulang ke gagang kerana itulah kewajipannya.

 

  1. Rajin membaca Alkitab, fahami Yesus

Kepercayaan rakyat adalah berdasarkan “berkesan jika ikhlas dalam hati” dan tidak terlalu banyak bertanya tentang apakah sasaran ibadah mereka. Akhirnya ia menjadi mitos tentang takhayul. Namun Alkitab mengajar kita untuk rajin membaca Alkitab dan fahami Kebenaran. Kita harus tahu siapa yang kita percaya.

 

  1. Pengenalpastian tentang Tuhan yang Esa

Kepercayaan rakyat adalah bersifat politeisme dan berkaitan dengan penciptaan dewa-dewi. Mereka khasnya perlu diajar tentang konsep Tuhan yang Esa dalam proses penyebaran firman. Ini untuk mengelakkan mereka daripada berpatah balik pergi mencari dewa-dewi yang lain dalam kepercayaan rakyat apabila kepercayaan atau kehidupan mereka berhadapan dengan kesukaran.

 

  1. Refleksi mengenai upacara ibadat

Ritual  kepercayaan rakyat adalah sangat serasi dengan perubahan kehidupan. Ia mempunyai kebolehbentukan yang berubah seiring dengan persekitaran, tetapi kadang-kadang ia mengalir ke dalam kebiasaan yang melampau. Contohnya, “kereta berhias”, “pertunjukan tarian bogel” (striptease) dan sebagainya muncul dalam “Chou Shen Zuo Xi” (opera) di kuil. Tetapi dari perspektif yang bersesuaian dengan kehidupan, mungkin ia juga boleh menjadi rujukan kepada gereja kita pada hari ini apabila memikirkan tentang “ibadah yan pelbagai.”

 

  1. Amalkan kehidupan dalam kepercayaan, amalkan kepercayaan dalam kehidupan

Gereja sering menekankan tentang “amalkan kehidupan dalam kepercayaan, amalkan kepercayaan dalam kehidupan” tetapi selalunya terdapat jurang yang besar antaranya. Bagi kepercayaan rakyat pula, ia diamalkan dengan begitu baik sekali. Organisasi kepercayaan rakyat juga merupakan organisasi yang membantu, mengambil berat dan berkomunikasi antara satu sama lain dalam kehidupan. Kita sering dapat mendengar gereja mengajar pemercaya untuk bergaul dengan kepercayaan yang murni, saling membantu dan mengambil berat dalam kehidupan serta bergaul dengan batasan. Seboleh-bolehnya jangan ada pergaulan yang melibatkan wang dalam gereja untuk mengelakkan iman menjadi lemah apabila terjadinya masalah. Walau bagaimanapun, sering kedengaran tentang perselisihan yang berkepanjangan bagai agam dalam kepercayaan rakyat. Ia memberikan impak jangka pendek ke atas organisasi kehidupan kepercayaan yang sempurna.

 

KESIMPULAN

Paulus tahu tentang keterbatasan orang-orang Atena dalam menyembah tuhan ketika dia memerhatikan mezbah pemujaan mereka. Lantas dia menyampaikan khutbah yang sangat menarik untuk memperkenalkan Tuhan yang sejati dengan sepenuhnya kepada orang-orang Atena dan ada yang percaya kepada Tuhan kerana itu (Kis 17). Inilah yang harus kita belajar daripada Paulus iaitu bagaimana memahami kepercayaan bangsa asing dan kemudian membawa mereka ke dalam kepercayaan yang sebenar (Kol 1:28-29).

PERBEZAAN ANTARA DUA JANTINA DAN PENGURUSAN HUBUNGAN CINTA

PERBEZAAN ANTARA DUA JANTINA DAN PENGURUSAN HUBUNGAN CINTA

(Saudara Xu Shi Hui)

 

KATA PENGANTAR

Apabila kita membincangkan topik berkaitan perbezaan antara dua jantina, ia mestilah didirikan atas “hubungan” antara dua jantina supaya kita boleh menyerlahkan pengaruh yang dibawa oleh perbezaan jantina. Di peringkat institusi pengajian tinggi, kedua-dua lelaki dan wanita telah mempunyai kelayakan yang sangat matang secara fizikal dan psikologi. Mereka membuat persediaan yang baik bagi kedua-dua jantina mendirikan rumah tangga bersama-sama. Manusia dibahagikan kepada dua jantina, dan komunikasi antara dua jantina ialah perkara yang biasa. Komunikasi emosi tertutup antara jantina yang berlainan juga wujud secara semula jadi. Walau bagaimanapun, bukan semua orang berfikir tentang fasa perkembangan hubungan cinta dan cara untuk berpisah terlebih dahulu. Oleh itu, lagu cinta telah dinyanyikan tanpa putus sejak zaman purba dan sentiasa berada di tangga teratas dalam senarai jualan terlaris. Oleh itu, kita cuba membuat susunan kasar mod pengurusan hubungan cinta antara dua jantina. Diharapkan ini dapat dijadikan sebagai rujukan dalam perjalanan hubungan cinta. Sama seperti perbezaan antara dua jantina, terdapat perbezaan yang amat besar dalam cara pengurusan hubungan cinta. Apa yang dibincangkan berikut hanyalah prinsip sahaja, banyak perincian pengurusan yang tidak dapat disenaraikan satu persatu. Kiranya Tuhan mengaruniakan kebijaksanaan dan kekuatan kepada kita untuk menghadapi kelemahan kita sendiri, melawan tipu muslihat si jahat dan menjauhkan diri daripada godaan nafsu.

 

PERBEZAAN ANTARA DUA JANTINA

Perbezaan antara dua jantina tidak mutlak. Ia hanya menunjukkan sesuatu trend yang tertentu dan perbezaan individu masih sangat besar. Oleh itu, makna bagi memahami perbezaan antara satu sama lain bukanlah terletak pada pelabelan suatu jenis atau satu orang, tetapi ia merupakan permulaan bagi percubaan untuk memahami. Janganlah pandangan anda terhadap dia yang unik di hadapan anda dikaburkan oleh stereotaip terhadap jantina yang berlainan. Tujuan pemahaman adalah untuk menjadikan kedua-dua pihak lebih bertimbang rasa antara satu sama lain, bukannya dijadikan sebagai alasan untuk menolak tanggungjawab.

 

A. Faktor fisiologi

Perbezaan jantina bermula dengan perbezaan dari segi fizikal. Alkitab berkata: “isteri, sebagai kaum yang lebih lemah” (1 Ptr 3:7). Ini sedikit sebanyak menunjukkan bahawa wanita secara fizikalnya adalah lebih lemah daripada lelaki (tetapi daya ketahanan sakit wanita jauh lebih tinggi daripada lelaki). Perbezaan sebegini adalah bahawa lelaki sepatutnya lebih menyayangi dan menghargai isteri mereka yang berkongsi rahmat hidup kerana dia ialah perkakas yang rapuh dan indah. Dilihat dari perspektif yang lain, wanita mungkin lebih kekurangan rasa selamat. Oleh itu, ia membawa kepada perasaan yang halus dan teliti, pemikiran yang tajam, boleh membawa perasaan yang menyenangkan kepada orang lain serta penghiburan yang bersesuaian. Beban membesarkan dan mendidik anak kadang-kadang jatuh secara langsung atas bahu wanita. Relatifnya, lelaki mempunyai rasa selamat yang lebih tinggi atau boleh mengalas tugas dalam membuat keputusan dan mereka lebih kompeten dalam kerja yang memerlukan kekuatan fizikal. Mata pencarian keluarga mungkin jatuh pada lelaki. Wanita mungkin berfikiran sempit dan degil, maka biarlah keputusan rasional lelaki memimpin mereka keluar daripada pemikiran tersebut. Prestasi kedegilan lelaki mesti diubati / diselamatkan dengan ketelitian wanita.

Namun, perbezaan sebegini tidak semestinya menghasilkan hasil yang disebutkan di atas dalam masyarakat moden. Ini kerana perubahan alat pengeluaran, populariti pendidikan dan juga perbezaan personaliti individu akan membentuk pembahagian tugas yang berbeza. Walau bagaimanapun, perkara yang utama ialah perbezaan antara dua jantina membawa kepada pembahagian tugas dan mereka saling melengkapi. Memahami perbezaan antara satu sama lain boleh menjadikan pembahagian tugas dibuat dengan lebih sesuai.

Tetapi apabila kita berkompromi dengan konsep-konsep dan nilai-nilai tradisional, perbezaan antara dua jantina akan menyebabkan banyak pertikaian akibat perubahan dalam masyarakat moden. Sebagai contoh, apabila ekspresi diri gagal mematuhi peranan jantina tradisional, merasakan ianya bertentangan dengan nilai-nilai tradisi, maka seseorang akan kehilangan keyakinan diri dan tidak dapat bekerjasama dengan jantina yang berlainan lalu mengubah kekecewaannya kepada kemarahan lalu membuat serangan ke atas jantina yang berlainan. Kadang-kadang, kekuatan lelaki menjadi kekerasan yang menyakiti wanita yang lemah manakala wanita pula mengeluarkan kata-kata yang agresif hasil daripada psikologinya yang terluka (Perbezaan corak serangan ini juga merupakan salah satu perbezaan antara dua jantina). Keterangan di atas merupakan perkara biasa dalam banyak konflik antara dua jantina dan bukan sesuatu yang pelik. Nampaknya, komunikasi dan pemahaman yang baik antara dua jantina memerlukan pembelajaran dari pelbagai aspek.

 

B. Faktor Kebudayaan

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, faktor fisiologi ditambah dengan faktor ekonomi menyumbang kepada konsep nilai budaya suatu tempat. Menurut budaya orang Cina, patriarkisme merupakan fenomena yang umum. Pendidikan dan sikap patriarkisme juga membuatkan lelaki mempunyai kebiasaan dihormati dan dimewahkan manakala wanita pula menunjukkan tekanan emosi dan mengalami neurosis. Dari gaya keibubapaan, kita dapat belajar tentang bagaimana lelaki dan wanita menangani sesuatu isu. Contohnya konsep tentang lelaki tidak harus memasuki dapur. Ini menyebabkan banyak anak lelaki tidak responsif dan lambat bertindak terhadap kerja rumah tangga. Khususnya dari segi sensitiviti interpersonal, mereka yang pada asalnya mempunyai kelebihan dalam status sosial, namun mereka kekurangan tindak balas dari segi sifat empati dan ini tidak dapat dielakkan. Relatifnya, kelemahan wanita mungkin menyebabkan mereka terbiasa untuk tahan sabar dan akhirnya mengalami banyak penderitaan dan kerugian. Tabiat yang tidak pandai meluahkan perasaan menyebabkan dia tidak dapat membuat tuntutan secara rasional, dan terpaksa mencari jalan keluar secara bersembunyi yang akhirnya menimbulkan lebih banyak kecurigaan.

Faktor kebudayaan tradisional sedemikian sedang beransur-ansur pudar. Peranan kedua-dua jantina dalam status sosial telah menjadi semakin dekat. Tetapi tidak semua orang menyedari perubahan ini. Sesetengah orang mungkin masih memegang konsep nilai yang lama, sesetengah orang mungkin tidak sabar untuk mengejar ke hadapan. Satu undur ke belakang, satu pula maju ke depan. Ini lebih cenderung menyebabkan konflik ideologi. Siapa yang membayar bil di restoran? Siapa yang buat kerja rumah tangga selepas balik dari kerja? Bagaimana untuk membahagikannya kepada separuh? Jadi sama ada anda seorang LKK dalam kerangka sosial lama atau generasi e yang telah dibaptiskan dalam era baru, nilai-nilai kebudayaan membentuk corak tingkah laku kedua-dua jantina secara tidak langsung. Jika anda tidak menyedari kewujudan kuasa luar biasa ini, sukar untuk anda keluar dari kepompong ini dan menghasilkan corak tingkah laku yang sesuai untuk kedua-dua pihak.

 

C. Faktor psikologi

Ketinggian bukan jarak, berat bukan tekanan, tetapi perbezaan psikologi mungkin merupakan perbezaan yang terbesar. Carta horoskop sangat popular di kalangan golongan muda masa kini demi menguasai psikologi orang lain dan untuk mendapatkan sedikit rasa selamat. Dari perspektif iman, hidup kita dipelihara di dalam Kristus, maka tentunya kita tidak patut percaya tentang itu. Dari perspektif kaedah saintifik, kita bimbang tentang kekasaran klasifikasi dan kekurangan bukti serta mengabaikan pengaruh dari perbezaan individu dan faktor-faktor kemudian hari. Akibatnya, secara membabi buta kita percaya bahawa seseorang mempunyai watak ini dan mengabaikan prestasinya yang lain. Beberapa butiran berikut disediakan untuk rujukan. Butiran-butiran ini juga berasal daripada faktor fisiologi dan sosial yang dinyatakan di atas.

 

  1. Perbezaan dalam keperluan psikologi

Lelaki perlu dihormati, wanita perlu diambil berat dan dikasihi. Puncak tujuan lelaki ada di mana-mana demi mengejar status sosial. Tidak kira bagaimanapun, tekanan terbesar kepada lelaki dalam masyarakat ialah pencapaian dan status sosial. Apabila menyerahkan kad nama, jangan terlalu membongkokkan badan kerana itu menunjukkan kelemahan lelaki iaitu keperluan untuk mendapatkan penghormatan. Apabila lelaki tidak mendapat penghormatan yang sewajarnya, contohnya menghadapi kegagalan dan halangan dalam kerjaya mereka, mereka mudah menunjukkan ekspresi marah. Dalam hubungan antara dua jantina, jika lelaki tidak dihormati oleh wanita, itulah kekecewaannya yang terbesar. Akibatnya, mereka saling naik tangan dan dapat dijangka bahawa mereka tidak mahu pulang ke rumah pada waktu malam. Wanita suka kepada perasaan romantis. Dalam aspek perkara-perkara yang indah, mereka mempunyai keutamaan dan nilai estetika mereka sendiri. Oleh itu, kedai-kedai bunga selalunya makmur dalam perniagaan. Fokus utamanya bukan pada tempat / suasana untuk bercinta, tetapi perasaannya itu betul. Wanita mengejar rasa selamat serta perasaan dilindungi, disayangi dan dihargai. Ini merupakan tindak balas yang semula jadi (Kej 3:16), hanya perlu berikan perhatian bahawa hubungan antara dua jantina bukan hanya sekadar mengejar perasaan ini sahaja. Bagi kedua-dua jantina, mengetahui keperluan masing-masing boleh mengelak daripada menyentuh titik kesakitan masing-masing, dan dapat benar-benar memberikan keperluan dan sokongan kepada pihak yang lain.

 

2. Perbezaan dalam desakan fisiologi

Tanpa membincangkan tentang sebabnya, desakan seks lelaki umumnya lebih tinggi daripada wanita. Oleh itu, dalam proses bercinta antara dua jantina, lelaki mungkin menggunakan bunga ros untuk menyembunyikan tujuannya yang bercinta demi seks lalu menggunakan keprihatinan dan kasih sayang yang diingini oleh wanita sebagai pertukaran bagi kepuasan seksual. Akibatnya, ini memmutar-belitkan sepenuhnya makna bagi percintaan antara dua jantina. Bagi saudara saudari dalam Tuhan, elakkan hubungan seks sebelum berkahwin dan percabulan. Ini tidak boleh tidak diberikan perhatian. Di bawah pengaruh budaya popular sosial, seks juga dianggap sebagai simbol bagi sesuatu kelebihan lelaki. Hasilnya, ini menyesatkan persepsi seks bagi kedua-dua jantina. Ia tidak dibincangkan secara mendalam di sini, tetapi dinyatakan sebagai peringatan. Dalam masyarakat, keperluan fisiologi sering digunakan untuk menggambarkan tentang desakan (drive) seks. Jika dilihat dari segi perkataannya, ia ialah permintaan maka ia mesti dipuaskan untuk menyelesaikan masalah. Namun jika berbincang dari hati ke hati, banyak kelakuan sebenarnya dilakukan kerana digodai atau didorong. Khasnya dalam era moden media optik ini, ditambah dengan pengaruh rakan-rakan, orang sering membuat banyak tindakan yang berlebihan terutamanya perbelanjaan yang berlebihan dan mengejar perkara-perkara yang popular. Jadi mengenai seks, kita boleh mengatakan bahawa ia ialah dorongan fisiologi dan tidak semestinya perlu “dipuaskan”. Tanpa perbuatan ini tidak semestinya akan menyebabkan penyesalan yang tidak dapat diperbaiki atau tidak dapat menyatakan rasa kasih sayang di dalam hati. Oleh itu, dalam proses bercinta antara dua jantina, wanita harus tahu bagaimana melindungi diri sendiri, beri perhatian kepada situasi yang dihadapi dan cara berpakaianan; lelaki pula harus menggunakan kerasionalan dengan sebaik-baiknya, hormati pihak yang lain dan lawanlah nafsu. Ini bukan bertujuan untuk menyekat kebebasan dalam bercinta tetapi untuk memberikan lebih banyak jaminan dan perlindungan.

 

3. Perbezaan kognitif

Lelaki sering bersandar kepada logik dan fakta, wanita pula sering meurut perasaan sendiri. Selalu ada jenaka yang menjadikan ini sebagai tema: ketika melihat hutan dengan pemandangan yang menghijau dan berpemandangan indah, wanita hanya mengkagumi pemandangan indah, lelaki pula hanya peduli tentang menganalisis spesies pokok dan usianya. Tetapi perbezaan seperti ini sering membuatkan orang mengeluh sama ada kedua-dua jantina pada dasarnya ialah orang dari planet yang berlainan dan langsung tidak dapat berkomunikasi. Dari sisi positif, perbezaan kognitif sebenarnya merupakan hubungan yang saling melengkapi yang membolehkan pemahaman yang lebih luas terhadap dunia luar. Jika masing-masing mempertahankan pendapat sendiri dan enggan bertoleransi, itu sama seperti orang buta dengan gajah, apa yang diketahui hanyalah cerita satu sisi sahaja. Oleh itu, belajar untuk melihat masalah daripada perspektif pihak yang lain ialah isu yang sangat penting dalam percintaan antara dua jantina. Bagaimana untuk belajar mengalah tanpa merasa rugi juga merupakan satu perkara yang memerlukan refleksi diri yang kerap. Sering kali, konflik yang disebabkan oleh perbezaan kognitif tidak dapat diselesaikan kerana menurut perspektif kedua-dua ciptaan, tidak ada caranya untuk menyiasat apakah kesalahannya, dan tidak ada yang ingin terlebih dahulu mengaku salah. Jika dapat kembali kepada kasih Tuhan, bertolak ansur dengan kasih, dan kedua-dua pihak bersedia mengakui kekurangan (bukan kesalahan) diri sendiri, maka perbezaan kognitif dapat menjadi sesuatu aspek yang paling berpadanan antara dua jantina.

 

4. Perbezaan dalam luahan perasaan

Lelaki tidak suka bercakap tentang hati dan perasaan, wanita pula tidak peduli dengan dunia. Menurut statistik, bilangan wanita yang mengalami kemurungan adalah lebih tinggi berbanding lelaki. Namun sesetengah orang berfikir bahawa sebenarnya lelaki tidak sudi memberitahu orang asing mengenai masalah dalam hati mereka. Maka ini menghasilkan perbezaan dalam statistik. Lelaki seolah-olah tidak mahir berkata-kata sejak lahir, sering mengeluarkan kata-kata yang tidak bijak, hanya bersedia untuk membanting tulang atau meluahkan perasaan mereka melalui ekspresi emosi yang berbeza. Mereka sukar untuk membicarakan tentang isi hati dalaman mereka, seolah-olah air mata akan menjatuhkan martabat tertinggi lelaki, seolah-olah bercakap dengan nada yang rendah itu ialah penakut. Terdapat juga wanita yang mendakwa sebagai orang bodoh dalam aspek jalan. Mereka tidak tahu apa-apa kecuali masuk dan keluar daripada kereta. Topik perbualannya tidak boleh dipisahkan dengan “orang”. Sebenarnya, ini juga boleh digelar sebagai perbezaan keupayaan kognitif yang menyebabkan isi kandungan ungkapan berbeza. Oleh itu, wanita merasakan bahawa lelaki cuai, tidak cukup bertimbang rasa dan menyakitkan hati; lelaki pula merasakan bahawa wanita tidak tahu mencari kemajuan dan berfikiran sempit. Perbezaan sebegini, seperti apa yang disebutkan sebelum ini, ia berfungsi sebagai pelengkap, bukannya untuk saling mempersalahkan. Bagi kedua-dua lelaki dan wanita, belajar untuk berlapang dada dan berhati terbuka. Ini adalah perlu di dalam dunia talian moden kerana peredaran maklumat yang cukup dan semua orang sedang bertumbuh besar. Tidak perlu mahir dalam semuanya, tetapi perlu tahu di mana sumber-sumbernya apabila diperlukan. Jika tidak, maka anda akan berada di posisi yang mana masa dan ruang anda ditekan dalam masyarakat perindustrian dan komersil yang sibuk, anda mungkin tidak ada masa yang cukup untuk berbincang seperti masa lalu. Ini mudah menyebabkan jurang dalam komunikasi dua jantina.

 

5. Perbezaan individu

Terdapat begitu banyak perbezaan antara jantina. Tetapi pembaca tidak boleh menganggap bahawa ini semua pasti berlaku. Apa yang menyakitkan kepala dan menarik adalah, tiada seorang pun yang sama. Keperibadian khas bagi sesetengah orang mungkin mengelirukan dan tidak boleh dijelaskan dengan mana-mana model sehingga orang lain menganggapnya sebagai tidak munasabah. Semakin orang menganggapnya aneh, semakin kurang dia dapat difahami oleh orang lain. Apabila menghadapi perbezaan individu, anda harus mempunyai sikap terbuka dan pemahaman objektif, lepaskan kepercayaan dan andaian (atau keraguan) stereotaip, dan kenali seseorang dari awal.

 

CARA PENGURUSAN HUBUNGAN CINTA

Dalam masyarakat hari ini, bercinta dan berpisah ialah perkara yang biasa. Di bawah pengaruh media dan drama, perbuatan seks sebelum berkahwin juga tidak mengapa. Data perceraian pula semakin meningkat seperti pasaran saham yang berwarna merah. Ia kelihatan seolah-olah merupakan realisasi bagi meningkatkan usaha individu dalam penegasan diri, tapi sebenarnya ia ialah kejatuhan maruah dan nilai manusia. Kacang lupakan kulit merupakan sikap yang sangat tidak menghormati orang lain. Bagi diri sendiri, ia mencerminkan ketidakpastian tentang konsep nilai. Secara keseluruhannya, ia merupakan hasil dari dosa kejahatan manusia lalu manusia mahu menggunakan cara sendiri untuk menutupi rasa malu, tetapi ianya adalah menjaring angin (rujuk Kej 3:7). Mungkin putus cinta boleh membawa tumbesaran kepada manusia, atau mungkin hanya tahu perasaan yang mendalam selepas pernah mencintai (kesedihan cinta)? Tetapi jika ada peluang untuk kekal selama-lamanya, mengapa tidak bersedia dengan baik terlebih dahulu? Kenalpasti arah dan biarkan cinta tumbuh di tanah yang paling subur. Sekiranya kecewa dalam percintaan (perkahwinan), kadang-kadang ia mungkin menjadi penyesalan seumur hidup dan tidak ada ruang untuk berpatah balik.

Dari bujang kepada bertemu, dari bertemu kepada saling mengenali, dari saling mengenali kepada saling menghargai dan saling melindungi, itu merupakan proses yang mengagumkan bagi sesebuah hubungan cinta. Ianya tidak dapat dipadamkan atau ditenggelamkan oleh air. Untuk membina cinta yang luar biasa ini, bolehkah ia hanya diliputi oleh ungkapan “Saya cinta kamu”? Oleh itu, haruslah memahat di dalam baris, berkata dalam pusaka dan berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat. Itu lebih baik daripada mengambil risiko.

Apabila membincangkan tentang pengurusan hubungan cinta, mari kita bincangkan langkah-langkah bercinta terlebih dahulu. Secara umumnya, permulaan percintaan antara lelaki dan wanita nampaknya tidak mempunyai tujuan yang khusus. Ia hanya semata-mata dia senang di mata saya ataupun saya meminatinya, atau dia membuat saya jatuh hati, tiada sebabnya. Kemudian, kebetulannya mereka mempunyai peluang untuk sering bersama-sama, jadi mereka melangkah ke proses bercinta. Oleh itu, motif sesetengah orang dalam bercinta adalah untuk kepuasan psikologi dan fisiologi mereka pada mulanya. Ia sejenis keberahian yang istimewa terhadap jantina yang berlawanan dan kurang mempertimbangkan tentang keperluan pihak yang lain. Bagi perkembangan masa depan, ia mungkin tidak berada di dalam jangkaan, maka mereka kurang berkeyakinan dalam pengurusan hubungan cinta. Oleh itu, konsep penulis di sini adalah bahawa percintaan antara dua jantina haruslah dengan motif untuk memasuki perkahwinan. Dengan cara ini, barulah berkemungkinan untuk menguasai proses bercinta dan ini ialah sikap yang bertanggungjawab. Pada masa akan datang, mereka akan menikmati buah cinta sejati dengan mudah dan mempunyai keluarga yang sihat dan bahagia. Jika tidak, percintaan antara dua jantina dengan mudahnya akan menjadi pergaulan yang buruk dan ini akan diikuti dengan banyak masalah kekeliruan.

Ada orang yang mencadangkan proses bercinta seperti berikut untuk rujukan kita bersama:

A. Hubungan sosial

Mengenali seseorang dalam organisasi atau melalui pihak yang ketiga (contohnya telangkai) ialah suatu permulaan yang lebih ideal. Kita boleh memahaminya dari pelbagai aspek melalui mata rujukan yang lain, bukan hanya menilai dari pengalaman kita sendiri. Di peringkat sosial, adalah mudah untuk kita melihat sikap seseorang dalam menguruskan sesuatu dan melayan orang lain.

 

B. Rasional

Jadi kawan yang boleh berkomunikasi terlebih dahulu, seperti saudara saudari biasa. Boleh berkomunikasi dengan jelas supaya tidak seperti ayam bercakap dengan itik. Bidang-bidang dan pengalaman hidup masing-masing haruslah lebih kurang sama. Ini sangat penting untuk dunia dua orang yang sebenar pada masa akan datang supaya tidak akan ada terlalu banyak amalan yang tidak konsisten dalam kehidupan. Dalam banyak perkara, ia bukannya soal betul atau salah, tetapi ianya ialah soal tabiat, tetapi sesetengah orang sangat ambil peduli tentang tabiat. Jika bahasa antara satu sama lain adalah sama, anda boleh pergi ke fasa seterusnya.

 

C. Jiwa dan roh

Apa yang ingin dibincangkan di sini ialah pengenalan kepercayaan dan penilaian bagi nilai sesuatu. Percaya dan tidak percaya merupakan pasangan yang tidak seimbang. Terdapat banyak lagi penilaian peribadi bagi konsep nilai. Contohnya sikap dalam menghadiri kebaktian, konsep kerja suci, pembahagian masa, perancangan hidup, tabiat komunikasi interpersonal, cara hidup dan lain-lain lagi. Ini ialah bahagian yang sangat penting bagi seseorang. Berapa banyak persamaan yang diperlukan untuk lulus, tidak ada jawapannya. Ini terpulang kepada apa yang paling diutamakan oleh seseorang individu, dan merujuknya ke hadapan Tuhan.

 

D. Perasaan

Apabila corak komunikasi, pengalaman hidup dan orientasi nilai antara satu sama lain adalah lebih kurang sama, kita boleh menyerahkan perasaan berharga kita. Jika tidak, apabila pihak yang lain tidak menghargai perasaan kita, tetapi bajak sudah terdorong ke bencah, ini menyakitkan hati. Pada fasa ini, bab perkahwinan boleh dibincangkan. Tetapi sebelum itu, kedua-duanya hanya boleh dikatakan sebagai kawan biasa. Mereka boleh datang nampak muka, pergi nampak belakang. Walaupun tidak ada hasil, mereka berdua merasakan keuntungan dan pertumbuhan.

 

E. Tubuh badan

Ini ialah isu selepas berkahwin. Kedua-duanya lebih saling mencintai kerana mereka saling mengenali dan dapat saling memperlakukan dengan tulus tanpa ada apa-apa rahsia. Ini boleh dikira sebagai kesudahan yang indah dan juga permulaan bagi fasa yang lain.

Berapa lama tempoh yang perlu dilalui bagi setiap fasa untuk menjadi matang, sama ada mesti melalui fasa-fasa ini (fasa kelima mestilah adalah selepas berkahwin), ini tidak pasti. Walau bagaimanapun, dalam proses-proses ini, pendapat orang lain harus dirujuk, dan hal ini perlu dibawa ke hadapan Tuhan. Perkara-perkara berikut mungkin sesuatu yang perlu diingat oleh semua orang.

  1. Berdasarkan banyak perbezaan antara dua jantina yang disebutkan dalam bahagian sebelum ini, ketika menangani isu-isu hubungan cinta, jangan membatasi diri dan hanya membuat pertimbangan dari sudut pandangan diri sendiri. Jika kita berpegang kepada keutamaan personaliti peribadi, hanya peduli tentang beberapa aspek yang negatif dan konflik, mengabaikan banyak aspek yang positif, dan tidak bersedia untuk mengambil insiatif dalam mengenali pihak yang lain, maka komunikasi akan jadi tidak berkesan sehingga masing-masing mempertahankan pendapat sendiri dan tidak akan ada titik pertemuan. Lantas, hubungan antara dua jantina akan jadi porak peranda dan tidak ada ruang untuk memutarkannya semula.
  2. Harus saling menghormati. Jangan menyakiti / melukai sesiapa pun. Jika anda ingin melindungi diri anda sekali pun, jangan menyakiti / melukai orang lain. Ini kerana hati adalah sangat rapuh. Dalam proses bercinta, tidak harus ada pemikiran tentang kepemilikan ataupun menahan pihak yang lain dengan sikap yang mengugut.
  3. Tahukah anda bahawa Tuhan mengasihi anda? Kita tahu untuk mengasihi kerana Tuhan lebih dahulu mengasihi kita. Melangkah masuk ke dalam fasa hubungan antara dua orang, perkahwinan, keluarga, ia memang memerlukan banyak tenaga, masa, kesabaran dan kasih. Jika kekurangan pemahaman tentang kasih Tuhan, anda bukannya tidak boleh berkahwin, tetapi anda akan mudah bosan. Kualiti hubungan antara keduanya akan menjadi kasar. Masa itulah anda mengeluh bahawa “mudah untuk saling mengasihi, susah untuk bersama”. Jika betul-betul tidak mempunyai hikmat / kebijaksanaan, apa masalah yang akan berlaku pada masa hadapan memang sukar untuk diramalkan.
  4. Fahami dahulu apa yang diri sendiri mahu? Berapa banyak yang boleh diri sendiri berikan? Berkahwin bukan sebab mabuk cinta. Dalam hubungan antara dua orang, bukan hanya mengharapkan pihak yang satu lagi itu ialah putera idaman (Prince Charming) dan puteri idaman (Snow White). Jika diri sendiri bukan putera idaman, apabila puteri idaman muncul, adalah dikhuatiri bahawa sukar untuk melalui kehidupan yang bahagia dan gembira. Tuhan menciptakan Hawa sebagai penolong bagi mausia itu. Adakah para saudara telah mengenalpasti apa kelemahan diri sendiri? Atau hanya mempamerkan sisi yang terbaik sahaja? Para saudari telah dibesarkan di bawah penjagaan ibu bapa mereka sejak kecil lagi. Kemudian, mereka akan menjadi isteri dan ibu dalam sekelip mata. Kerja keras yang mereka berikan adalah sukar untuk dibayangkan. Lelaki dan wanita yang sedang bercinta sering mempunyai jangkaan yang tidak realistik untuk masa depan dan mempunyai harapan yang terlalu tinggi untuk satu sama lain. Keberadaan kasih (cinta) yang sebenar hanya dapat dilihat dalam kehidupan realiti. Oleh itu, proses bercinta harus lebih praktikal, jangan terlalu romantis. Dalam beberapa perkahwinan yang bermasalah, kadang-kadang kita dapati bahawa salah seorang daripada mereka adalah dari keluarga yang tidak bahagia, atau keluarga yang porak peranda, telah mengalami trauma fizikal dan mental, dan ingin melepaskan diri daripada keluarga asal secara terburu-buru. Dalam situasi ini, adalah mudah baginya untuk mengabaikan pembentukan keperibadian daripada keluarga asal. Semasa bercinta, mereka mengabaikan sepenuhnya ciri-ciri negatif pihak yang lain, terlalu meninggikan andaian tentang kekuatan dan kesabaran diri sendiri. Mereka beranggapan bahawa perkahwinan ialah permulaan bagi kebahagiaan. Akibatnya, terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. Kitaran yang tidak baik ini banyak dan sering dilihat.
  5. Ketahui bahawa manusia tidak sempurna. Selepas tempoh bercinta yang panjang atau berkahwin, anda akan mendapati kekurangan-kekurangan pihak yang lain yang tidak sedap pada pandangan anda. Itu kadang-kadang menjadi bunga api kepada konflik, perpisahan atau perceraian. Aspek-aspek yang tidak memenuhi hati sendiri ini penting atau tidak? Adakah ianya berbaloi untuk mengadu buku lidah? Ini sememangnya tiada jawapan yang mutlak. Inti utamanya, apa sebenarnya yang anda mahu? Untuk aspek-aspek yang lain, sabarlah seorang terhadap yang lain dengan kasih, saling mendorong dan bertumbuh besar. Manusia memang tidak sempurna. Ini pengetahuan yang wajib ada.
  6. Urus hubungan cinta atau emosi diri sendiri? Dalam proses bercinta, akan ada masa-masanya yang tidak lancar. Kadang-kadang agak ambil kisah dengan perasaan pihak yang lain, tidak tahu sama ada pihak yang lain mempunyai perasaan yang baik, kadang-kadang berasa sedih dalam hati kerana ditolak. Ini tidak dianggap sebagai masalah percintaan. Ia hanyalah tindak balas emosi, jika kedua-dua pihak tidak memberi kepastian antara satu sama lain. Kebanyakan tindak balas emosi ini datang dari mentaliti peribadi yang sangat berkira tentang mendapat atau kehilangan sesuatu, kekurangan keyakinan diri dan terlalu ambil peduli dengan pemikiran orang lain. Pada masa ini, sila bekerja lebih keras dari aspek lutut, banyakkan membaca Alkitab, datang kepada Tuhan, fahami bahawa kita ialah umat pilihan yang ditebus oleh Anak tunggal Tuhan. Kita mempunyai status yang rajani, jangan memandang ringan terhadap diri sendiri.
  7. Ada persediaan untuk mengakhirinya apabila bermula: jangan hanya menyulam mimpi-mimpi indah dalam psikologi tetapi juga harus membuat persediaan awal untuk putus hubungan. Sekiranya kedua-duanya berkembang menurut fasa yang sama seperti di atas, hubungan itu tidak terlalu sukar untuk diputuskan. Walau bagaimanapun, roh memang penurut, tetapi daging lemah. (Hati kita berfikir atau merindui pihak yang lain, dipengaruhi oleh gelak ketawa dan tangisannya). Kadang-kadang, ia melebihi apa yang dapat dikuasai oleh kerasionalan kita. Kesakitan berpisah adalah seperti nyawa yang terkoyak. Tidak kira sama ada anda aktif atau pasif dalam memutuskan hubungan, perasaan itu sebenarnya amat sukar untuk dihadapi. Jadi ingatlah bahawa percintaan tidak harus dirahsiakan. Biarlah ianya diketahui oleh orang-orang yang lebih tua dan rakan-rakan seiman. Jika ada apa-apa yang terjadi, jangan berkunci diri. Harus berhubung dengan seiman atau telangkai. Mereka boleh memberikan bantuan dan penghiburan pada waktunya. Jika tidak, anda menanggung kepahitannya seorang diri. Bukan sahaja anda merasa sangat sengsara, ia akan menyebabkan penyimpangan mentaliti pada masa hadapan.
  8. Harus menikmati keindahan perasaan cinta, juga harus bertanggungjawab dalam usahanya. Masyarakat hari ini mempunyai kecenderungan makanan segera. Mereka melempiaskan hawa nafsu tubuh jasmani dan menikmati kegembiraan pada masanya. Kedua-dua pihak lelaki dan wanita suka ditatang bagai minyak yang penuh dan menikmati penjagaan kasih yang unik. Tetapi apabila kekurangan proses pengenalan yang sebenar dan perbincangan rasional, hubungan cinta seperti ini hanya boleh dianggap sebagai hubungan yang Cinta berahi pada asalnya akan menjadi kebencian (rujuk 2 Sam 13:1-15). Bukankah kita banyak mendengar berita tentang kes pembunuhan yang berkaitan dengan cinta dalam masyarakat? Oleh itu, saya menasihati orang muda di dalam Tuhan, kita telah dipanggil oleh Tuhan, hiduplah dalam terang dan jadilah anak-anak terang.
  9. Gadis-gadis jangan terlalu romantis, anak-anak lelaki jangan terlalu berpura-pura. Dalam proses bercinta, kita ingin mencari pasangan yang bersesuaian dengan kita, bukannya memilih ratu cantik atau lelaki kacak. Kekalkan kesopanan yang sepatutnya sudah mencukupi. Saling melayan dengan hati yang terbuka supaya tidak menerima mesej yang tidak betul dan menghasilkan tindak balas yang salah.
  10. Kekalkan jarak untuk tujuan keselamatan. Jika ada peluang untuk bertemu bersendirian, pilihlah tempat-tempat yang umum, bukan di ruangan yang tertutup. Beri ruang untuk diri sendiri dan pihak yang lain. Jangan beri peluang kepada si Iblis. Siapa yang menyangka bahawa ia tetap berdiri, harus lebih berhati-hati.
  11. Harus berjalan bersama seumur hidup setelah bergandingan tangan. Pada pandangan pertama, ayat ini agak tidak masuk akal. Adakah memegang tangan sahaja memerlukan janji bagi sepanjang hayat? Gereja masa lalu mengajar bahawa tidak boleh ada hubungan fizikal sebelum perkahwinan, sudah tentu, ini termasuk memegang tangan. Perasaan manusia adalah amat ajaib sekali. Ia bukan hanya sentuhan kulit, ia ialah sentuhan psikologi, dorongan fisiologi, dan seterusnya membawa kepada reaksi berantai yang sukar untuk dikatakan (maka kita menegaskan untuk tidak bercinta terlalu lama dan ini sememangnya ada sebabnya). Mengikut proses bercinta yang disebutkan di atas, jika terdapat tindakan untuk memegang tangan, mereka sebenarnya telah mengenalpasti status masing-masing di dalam hati. Dengan kata yang lain, jika ada keraguan atau ketidakpastian tentang pihak yang lain, elakkan berpegang tangan. Khasnya bagi rakan-rakan wanita, apabila memberikan tangan anda kepada pihak yang lain dengan mudah, hati anda juga akan dicuri secara senyap-senyap. Jika tidak mahu hati terluka, sila fikir masak-masak. Bagi rakan-rakan lelaki, pikullah tanggungjawab selepas memegang tangannya. Bagi mereka yang berfikir bahawa artikel ini keterlaluan, geleng kepala anda, selepas itu anda boleh memerhatikan sekeliling anda untuk melihat pasangan yang bercinta dan berpisah.
  12. Artikel ini tidak mungkin dapat menyenaraikan semua situasi dan butir-butir pengurusannya. Apa yang paling penting ialah naik dari janjang, turun dari tangga supaya tidak merosakkan hubungan cinta yang dijalin. Kita ialah umat milik Tuhan. Carilah dahulu kerajaan dan kebenaran Tuhan, maka Tuhan akan memberikan apa yang diperlukan kepada kita. Ini kebenaran yang tidak akan berubah. Kebimbangan manusia tidak boleh Namun kita harus menunaikan kewajipan kita dan pada masa yang sama pegang dan lakukan firman Tuhan, memohon supaya Tuhan memimpin jalan di hadapan. Tuhan pasti akan membawa orang yang sesuai (yang terbaik untuk individu) ke hadapan kita.

 

Perbezaan antara dua jantina merupakan perancangan indah Tuhan. Ekspresi emosi ialah keindahan yang paling nyata (benar) di dunia. Tetapi Iblis sengaja menghancurkan hubungan antara Tuhan dan manusia, dan juga menghancurkan kebaikan yang diatur oleh Tuhan. Tambahan pula, mausia diperhamba oleh dosa, hidup menurut daging, tidak taat kepada kebenaran. Lantas, kita melihat banyak perkahwinan yang tidak bahagia dan juga masalah percintaan. Setelah percaya kepada Kristus, jadilah manusia ciptaan baru di dalam Tuhan dan kembalikan status yang sepatutnya ada pada manusia. Maka harus belajar dan fasih tentang kebenaran, dipenuhi Roh Kudus, taat kepada kehendak Tuhan supaya hubungan antara Tuhan dan manusia pulih seperti masa ketika berada di Firdaus. Ketika itu, Adam berkata kepada Hawa, engkaulah tulang dari tulangku dan daging dari dagingku, keduanya bersatu sehingga menjadi satu daging. Kiranya saudara-saudari di dalam Tuhan diberkati oleh Tuhan supaya dapat membuat perjanjian yang paling indah di hadapan Tuhan dan manusia untuk menikmati cinta yang harum dan manis.

ORANG BARU DI KAMPUS

ORANG BARU DI KAMPUS

(Saudara Lu Kui Qi)

 

KATA PENGANTAR

Mengucapkan selamat tinggal kepada usia remaja dan hari-hari yang mana perlu belajar berhempas-pulas sebagai persediaan untuk menjejakkan kaki ke kolej / universiti, ramai pelajar muda yang mencapai cita-cita lalu memasuki satu peringkat yang baru. Setiap hati yang muda ini bersemangat untuk mencuba dan menerokai bidang pengetahuan yang belum pernah diketahui sebelumnya di samping lebih memahami diri sendiri dan orang lain.

Pada peringkat kehidupan yang penting ini, pelajar-pelajar kolej / universiti diserang dengan pelbagai trend ideologi, budaya dan perubahan sosial disebabkan oleh kemajuan masa yang berterusan serta perkembangan pesat pengetahuan dan teknologi. Pengajaran pula adalah amat mendalam dan tidak dapat dielakkan. Dalam persekitaran yang berubah-ubah dan titik perubahan yang penting dalam kehidupan ini, bagaimana mengekalkan arah yang betul dan berusaha berlari-lari kepada tujuan untuk memperoleh hadiah, iaitu panggilan syurgawi (Flp 3:14)? Ini merupakan topik yang perlu difikirkan dan dirancang dengan baik oleh setiap orang baru di kampus.

 

PERANCANGAN KEHIDUPAN KAMPUS

“dan pergunakanlah waktu yang ada, karena hari-hari ini adalah jahat. Sebab itu janganlah kamu bodoh, tetapi usahakanlah supaya kamu mengerti kehendak Tuhan.” (Ef 5:16-17).

“Hiduplah dengan penuh hikmat terhadap orang-orang luar, pergunakanlah waktu yang ada.” (Kol 4:5).

 

A. Iman Kepercayaan

    1. Jangan menjauhkan diri dari pertemuan-pertemuan ibadah (Ibr 10:25): Harus menghadiri kebaktian gereja, jalani kehidupan anggota (1 Kor 12:12-27), pada hari-hari biasa, hadiri kebaktian dan aktiviti persahabatan dalam kampus, saling berhubung dengan seiman dalam Tuhan, harus pergi ke gereja untuk memegang hari Sabat pada hari Sabat.
    2. Buat pelan pembacaan Alkitab untuk empat tahun: Empat tahun di kolej / universiti merupakan tempoh keemasan bagi “memasuki kebenaran”. Pelan pembacaan Alkitab untuk empat tahun perlu dirancang dengan baik. Tidak perlu terlalu tamak, hanya bergantung kepada “ketekunan”. Selepas empat tahun, anda pasti mempunyai pemahaman dan keyakinan terhadap apa yang anda percaya.
    3. Menitikberatkan kehidupan doa: Jadikan doa sebagai kehidupan anda. Berdoalah setiap waktu tidak kira semasa keluar, pulang, kerja, ataupun berehat (Ef 6:18-20).
    4. Konsep hidup umat Kristian:
      • Dilahirkan di dunia dan masuk ke dalam dunia (Mat 5:13-16) → jadi garam dan terang dunia
      • Taat dan dimerdekakan (Yoh 8:31,32,36)
      • Mencukupkan diri dan sentiasa bersukacita (2 Kor 6:10; Flp 4:11-13)
      • Memberi dan menerima (Mat 5:7)
      • Sementara dan kekal (2 Kor 5:1; 2 Ptr 3:12,13)

 

B. Akademik

Prioriti utama tahun pertama di kolej / universiti adalah menstabilkan akademik bagi memastikan kedudukan yang berperancangan. Jika tidak, jika anda kehilangan status sebagai pelajar kerana prestasi akademik yang kurang baik, maka semua perancangan ialah perbincangan kosong. Dari segi keputusan, apabila orang lain tidak mengetahui apa-apa tentang masa lalu anda, transkrip ialah satu-satunya bukti untuk orang lain mengenali anda. Jika anda mahu menukar bidang, orang lain juga berharap dapat menilai sama ada anda mempunyai keupayaan pembelajaran yang diperlukan daripada transkrip anda.

 

C. Pembelajaran tentang perasaan dan hubungan interpersonal

    1. Bina kepercayaan dan tanggungjawab sesama sendiri, belajar tentang kekuatan dan kelemahan sendiri daripada reaksi orang lain.
    2. Hubungan interpersonal ialah sebab utama bagi kejayaan atau kegagalan
    3. Jangan tunggu secara pasif untuk orang lain datang mengenali anda: Bersikap terbuka dan ambil inisiatif untuk bercakap dengan orang lain. Jika dapat mengambil langkah ini, jangan kedekut untuk memuji orang lain semasa berkawan. Pujian atau keprihatinan yang ikhlas sering dapat menjalinkan persahabatan.
    4. Sepuluh hukum dalam berkawan: Bina konsep berkahwin di dalam Tuhan, janganlah merupakan pasangan yang tidak seimbang dengan orang-orang yang tidak percaya (2 Kor 6:14)
      • Jangan terburu-buru: Fikirkan tentang kematangan anda terlebih dahulu.
      • Tetapkan arah terlebih dahulu, kemudian tetapkan target: Adakah arah dan konsep nilai yang diusahakan oleh kedua belah pihak dapat dipadankan?
      • Cinta pada pandangan pertama tidak dapat dielakkan: Langkah yang berhati-hati tidak pernah menyesal selama-lamanya.
      • Minta tunjuk ajar apabila perlu.
      • Kenali, terima dan hormati pihak yang lain.
      • Luahkan perasaan sendiri secara terus terang.
      • Tidak menjejaskan aktiviti harian.
      • Buat keputusan tanpa teragak-agak: Jika mendapati tidak berpadanan, luka jangka pendek adalah lebih baik daripada luka jangka panjang.
      • Berhati-hati dalam perkataan dan perbuatan, setia dalam hubungan.
      • Serahkan, harapkan dan taat kepada Tuhan sepenuhnya.

Halangan yang terbesar bagi perkahwinan yang bahagia ialah “Tuhan berkenan dan juga berkatNya”!

 

D. Pengurusan hidup

    1. Jaga diri sendiri: Terutamanya ketika tinggal di luar, semuanya bergantung kepada diri sendiri, belajar untuk berdikari dan buat keputusan sendiri. Boleh menghubungi keluarga ketika sedang merindui rumah, atau berbual-bual dengan rakan sekelas dan teman-teman, dan anda akan merasa lebih selesa.
    2. Menguruskan kediaman: letakkan kembali sesuatu di tempatnya selepas digunakan, maka kebersihan dan kekemasan kediaman dapat diuruskan dengan mudah. Uruskannya dengan sepenuh hati supaya ia memberikan perasaan rumah kepada anda. Jika menyewa rumah di luar sekolah, pilih tempat yang berhampiran dengan sekolah. Minta tunjuk ajar daripada penyewa sebelumnya untuk memahami keadaan rumah. Kongsi rumah sewa dengan rakan sekelas supaya boleh menjaga antara satu sama lain dalam pelajaran. Sekiranya gereja mempunyai pusat pelajar yang berdekatan dengan sekolah, itu lebih baik. Bukan sahaja dekat dengan gereja, kehidupan iman kepercayaan ada sandaran, bahkan adanya seiman yang dapat saling membantu dalam kehidupan.
    3. Berjimat-cermat: Jimat selagi boleh. Hanya membeli barang-barang yang benar-benar digunakan, jangan membeli barang-barang yang tidak perlu. Ukur baju di badan sendiri. Tidak sedikit pelajar yang perlu bekerja untuk mendapatkan wang bagi menampung perbelanjaan hidup mereka. Walau bagaimanapun, adalah yang terbaik untuk mencari kerja yang berkaitan dengan kepakaran sendiri. Pendapatannya mungkin tidak banyak, tetapi ia kondusif untuk mengumpul pengalaman dan membina jaringan sosial.
    4. Jangan memohon kad kredit: Belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan biasiswa juga merupakan satu cara.
    5. Atur jadual rutin: Jangan mengehadkan diri dengan hanya menghadiri kelas dalam bidang sendiri, harus juga memilih kelas dari bidang-bidang lain dan dengar lebih banyak ceramah. Ramai orang yang mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan secara keterlaluan sehingga pengajian mereka terabai. Perkara yang paling penting dalam kolej / universiti ialah meningkatkan ilmu dan pengetahuan. Dengan mengatur jadual rutin, anda akan mempunyai kawalan masa yang lebih baik. Masa untuk belajar dan masa untuk menghadiri aktiviti, kebaktian dan penyempurnaan rohani perlu dirancang dengan baik. Ini juga membantu menetapkan jadual kemajuan untuk setiap perkara dan melakukannya secara praktikal.
    6. Gunakan komputer dan perpustakaan dengan sebaiknya: Semakin awal anda belajar menggunakan komputer untuk mencari maklumat dan menyediakan laporan, semakin baik untuk anda. Anda boleh mencari buku dengan menggunakan sistem pertanyaan bibliografi bersepadu dalam internet. Di samping itu, jika menggunakan sistem kerjasama internet nasional untuk memasuki laman web, anda boleh meminjam buku secara langsung daripada perpustakaan dalam talian. Untuk mencari artikel jurnal tunggal Cina dan asing, anda boleh menggunakan pangkalan data pelbagai perpustakaan kolej / universiti ataupun sistem pertanyaan berkala perpustakaan negara. Jika ada masa, anda boleh melayari talian untuk melihat kumpulan perbincangan subjek profesional. Jangan lupa untuk menyediakan buku rujukan di tangan yang boleh dirujuk pada bila-bila masa.

E. Buat pilihan “praktikal” untuk kerjaya dan gaya hidup yang sesuai untuk masa hadapan

    1. Fahami diri sendiri: Gunakan pelbagai saluran untuk mengenali kekuatan dan potensi diri, di mana bidang minat sendiri, apakah keperibadian (personaliti) diri sendiri.
    2. Janganlah memikirkan hal-hal yang lebih tinggi daripada yang patut difikirkan (Pkh 9:11; Rm 9:16).
    3. Fahami pasaran kerja masa hadapan, pilih dan tetapkan matlamat praktikal. Digunakan oleh Tuhan, bersinar untuk Tuhan (Rm 12:2,3; 2 Tim 2:21).

 

KESIMPULAN

Kehidupan kolej / universiti adalah penuh dengan warna-warni. Asalkan masa, semangat dan tenaga dibahagikan dengan baik, orang baru di kampus boleh cuba untuk menyesuaikan diri dan menikmatinya. Sama seperti menjadi penziarah di tanah suci, semasa dalam perjalanan, anda dapat menikmati pemandangan yang indah di sepanjang jalan, dan bersukacita kerana semakin mendekati tujuan. Sebagai seorang penggali emas, anda boleh bergembira untuk emas sebenar yang bakal muncul semasa proses penapisan emas, bergembira bahawa anda semakin tahu menghargainya. Sama seperti seorang olahragawan, anda boleh mendapatkan kemajuan harian sebagai hasil semasa latihan. Inilah batu asas bagi terus bertambah baik dan mencapai kecemerlangan. Keseronokan dalam hidup ada di mana-mana. Ia terpulang kepada anda sama ada anda mempunyai hati yang terbuka dan berusaha bersungguh-sungguh ataupun berhampa tangan.

“Bersukarialah, hai pemuda, dalam kemudaanmu, biarlah hatimu bersuka pada masa mudamu, dan turutilah keinginan hatimu dan pandangan matamu, tetapi ketahuilah bahwa karena segala hal ini Allah akan membawa engkau ke pengadilan!” (Pkh 11:9).

Oleh itu, dalam kehidupan kolej / universiti, “takutlah akan Allah dan berpeganglah pada perintah-perintah-Nya,” (Pkh 12:13). Ini juga merupakan tanggungjawab setiap orang baru di kampus. Dalam perjalanan hidup yang serba baru, marilah kita berpegang teguh kepada janji Tuhan: “Engkau memahkotai tahun dengan kebaikan-Mu, jejak-Mu mengeluarkan lemak.” (Mzm 65:12).

EVOLUSI ATAU PENCIPTAAN?

EVOLUSI ATAU PENCIPTAAN?

(Saudara Hu Zheng Chuan)

 

KATA PENGANTAR

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, pandangan para saintis dunia bebas tentang teori evolusi tidak lagi ghairah dan membabi buta seperti pada permulaan abad kedua-puluh. Mereka mengakui bahawa teori evolusi ialah teori yang dapat menjelaskan sumber kehidupan di bumi, (teori penciptaan juga dapat menjelaskannya), namun ia kebenaran dan fakta sejarah yang tidak dapat dibuktikan dengan eksperimen, bahkan ia tidak boleh dikira sebagai satu teori sains. Hujah-hujah mereka yang bersifat revolusi ini tentunya mendapat tentangan daripada pihak-pihak yang berkuasa, tetapi ia juga dipandang berat oleh golongan-golongan yang berilmu. Asal-usul segala sesuatu adalah daripada evolusi? Ataupun ianya daripada penciptaan? Terdapat banyak isu yang perlu diterokai, dan ianya sangat rumit. Artikel ini hanya membincangkannya secara ringkas.

 

KEPENTINGAN PENEROKAAN ASAL-USUL SEGALA SESUATU

Tidak kira apa kursus yang diambil, pemahaman pelajar tentang asal-usulnya adalah sangat penting. Sesuatu kursus yang tidak membincangkan perkara-perkara berkenaan asal-usulnya mungkin dapat mengelakkan beberapa pertikaian, tetapi ia mengorbankan perkembangan rasa ingin tahu dan kreativiti. Penerangan dan amalan teknikal adalah penting untuk mana-mana kursus yang baik. Namun ianya hanya boleh menghasilkan kemahiran dan bukannya menghasilkan pemahaman yang sebenar. Berikut merupakan penjelasan yang komprehensif tentang mengapa penting untuk mengkaji asal-usul mana-mana kursus:

  1. Alasan saintifik
    • Sains mesti mencari jawapan kepada soalan-soalan seperti “dari mana” dan “apa yang berlaku”.
    • Sains ialah penaakulan berdasarkan hubungan kausalitas. Oleh itu, semasa menganalisis faktor dan akibat, menganalisis selangkah demi selangkah sehingga ke pokok pangkal adalah tidak dapat dielakkan.
    • Jika tidak mempunyai sedikit pemahaman pun tentang asal-usul pengetahuan mengenai undang-undang alam dan fenomena semula jadi, maka pengetahuan bagi penemuan dan pemahaman prinsip sains yang baru hanya semata-mata permukaan sahaja dan bukannya pengetahuan tentang intipatinya.
  2. Alasan sosiologi
    • Sains boleh digunakan dalam masyarakat dan ia akan memberi impak yang besar kepada masyarakat. Penyelesaian masalah sosial memerlukan pemahaman tentang akar umbi faktor-faktor yang mempengaruhi masyarakat.
    • Apa yang dikatakan dengan sains sosial bermaksud asal-usul bagi masalah sosial yang dikaji juga perlu difahami.
    • Trend pemikiran politik sentiasa berubah. Pengajaran sosiologi, jika ia tidak melibatkan sejarah, tetapi hanya mengambil kira strategi politik dan teori sosial yang popular sekarang, maka ia tidak akan dapat menangani trend yang baru muncul.
  3. Alasan peribadi
    • Setiap orang perlu memahami siapa dirinya dan matlamat hidupnya. Ini sukar untuk dilakukan jika seseorang itu kekurangan pengetahuan tentang asal-usul diri sendiri. Persepsi seseorang tentang asal-usulnya semestinya mempengaruhi kepercayaannya tentang destinasinya.
    • Belia zaman kini kekurangan pengetahuan saintifik tentang asal usul manusia. Ini menyebabkan mereka mendapatkan bantuan dengan cara-cara penyelesaian yang tidak saintifik seperti ubat ekstasi, ilmu sihir, astrologi dan sebagainya.
    • Psikologi yang benar-benar sihat tidak dapat dipisahkan dengan falsafah hidup yang sempurna dan yang memuaskan hati. Falsafah yang kedua memerlukan idea yang betul tentang asal usul dan masa depan individu.

 

ASAL-USUL TIDAK DAPAT DIBUKTIKAN DENGAN SAINS

Tidak pernah ada seorang saintis pun yang dapat memerhati atau mereka-bentuk satu set eksperimen untuk “melakonkan semula” asal-usul kebendaan dalam alam semesta, kehidupan atau umat manusia. Penyelidikan saintifik adalah terhad kepada fakta yang boleh “dilakonkan semula” dan boleh diperhatikan secara langsung atau tidak langsung. Oleh itu, walaupun persoalan tentang asal-usul adalah sangat penting, tetapi pendapat dan pendirian tentang asal usul hanya dapat dibina melalui iman, bukan dengan melihat. Dalam kata pengantar bagi buku “On the origin of species” karya Charles Robert Darwin yang diterbitkan semula kebelakangan ini, Profesor Mathews, ahli biologi yang merupakan salah seorang pemimpin teori evolusi British, mengakui bahawa: “Kepercayaan dalam teori evolusi dan kepercayaan dalam teori penciptaan khusus adalah sama -kedua-duanya dipercayai benar, tetapi tidak ada cara untuk membuktikannya setakat ini”. Pendekatan mengambil pendirian berdasarkan iman ini bukannya tidak dapat bertahan. Ini kerana setiap langkah yang diambil dalam hidup kita adalah berdasarkan iman. Walaupun positivisme hanya menegaskan apa yang dapat dia lihat, dan percaya bahawa positivisme ialah falsafah yang terbaik, namun beliau juga tidak dapat membuktikan tentang ini. Beliau juga percaya kepada atom-atom yang tidak kelihatan dan perkara-perkara yang abstrak sepenuhnya. Menurut kaji selidik, iman ialah syarat yang perlu untuk psikologi yang sihat. Namun, imannya bukanlah yang membabi buta melainkan iman kepercayaan yang awal dibuat, akhir diingat. Iman sebeginilah yang berguna.

  1. Penciptaan tidak dapat dibuktikan
    • Dari apa yang dapat kita perhatikan, penciptaan bukan sesuatu perkara yang sedang berlangsung sekarang. Penciptaan telah disiapkan pada suatu masa dahulu. Maka kaedah saintifik tidak dapat mengesannya.
    • Mereka-bentuk satu eksperimen saintifik untuk menggambarkan proses penciptaan adalah sesuatu yang mustahil, bahkan ingin mengenalpasti samada penciptaan dapat terjadi juga tidak dapat dilakukan. Tuhan Pencipta tidak mencipta berdasarkan idea seorang saintis.
  2. Evolusi tidak dapat dibuktikan
    • Jika evolusi masih berlaku pada hari ini, ianya mesti tidak dapat diketahui kerana prosesnya yang terlalu lambat. Oleh itu, ia adalah di luar skop sains eksperimen. Menurut teori evolusi, evolusi dari satu makhluk kepada satu makhluk yang lain mengambil masa berjuta-juta tahun. Tiada mana-mana kumpulan saintis yang dapat memerhatikan eksperimen seperti
    • Varian kecil makhluk yang dapat kita lihat pada hari ini tidak ada kaitan dengan persoalan ini kerana tidak mungkin untuk membuktikan bahawa variasi spesies-spesies ini pada hari ini dapat menghasilkan spesies yang bertaraf lebih tinggi yang berbeza di masa depan. Memandangkan varian kecil (termasuk mutasi) juga boleh berlaku dalam teori penciptaan, sama seperti dalam teori evolusi, maka ini tidak boleh digunakan untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk antara keduanya.
    • Walaupun saintis pada masa kini betu-betul dapat menghasilkan kehidupan daripada benda mati dalam makmal eksperimen, atau mengubah makhluk bertaraf rendah kepada makhluk yang bertaraf lebih tinggi, ini masih tidak dapat membuktikan bahawa perubahan tersebut telah berlaku ataupun mungkin berlaku pada masa dahulu oleh proses semulajadi yang tidak sengaja.

 

MODEL SAINTIFIK BAGI KEDUA-DUA ASAL-USUL

Sains tidak dapat membuktikan mana yang betul dan mana yang salah bagi kedua-dua teori berkaitan asal-usul. Walaupun ramai orang telah mengajar teori evolusi sebagai fakta saintifik yang telah terbukti, tetapi jelas sekali, ini merupakan pengajaran yang salah. Sudah tentu, perkara yang sama juga berlaku kepada teori penciptaan. Walaupun ramai orang percaya bahawa penciptaan khusus ialah fakta sejarah yang mutlak, mereka mesti percaya berdasarkan teologi, bukan berdasarkan sains. Kedua-dua teori evolusi dan teori penciptaan tidak dapat dibuktikan ataupun dinafikan dengan sains. Walaupun tidak mungkin untuk mereka-bentuk satu set eksperimen saintifik untuk membuktikan bahawa teori evolusi atau teori penciptaan adalah benar, tetapi ini tidak bermakna kita tidak boleh membincangkan isu ini secara objektif dan saintifik. Pendekatan yang lebih praktikal adalah dengan memulakannya dengan dua model saintifik – “model evolusi” dan “model penciptaan”. “Model” ialah garis panduan bagi sesuatu idea, satu sistem pemikiran yang berperaturan. Model boleh digunakan untuk membandingkan maklumat yang diperolehi melalui pemerhatian bahkan boleh juga cuba untuk meramalkan perkembangan yang baru. Apabila dua model wujud pada masa yang sama, anda boleh bandingkan model-model ini dengan pelbagai data untuk melihat model mana yang lebih realistik. Apabila kedua-duanya tidak dapat dibuktikan, sama seperti teori evolusi dan teori penciptaan, ketika memilih salah satu daripada kedua-dua ini, kita tidak dapat sepenuhnya bersifat objektif. Biasanya dalam keadaan ini, model yang bersesuaian dengan kebanyakan data dan yang kurang bercanggahan dengan data harus diterima sebagai model yang lebih tepat.

 

A. Perbezaan teori antara dua model teori evolusi dan teori penciptaan

Model evolusi Model penciptaan
Berkembang daripada sifat asal benda tidak hidup melalui proses mekanikal dan semulajadi. Masih dalam proses. Diciptakan oleh Tuhan Pencipta. Telah diselesaikan.
Benda tidak hidup → benda hidup → kehidupan hasil evolusi pelbagai jenis kehidupan primitif. Setiap makhluk berasal daripada proses perkembangan evolusi nenek moyang secara perlahan. Dari mudah kepada rumit secara berterusan. Setiap makhluk dicipta dari jenisnya sendiri, dan makhluk yang dicipta telah mempunyai ciri-ciri utama bagi setiap jenis. Dari rumit kepada mudah secara berterusan.
Variasi yang tidak terbatas. Semua faktor genetik biologi adalah saling berkaitan. Variasi terhad boleh berlaku dalam jenis yang sama.
Sejarah bumi sepenuhnya dijelaskan dari zaman purba hingga moden. Sejarah bumi dijelaskan dengan kesengsaraan besar.

 

 

B. Menurut kedua-dua model evolusi dan penciptaan, fosil boleh diramalkan seperti berikut:

Model evolusi Model penciptaan
Makhluk mudah perlahan-lahan berubah menjadi makhluk yang lebih kompleks. Jenis-jenis makhluk yang sangat kompleks tiba-tiba muncul.
Harus ada makhluk perantaraan di antara semua jenis makhluk, tidak seharusnya ada gelung yang hilang di mana-mana. Apabila setiap “jenis” yang diciptakan muncul tiba-tiba untuk pertama kali, ia sudah mempunyai ciri utama jenis ini. Terdapat perbezaan yang jelas antara jenis. Tiada makhluk perantaraan di antara jenis dan jenis.

 

 

MODEL PENCIPTAAN ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MODEL EVOLUSI

Pengetahuan dalam aspek kosmologi, kimia, termodinamik, matematik, biologi molekul, genetik dan sebagainya boleh digunakan untuk menentukan sama ada teori evolusi berjaya menjelaskan persoalan tentang asal-usul spesies dengan sempurna. Walau bagaimanapun, berbuat demikian hanya membolehkan kita mengetahui sama ada evolusi mungkin berlaku, tetapi tidak dapat mengetahui sama ada evolusi benar-benar telah berlaku. Untuk meneroka sama ada evolusi pernah berlaku, ia hanya dapat diketahui daripada jejak sejarah yang didapati daripada kajian fosil. Clark, ahli evolusi British yang terkenal berkata: “Jika anda ingin membuktikan secara saintifik bahawa evolusi pernah berlaku, anda hanya boleh bergantung kepada bukti fosil, iaitu, mencari makhluk-makhluk perantaraan yang kita anggap seharusnya ada.” Dengan kata yang lain, bukti penting yang benar-benar dapat menyokong teori evolusi mesti datang daripada paleontologi yang pakar dalam mengkaji fosil.

Sejarah kewujudan makhluk hidup di bumi dapat diterokai dengan mengkaji peninggalan-peninggalan fosil dan seterusnya jika berjumbai tempat bergantung. Jika kehidupan benar-benar berkembang daripada organisma yang tidak bernyawa melalui proses evolusi mekanikal dan semulajadi, dan kemudian berkembang menjadi puluhan ribu jenis spesies yang semakin kompleks dan berbeza, maka fosil seharusnya menunjukkan jejak sejarah yang sepadan dengan penerangan ini. Tidak sepatutnya ada gelung yang hilang di mana-mana dan kekurangan fosil bagi makhluk perantaraan.

Tetapi jika kehidupan benar-benar “diciptakan oleh Tuhan” seperti yang dicatatkan dalam dua fasal pertama Kejadian, maka jejak sejarah fosil yang boleh diramalkan berdasarkan teori ini adalah berbeza dengan yang sebelumnya. Perpadanan antara hujah penciptaan dan rekod fosil adalah jauh lebih baik daripada hujah evolusi, dan rekod fosil sebenarnya adalah bertentangan dengan hujah evolusi. Hasil penyelidikan oleh banyak saintis telah memberikan maklumat untuk menunjukkan bahawa semua bukti fosil adalah berpadanan dengan teori model penciptaan. Kemudian, buat penilaian dari sudut saintifik tanpa menggunakan Alkitab sama sekali berdasarkan pelbagai hujah dan sejarah awal tentang asal-usul, hasilnya ternyata bahawa dari setiap perspektif, model penciptaan memang lebih unggul daripada model evolusi. Walaupun beberapa persoalan masih memerlukan masa untuk dijawab, namun tahap keseriusan persoalan-persoalan ini tidak menjejaskan rangka kerja asas teori penciptaan. Sebaliknya, banyak masalah serius yang timbul daripada penggunaan model evolusi.

 

TEORI PENCIPTAAN DALAM ALKITAB

Jika penciptaan itu memang benar, maka mesti ada Tuhan Pencipta di antara alam semesta. PenciptaanNya mempunyai matlamatNya, dan umat manusia ternyata merupakan pusat utama matlamat ini. Jika bukan Tuhan Pencipta yang menyatakan kepada umat manusia tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan penciptaan, manusia selamanya tidak dapat melakukan dengan sendirinya perbuatan Tuhan Pencipta (Pkh 3:11). Tuhan mengilhamkan rangka penciptaan dalam “Kejadian” (Kej 1:1). Fasal-fasal yang berkaitan dengan penciptaan dalam Kejadian adalah catatan yang ajaib dan tepat tentang sejarah awal alam semesta, bukannya cerita rakyat yang lapuk. Berdasarkan maklumat yang diberikannya, sains boleh menerangkan pelbagai fenomena yang diperhatikan. Pada masa yang sama, penciptaan segala sesuatu yang indah membolehkan manusia mengenali Tuhan (Rm 1:20).

Semua penulis dalam Alkitab, termasuk Yesus Kristus sendiri telah menerima catatan-catatan beberapa fasal pertama Kejadian. Mereka menganggapnya sebagai sejarah yang benar dan ilham yang kudus (2 Tim 3:16; Yoh 10:35). Jika kita percaya bahawa Kristus adalah setia dan boleh dipercayai, kita mesti menerima kesetiaan dan kebolehpercayaan catatan ini.

Sesetengah mazhab telah mengambil pendirian kompromi untuk mengelakkan konflik antara iman kepercayaan agama Kristian dan teori evolusi. Mereka menegaskan bahawa: “Tuhan menyatakan fakta-fakta penciptaan-Nya dalam Alkitab; manakala cara-cara penciptaan diserahkan kepada saintis untuk dikaji.” Akibatnya, beberapa hujah yang tidak bertepatan dengan Alkitab telah dikembangkan. Contohnya “evolusi teistik” (Theistic Evolution), “penciptaan secara progresif” (progressive Creation), “teori sehari-seribu tahun” (The Day-age Theory), “teori jurang” (The Gap Theory), “hipotesis rangka kerja” (The Framework Hypothesis) dan sebagainya. Hujah-hujah ini tidak lebih daripada sekadar penerimaan teori evolusi secara putar belit. Alkitab mengajar kita untuk tidak menyimpang dari iman demi pertentangan-pertentangan yang berasal dari apa yang disebut pengetahuan (1 Tim 6:20-21), jangan ditawan oleh filsafat yang kosong dan palsu (Kol 2:8). Kita percaya bahawa Alkitab adalah benar. Apa yang perlu kita terokai ialah bagaimana menafsirkan bukti saintifik supaya bertepatan dengan Alkitab, bukannya menafsirkan semula Alkitab untuk memenuhi pelbagai perspektif teori evolusi. Apa-apa hujah yang mahukan kompromi antara Alkitab dan teori evolusi tidak akan berjaya untuk selama-lamanya kerana sesiapa yang menerima teori evolusi mesti menggunakan alam semesta yang atheistik. Pada asasnya, kedua-duanya adalah bercanggah antara satu sama lain dan tidak ada kompromi sama sekali.

Kita harus percaya sepenuhnya bahawa segala sesuatu dalam dunia diciptakan oleh Tuhan (Ibr 3:4). Hanya Dia sahaja Tuhan yang harus disembah oleh umat manusia (Why 14:7). Fakta sejarah yang dicatatkan dalam Alkitab – Tuhan menyelesaikan semua ciptaan dalam masa enam hari, inilah kepercayaan yang harus kita terima dan tidak boleh beralih kepada yang lain (Ibr 11:3).

PEMUPUKAN MURID-MURID TUHAN

PEMUPUKAN MURID-MURID TUHAN

(Pendeta Lin Zhang Wei)

 

Maksud “pemupukan” boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Satu ialah “terhadap benda” – penanaman tumbuhan. Tumbuhan yang baru ditanam boleh mendapat persekitaran pertumbuhan yang sesuai melalui usaha dan cara manusia. Lantas, kehidupan yang berdikari ini dapat memberi manfaat kepada umat manusia. Satu lagi pemupukan ialah “terhadap orang” – mengajar orang-orang yang berbakat. Mendidik dengan menggunakan pelbagai persekitaran dan pengalaman hidup, melatih supaya seseorang tidak menjadi kuntuman bunga di rumah hijau sebaliknya dapat keraskan semangat, lebih daripada orang-orang yang menang semasa menghadapi cabaran yang susah, meninggalkan jejak iman kepercayaan yang harum, menjadi tulang belakang bagi kerja-kerja kerajaan Tuhan. Bagaimanakah Yesus melatih murid-murid?

 

MEMUPUK SEMANGAT MENGAMBIL INISIATIF DALAM MENGEJAR SESUATU DAN SIKAP AUTONOMI MURID-MURID (MRK 1:35-37)

Tuhan Yesus menjadi teladan dengan pergi ke tempat yang sunyi untuk berdoa sewaktu hari masih gelap,. Dia ingin memotivasikan murid-murid untuk mengambil inisiatif untuk mengejar usaha dalam doa bahkan murid-murid sendiri membuka mulut meminta Tuhan mengajar mereka bagaimana untuk berdoa lalu meninggalkan satu petikan isi kandungan “kata doa” (Luk 11:1-4). Hari ini, kita harus belajar sikap mengambil inisiatif dalam penyempurnaan rohani. Ambil inisiatif untuk membaca Alkitab, menghadiri kebaktian, berdoa; bukannya perlu digesa-gesa atau ditindas dengan cara pasif. Ketika Lot berada di bawah pimpinan Abraham, dia beribadah kepada Tuhan sama seperti Abraham (Kej 12:5-9, 12:1-4). Setelah mereka berpisah, kualiti iman kepercayaan Lot telah berubah (Kej 13:10-13). Raja Yoas pada zaman raja-raja dapat melakukan apa yang benar di mata Tuhan apabila iman kepercayaannya diseliakan oleh imam Yoyada (2 Taw 24:1-2). Setelah Yoyada meninggal dunia, kualiti iman kepercayaannya juga turut berubah (2 Taw 24:15-18). Pada hari ini, mengejar iman kepercayaan dengan cara mengambil inisiatif merupakan sasaran dalam melatih iman kepercayaan yang berdikari. Apabila berhadapan dengan kesusahan, adakah anda akan mengambik inisiatif untuk berdoa? Apabila meninggalkan kampung halaman dan berada di luar pandangan ibu bapa, adakah anda akan mengambil inisiatif untuk mencari gereja dan mendekati Tuhan? Adakah anda dapat mengambil inisiatif untuk bertekad dengan mengatakan: saya pasti berkahwin di dalam Tuhan?

 

MEMBANGUN KEMAJUAN IMAN MURID-MURID MELALUI PERSEKITARAN HIDUP (MRK 4:35-41)

Terdapat satu fenomena iklim yang aneh di Laut Galilee. Setiap tahun, angin timur yang tidak bermusim yang membawa kersik / batu halus akan meniup ke Laut Galilee dari padang gurun di sebelah timur (kadang-kadang 1 hari, kadang-kadang 3-4 hari, dan mungkin berlaku samada semasa musim bunga, musim panas, musim luruh ataupun musim sejuk, berjumlah 50 hari yang bertaburan sepanjang tahun). Orang tempatan menggelar ribut ini sebagai “50 hari”. Tuhan menggunakan persekitaran ini untuk memberitahu murid-murid tentang kepentingan iman. Dia juga membangun iman murid-murid dengan menggunakan burung-burung di langit dan bunga bakung di ladang (Mat 6:25-34) dengan harapan ada kemajuan dalam iman kepercayaan mereka dan mata iman mereka dapat tertumpu kepada kerajaan syurga yang kekal (Yoh 20:29). Apa yang ditempuhi dalam kehidupan hari ini merupakan ujian bagi iman kepercayaan, sama seperti apa yang dilalui oleh Yusuf dan Ayub. Selepas melaluinya, Yusuf berkata: sebab untuk memelihara kehidupanlah Allah menyuruh aku mendahului kamu (Kej 45:5-6). Dia berkata lagi: Allah telah mereka-rekakannya untuk kebaikan, dengan maksud melakukan seperti yang terjadi sekarang ini, yakni memelihara hidup suatu bangsa yang besar (Kej 50:19-20). Ayub berkata dalam persekitaran yang sukar: terpujilah nama TUHAN (Ayb 1:20-22, 2:9-10). Ujian Tuhan datang tanpa sebarang amaran awal bahkan membangun kemajuan iman melalui pengalaman hidup. Adakah persekitaran hidup dan apa yang ditempuhi dalam hidup anda sekarang mendorong anda untuk bersungut-sungut kepada Tuhan seperti umat Israel di padang gurun (Ibr 3:7-11) dan menafikan kasih Tuhan? Ataupun ianya menjadikan iman anda maju – sama seperti “Tuhan menyediakan” yang dilalui oleh Abraham (Kej 22:1-14)?

 

MENGUJI TAHAP PENGETAHUAN MURID-MURID TENTANG DIA (MAT 16:13-16)

Tuhan Yesus hidup bersama dengan murid-murid dan murid-murid juga mendapat pemupukan (latihan) firman daripada Tuhan serta melihat kuasa Tuhan dalam diri Yesus. Tuhan menguji tahap pengetahuan murid-murid tentang Dia di daerah Kaisarea Filipi. Sama juga, selepas mengatakan tentang kerahsiaan Perjamuan Kudus (Yoh 6:52-59), terdapat murid yang menolak untuk mengikut Tuhan (Yoh 6:60-61,66). Setiap kali Yesus menyatakan bahawa Dialah Yesus, Firman yang telah menjadi manusia, timbullah pertentangan di antara orang banyak (Yoh 7:37-44), bahkan mengambil batu untuk melempari Dia (Yoh 8:51-59, 10:30-39). Malahan, pengetahuan Filipus, murid Yesus tentang Tuhan juga samar-samar (Yoh 14:8-11). Ketika Paulus dipilih, perkara pertama yang ingin difahaminya ialah “Siapakah Engkau, Tuhan?” (Kis 9:2, 22:8, 26:15). Selepas mengenali Tuhan ini – Yesus, dia berkata: “Yesus lebih mulia daripada semuanya” (Flp 3:7-8). Dia rela melepaskan segalanya di dalam dunia dan berkata: “aku tahu kepada siapa aku percaya dan aku yakin bahwa Dia berkuasa memeliharakan apa yang telah dipercayakan-Nya kepadaku hingga pada hari Tuhan.” (2 Tim 1:12). Dunia Paulus berubah kerana pengetahuannya tentang Tuhan Yesus (Kis 9:8,17-19; Gal 6:14). Perubahan dalam konsep hidup manusia dan konsep nilai memberikan kepastian tentang nilai Paulus yang bekerja untuk Tuhan seumur hidupnya (2 Tim 4:7-8). Pada hari ini, apakah pengetahuan anda tentang Yesus? Doktor yang merawat penyakit? Atendan? Mesin penjual alam semesta? Alat penyelesaian masalah? Atau Dialah Kristus?

 

PESANAN YANG TUHAN BERIKAN KEPADA MURID-MURID (MAT 28:19-20; MRK 16:15-20)

Selepas proses “iman kepercayaan adalah bersifat mengambil inisiatif”, “pengalaman hidup merupakan ujian bagi iman” dan “benar-benar mengetahui tentang Dia”, Tuhan memberikan satu amanat sebelum terangkat ke syurga, iaitu tanggungjawab yang dipercayakan – beritakanlah Injil kepada segala makhluk dan baptislah mereka untuk pengampunan dosa. Sudahkah anda melakukan kerja ini? Adakah Tuhan memberikan Roh Kudus hanya untuk memberikan anda jaminan untuk memasuki kerajaan syurga? Bukankah Ia juga memberikan anda kuasa untuk memberitakan Injil (Kis 1:8)? Kita lihat Paulus yang tidak menghiraukan nyawanya demi memberitakan Injil (Kis 20:22-24), Petrus dan Yohanes dianiayai, mereka masih boleh berkata: Sebab tidak mungkin bagi kami untuk tidak berkata-kata tentang apa yang telah kami lihat dan yang telah kami dengar (Kis 4:19-20), gembira menderita penghinaan oleh karena Nama Yesus (Kis 5:41). Jika masih tidak dapat menjadi pahlawan yang memberitakan firman bagi kerajaan Tuhan setelah terima pemupukan, apa yang dipupuk? Apa yang dilatih? Kiranya anda dan saya saling mendorong.

KEBIJAKSANAAN HIDUP YESUS

KEBIJAKSANAAN HIDUP YESUS

(Pendeta Pan Jia Zhou)

 

KATA PENGANTAR

Tuhan Yesus berpesan kepada murid-murid “Lihat, Aku mengutus kamu seperti domba ke tengah-tengah serigala, sebab itu hendaklah kamu cerdik seperti ular dan tulus seperti merpati.” (Mat 10:16).

Umat Kristian bukan sahaja perlu memelihara iman kepercayaan diri sendiri apabila berhadapan dengan angkatan yang jahat, bahkan juga perlu menyempurnakan amanat yang telah dipercayakan oleh Tuhan iaitu memimpin orang kembali kepada Tuhan. Jika tidak mempunyai hati yang berjaga-jaga dan cerdik, adalah dikhuatiri bahawa diri sendiri pun tidak terlindungi lalu tidak usah lagi membincangkan tentang masuk ke dalam dunia untuk “menjala manusia”.

Oleh itu, belajarlah daripada kebijaksanaan hidup Yesus. Pertahankan iman kepercayaan sendiri dan jadi prajurit yang baik bagi Injil Tuhan merupakan isu penting bagi pemercaya benar pada masa kini.

 

HIDUP MANUSIA UNTUK APA?

Jawab-Nya: “Marilah kita pergi ke tempat lain, ke kota-kota yang berdekatan, supaya di sana juga Aku memberitakan Injil, karena untuk itu Aku telah datang.” (Mrk 1:38).

Sebaik sahaja Tuhan Yesus mula memberitakan Injil, Dia membuatkan manusia berasa segar. PengajaranNya berkuasa, boleh menyembuhkan pennyakit, mengusir roh jahat dan melakukan tanda mujizat. Oleh itu, orang ramai yang mengikutiNya datang seperti sekumpulan lebah sehinggakan diriNya sendiri pun tidak terjaga dan Dia tidak dapat berehat. Namun Dia tidak membiarkan “matlamat”Nya yang betul disesatkan dan dikaburkan oleh orang ramai yang membuta tuli. Tuhan tahu untuk apa Dia datang!

Orang-orang zaman kini sering bersuara lantang bahawa mereka tersesat. Apabila mendengar suara begini, adakah anda bertanya kepada diri anda sendiri, apakah hala tuju hidup anda sekarang? Apakah pula matlamat masa depan?

Sila fikirkan, kehidupan yang tidak ada matlamat hidup, bagaimanakah keadaan hari-hari tersebut?

 

SELAGI SAYA BERTUMBUH BESAR

“Dan Yesus makin bertambah besar dan bertambah hikmat-NyA dan besar-Nya, dan makin dikasihi oleh Allah dan manusia.” (Luk 2:52).

Yesus ialah Tuhan “Firman yang telah menjadi manusia”. Dia menjadi manusia dan diam di antara manusia duniawi. Oleh itu, Dia juga melalui perjalanan pertumbuhan seperti orang biasa, cuma Tuhan Yesus bukan sahaja bertambah umurNya, makin bertambah besar, hikmatNya juga turut bertambah. Pada masa yang sama, Tuhan Yesus bukan sahaja “berkenan kepada Tuhan”, bahkan manusia juga mengasihiNya.

Oleh yang demikian, seorang umat Kristian yang telah meningkat dewasa dan matang harus mempunyai hikmat yang rohani dalam hidup (Ef 5:15-16; Kol 4:5) di samping harus tahu bagaimana untuk bergaul secara harmoni dengan orang-orang yang belum percaya dan mendapatkan penghormatan.

Cuba fikirkan, adakah hidup anda berbeza daripada yang biasa di dunia tanpa dianggap sebagai “heterogen”?

 

PASTI ADA YANG BOLEH MENJADI GURU SAYA DI ANTARA TIGA ORANG YANG BERJALAN BERSAMA

Sesudah tiga hari mereka menemukan Dia dalam Bait Allah; Ia sedang duduk di tengah-tengah alim ulama, “sambil mendengarkan mereka dan mengajukan pertanyaan-pertanyaan kepada mereka.” (Luk 2:46).

“Pembelajaran sepanjang hayat” bukan lagi sekadar slogan. “Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut” sememangnya merupakan tindakan positif bagi orang yang berjaya untuk sekali lagi mencapai transenden diri dan sekali lagi mencipta kemuncak tinggi dalam kehidupan. Bagi umat Kristian, pencarian pengetahuan rohani yang benar dan pertambahan pengetahuan umum harus diusahakan bersama (Flp 1:9-11).

Oleh itu, janganlah menggunakan alasan yang “rohaniah” sebagai justifikasi untuk malas belajar bagi diri sendiri.

 

BUKTIKAN KEPADA KAMU!

Lalu datanglah si pencoba itu dan berkata kepada-Nya: “Jika Engkau Anak Allah, perintahkanlah supaya batu-batu ini menjadi roti…” Kemudian Iblis membawa-Nya ke Kota Suci dan menempatkan Dia di bubungan Bait Allah, lalu berkata kepada-Nya: “Jika Engkau Anak Allah, jatuhkanlah diri-Mu ke bawah, sebab ada tertulis: “…”. (Mat 4:3-7).

Tuhan Yesus memetik kata-kata dalam Alkitab untuk melawan pencobaan Iblis. Selain membuktikan Firman Tuhan ialah pedang Roh dan senjata kemenangan yang terbaik dalam perang rohani, ia juga mengingatkan kita bahawa Tuhan Yesus dengan muka yang tenang menggunakan kaedah radikal semasa berhadapan dengan si pencoba dan tidak melakukan tanda mujizat. Ini adalah untuk membuktikan status Dia sebagai “Anak Allah”. Ini kerana Tuhan sememangnya ialah “Anak Allah” dan ini bukannya dapat dibuktikan dengan “tanda mujizat”.

Demi air muka, terdapat ramai orang, terutamanya remaja dan belia yang mengorbankan kos yang sangat besar untuk membuktikan bahawa diri sendiri ada cara dan tidak sesekali kalah kepada orang lain. Tetapi umat Kristian yang bijak harus belajar daripada Paulus, bermegah atas kelemahanku, supaya kuasa Kristus turun menaungi aku (2 Kor 12:9-10).

 

JANGAN TERLALU MEMPERCAYAI MATA KAMU

Mengapakah engkau melihat selumbar di mata saudaramu, sedangkan balok di dalam matamu tidak engkau ketahui? Bagaimanakah engkau dapat herkata kepada saudaramu: Biarlah aku mengeluarkan selumbar itu dari matamu, padahal ada balok di dalam matamu. Hai ornag munafik, keluarkanlah dahulu balok dari matamu, maka engkau akan melihat dengan jelas untuk mengeluarkan selumbar itu dari mata saudaramu (Mat 7:3-5).

Ini merupakan suatu zaman yang kekurangan kebolehan refleksi. Kebenaran Tuhan ialah terang yang sesungguhnya. Ia menerangi mata hati kita supaya kita dapat melihat diri sendiri dengan jelas, kurangkan mengkritik orang lain dan banyakkan membuat refleksi diri (Gal 6:4).

Oleh itu, jangan terlalu mempercayai apa yang dilihat oleh mata anda. Ada kemungkinannya bahawa andalah orang yang dilihat itu.

 

MENJAWAB ORANG BEBAL MENURUT KEBODOHANNYA

Datanglah imam-imam kepala dan ahli-ahli Taurat serta tua-tua ke situ, dan mereka berkata kepada Yesus: “Katakanlah kepada kami dengan kuasa manakah Engkau melakukan hal-hal itu, dan siapa yang memberikan kuasa itu kepada-Mu?” Jawab Yesus kepada mereka: “Aku juga akan mengajukan suatu pertanyaan kepada kamu. Katakanlah kepada-Ku: Baptisan Yohanes itu, dari sorga atau dari manusia?” … mereka menjawab, bahwa mereka tidak tahu dari mana baptisan itu. Maka kata Yesus kepada mereka: “Jika demikian, Aku juga tidak mengatakan kepadamu dengan kuasa manakah Aku melakukan hal-hal itu.” (Luk 20:1-8).

Tetapi Yesus mengetahui maksud mereka yang licik itu, lalu berkata kepada mereka: “Tunjukkanlah kepada-Ku suatu dinar; gambar dan tulisan siapakah ada padanya?” Jawab mereka: “Gambar dan tulisan Kaisar.” Lalu kata Yesus kepada mereka: “Kalau begitu berikanlah kepada Kaisar apa yang wajib kamu berikan kepada Kaisar dan kepada Allah apa yang wajib kamu berikan kepada Allah!” Dan mereka tidak dapat menjerat Dia dalam perkataan-Nya di depan orang banyak. Mereka heran akan jawab-Nya itu dan mereka diam (Luk 20:19-26).

Yakobus fasal 3 membincangkan tentang lidah manusia. Lidah, walaupun suatu anggota kecil dari tubuh, namun dapat memegahkan perkara-perkara yang besar. Ia merupakan suatu dunia kejahatan hasil daripada fikiran jahat dalam hati, tetapi boleh menyamar menjadi kata-kata yang sedap didengar untuk mencobai orang dan mencari jerat untuk menyerang orang. Apabila berhadapan dengan angkatan yang bengkok hatinya dan yang sesat ini, kita bukan sahaja perlu berjaga-jaga dengan pertuturan sendiri (Yak 3:2), bahkan juga perlu berhati-hati dengan pelbagai “perangkap” ketika berhadapan dengan orang lain.

Oleh itu, kita harus memohon kepada Tuhan yang memberikan pelbagai hikmat untuk memberikan kita hikmat dalam memberi jawaban lidah (Ams 16:1) supaya kita tahu “Jangan menjawab orang bebal menurut kebodohannya, supaya jangan engkau sendiri menjadi sama dengan dia. Jawablah orang bebal menurut kebodohannya, supaya jangan ia menganggap dirinya bijak” (Ams 26:4-5).

 

PERTIMBANGAN YANG WAJAR DI LUAR PERUNDANGAN

Ketika Yesus dan murid-murid-Nya tiba di Kapernaum datanglah pemungut bea Bait Allah kepada Petrus dan berkata: “Apakah gurumu tidak membayar bea dua dirham itu?” Jawabnya: “Memang membayar.”

Dan ketika Petrus masuk rumah, Yesus mendahuluinya dengan pertanyaan: “Apakah pendapatmu, Simon? Dari siapakah raja-raja dunia ini memungut bea dan pajak? Dari rakyatnya atau dari orang asing?” Jawab Petrus: “Dari orang asing!” Maka kata Yesus kepadanya: “Jadi bebaslah rakyatnya. Tetapi supaya jangan kita menjadi batu sandungan bagi mereka, pergilah memancing ke danau. Dan ikan pertama yang kaupancing, tangkaplah dan bukalah mulutnya, maka engkau akan menemukan mata uang empat dirham di dalamnya. Ambillah itu dan bayarkanlah kepada mereka, bagi-Ku dan bagimu juga.” (Mat 17:24-27).

Secara logiknya, Yesus, Firman yang telah menjadi manusia tidak perlu membayar bea (Kel 30:11-16). Namun demi mengelak daripada menjadi batu sandungan bagi orang lain (Mat 17:27), Dia tetap mengikuti mana yang baik dan menggenapkan seluruh kehendak Allah.

Oleh itu, sebagai seorang umat Kristian, prinsip hidup kita adalah amat jelas. Perkara-perkara yang dianggap halal / diperbolehkan oleh diri sendiri juga perlu diberikan pertimbangan, adakah ianya membangun? Adakah ianya berguna? Adakah diperhambakan olehnya? Adakah ia dapat memuliakan Tuhan? (1 Kor 6:12, 10:23-24,31) (Rm 14:21).

Cuba fikirkan, ketika anda merasakan ianya haruslah demikian dan anda mempunyai alasan yang kukuh / wajar, pernahkah anda pertimbangkan pertimbangan di luar perundangan secara lebih mendalam?

 

TAKUT MENJADI TERKENAL

Lalu keluarlah ornag-orang Farisi itu dan bersekongkol untuk membunuh Dia. Tetapi Yesus mengetahui maksud mereka lalu menyingkir dari sana. Banyak orang mengikuti Yesus dan Ia menyembuhkan mereka semuanya. Ia dengan keras melarang mereka memberitahukan siapa Dia, supaya genaplah firman yang disampaikan oleh nabi Yesaya: “Lihatlah, itu Hamba-Ku yang Kupilih, yang Kukasihi, yang kepada-Nya jiwa-Ku berkenan; Aku akan menaruh roh-Ku ke atas-Nya, dan Ia akan memaklumkan hukum kepada bangsa-bangsa. Ia tidak akan berbantah dan tidak akan berteriak dan orang tidak akan mendengar suara-Nya di jalan-jalan. Buluh yang patah terkulai tidak akan diputuskan-Nya, dan sumbu yang pudar nyalanya tidak akan dipadamkan-Nya, sampai Ia menjadikan hukum itu menang. Dan pada-Nyalah bangsa-bangsa akan berharap.” (Mat 12:14-21).

Amat sukar dibayangkan bahawa Yesus, yang pada-Nyalah bangsa-bangsa akan berharap, melarang orang memberitahukan siapa Dia. Tidakkah ini amat bercanggahan dengan tujuan Yesus dilahirkan di dunia?

Tuhan tahu kelemahan manusia. Orang-orang Yahudi mengasihi dan pada masa yang sama membenci Kristus yang tidak memenuhi penantian mereka tetapi yang dapat memenangi hati dan sokongan manusia (Yoh 6:15; Mat 27:18). Tuhan lemah lembut dan rendah hati (Mat 11:29) dan tidak mencari hormat bagi diriNya sendiri (Yoh 5:41). Walaupun nama Tuhan pasti akan ditinggikan; diberitakan hingga ke hujung bumi dan disampaikan kepada segala bangsa merupakan perancangan yang telah ditetapkan oleh Tuhan, namun Tuhan Yesus tidak mengambil jalan singkat. Sebaliknya, sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. Penyu bertelur beratus-ratus senyap. Perlahan-lahan Dia mengumpulkan dan membentuk pengaruh yang mendalam dan jauh. Ini tidak dapat ditandingi oleh orang-orang masa kini yang terburu-buru untuk mencapai kejayaan dan mendapat kebaikan, yang biasa mengurut kedek, yang mengembangkan sayap untuk diri sendiri, yang berangan-angan menjadi orang yang terkenal atau pemimpin yang berpengaruh, yang mendapat kedua-dua nama dan faedah sekali gus.

Walau bagaimanapun, kita tidak dapat menafikan bahawa Yesus yang tidak memberitahukan siapa Dia secara sengaja, yang tidak mahu jadi terkenal dan yang selalu memerintahkan orang supaya jangan memberitahukan siapa Dia itu, Dialah manusia yang paling terkenal dan mempunyai daya pengaruh yang paling lama dalam sejarah.

Maka, anda yang bijaksana, janganlah terburu-buru untuk mengejar nama yang dikenang. Selesaikan dahulu apa yang boleh dilakukan, apa yang patut dilakukan dan tunggu dengan ketekunan dan kesabaran. Maka kejayaan akan tercapai selepas dayung sudah di tangan, perahu sudah di air.

 

TAHAN SABAR

Sesudah itu Yesus berjalan keliling Galilea, sebab Ia tidak mau tetap tinggal di Yudea, karena di sana orang-orang Yahudi berusaha untuk membunuh-Nya. Ketika itu sudah dekat hari raya orang Yahudi, yaitu hari raya Pondok Daun. Maka kata saudara-saudara Yesus kepada-Nya: “Berangkatlah dari sini dan pergi ke Yudea, supaya murid-murid-Mu juga melihat perbuatan-perbuatan yang Engkau lakukan. Sebab tidak seorangpun berbuat sesuatu di tempat tersembunyi, jika ia mau diakui di muka umum. Jikalau Engkau berbuat hal-hal yang demikian, tampakkanlah diri-Mu kepada dunia.” Sebab saudara-saudara-Nya sendiripun tidak percaya kepada-Nya. Maka jawab Yesus kepada mereka: “Waktu-Ku belum tiba, tetapi bagi kamu selalu ada waktu. Dunia tidak dapat membenci kamu, tetapi ia membenci Aku, sebab Aku bersaksi tentang dia, bahwa pekerjaan-pekerjaannya jahat. Pergilah kamu ke pesta itu. Aku belum pergi ke situ, karena waktu-Ku belum genap.” Demikianlah kata-Nya kepada mereka, dan Iapun tinggal di Galilea. Tetapi sesudah saudara-saudara Yesus berangkat ke pesta itu, Iapun pergi juga ke situ, tidak terang-terangan tetapi diam-diam. (Yoh 7:1-10).

Tuhan Yesus berhadapan dengan rakan kerja dan saudara sekaum yang selalu menyakitkan hatiNya dari segi perkataan dan perbuatan. Dia juga berhadapan dengan penganiayaan dan ketidak-adilan yang besar. Namun apabila Yesus berhadapan dengan serangan dan penganiayaan luaran ini, Dia adalah begitu tenang sekali dan penuh dengan keberanian (Yoh 19:1-11). Ini kerana Tuhan Yesus tahu, “Bukankah Aku harus minum cawan yang diberikan Bapa kepada-Ku?” (Yoh 18:11). Dia hanya ambil kisah tentang bagaimana anugerah keselamatan disempurnakan dan bagaimana kerja penyelamatan dan penebusan diselesaikan. Pertengkaran yang tidak perlu dan yang tidak bersesuaian adalah membuang masa. Oleh yang demikian, Dia tidak berkorban sewenang-wenangnya sebelum masanya dan apabila masanya tiba, Dia tidak takut untuk berkorban. Maka, pada hari genap waktunya, Tuhan Yesus pasti berjalan di atas jalan penderitaan kayu salib dengan penuh keberanian (Mat 26:51-56).

Oleh yang demikian, umat Kristian haruslah berusaha dalam mencari dan memahami apakah tujuan hidup saya? Apakah matlamat pembelajaran saya? Apakah makna hidup saya? Tuhan memilih saya, apakah harapanNya terhadap saya? Bagaimana pula saya dapat mencapai semua matlamat ini dan tidak mengecewakan apa yang telah dipercayakan oleh Tuhan Yesus?